Wednesday, March 30, 2011

Minggu Peperiksaan



Dalam masa beberapa hari lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik.

Sebagai seorang pelajar, apabila menjelangnya musim peperiksaan pasti seseorang itu akan berusaha sehabis baik dengan membuat persediaan awal.

Namun dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya menghadapi ujian dalam ujian.

Hidup ini adalah ujian.

Bila ujian ini berakhir?

Apabila kita menghadapi kiamat kecil, iaitu setelah keluarnya roh dari jasad.

Keputusannya?

Di Padang Mahsyar nanti.

sekadar paparan hiasan


Hidup ini bukan hanya untuk berseronok, tetapi ada tanggungjawab yang perlu dijalankan.
That is the responsibility to serve our Lord, Allah.

Bak kata Ustaz Pahrol,

HIDUP INI ADALAH NIKMAT YANG JARANG SEKALI MANUSIA SYUKURI. CUBA BAYANGKAN APABILA KITA SUDAH MATI, PASTI DIKALA ITU RASA MENYESAL DAN RASA INGIN DIKEMBALIKAN SEMULA KE DUNIA.

Oleh itu, dapat hidup lagi di dunia ini adalah sebesar-besar nikmat. Dengan masa yang kita gunakan untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan di alam sana.

Wahai sahabat-sahabatku, pabila bangun dari tidur marilah sama-sama kita sujud syukur kerana diberi peluang hidup lagi setelah dimatikan.

Alhamdulillah..

Thursday, March 17, 2011


-Have Faith in Yourself-