Sunday, October 1, 2017

Series Review : Game of Thrones - Part 1




Mengisahkan tentang perebutan takhta antara kerajaan-kerajaan di Westeros.


Kisah bermula apabila Ned Stark (Lord of Winterfell) telah diperintahkan oleh Raja Westeros yang berpusat di King's Landing iaitu King Robert (of the House of Baratheon) untuk menjadi penasihat diraja (Hand of the King) setelah kematian penasihat diraja yang terdahulu, Jon Arryn (House of Vale)



Setelah secara rasminya menjadi seorang penasihat diraja, Ned Stark (Lord Eddard Stark) dengan sendirinya telah memulakan penyiasatannya ke atas kematian Jon Arryn. Usaha Ned Stark untuk membongkarkan misteri kematian Jon Arryn telah membawanya kepada rahsia gelap keluarga Lannisters. "The Lannisters" merupakan 'bank' kepada kerajaan Westeros yang mana kerajaan pada ketika itu mempunyai hutang yg sangat banyak kepada keluarga Lannisters. Ini telah menyebabkan banyak 'conflict of interest' antara kerajaan besar di Westeros dan keluarga Lannisters. Tambahan pula, permaisuri pada ketika itu adalah Cersei Lannisters, anak perempuan kepada Tywin Lannisters.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Raja Robert mangkat ketika berburu dihutan.




Sementara itu, sebelum konflik keluarga Stark dan keluarga Lannister tercetus, salah seorang anak Ned Stark, Jon Snow (Ned Stark's Bastard) telah membawa diri ke sebelah utara Winterfell yang paling utara iaitu The Wall dan telah mengangkat sumpah untuk menjadi sebahagian daripada 'Brothers of the Night Watch'. Di sebalik dinding besar yang dikawal oleh The Night's Watch, ada sesuatu yang lebih mengerikan umat manusia ketika itu. Malangnya, kebanyakan hanya mempercayai ianya sebagai lagenda.


Manakala di Essos, Viserys Stormborn telah mengahwinkan adik perempuannya, Daenerys Stormborn kepada Khal Drogo, Ketua kepada puak Dothraki yang seringkali dipanggil "savages". Dengan harapan kaum Dothraki dapat berjuang bersama mereka untuk merampas kembali takhta keluarga Targaryen. "The Stormborns" merupakan waris kepada raja yang telah digulingkan oleh Raja Robert sebelumnya, yang digelar, "The Mad King".

Kisah ini menceritakan tentang keadaan yang berlaku di Westeros dan Essos sehinggalah kedua-duanya bertemu dan ini berentetan sehinggalah musim yang ke 7. Konflik demi konflik akan timbul di setiap musim yang mana ianya saling berkaitan. Rahsia demi rahsia akan disingkap secara satu persatu. Watak demi watak juga akan mati dan muncul pula watak baru.

Pandangan Penulis : Apa yang dapat dipelajari

Sebelum tahun 2016, memang ada percubaan daripada aku untuk ikut siri Game of Thrones ni. Aku tengok musim 1 hanya beberapa episod sahaja sebab permulaan musim memang sangat banyak adegan 18sx. Pada masa tu, aku fikir, 'Cite apa ni, teruknya'. Terus aku tak sambung dah. Beberapa tahun berlalu, aku perasan yg beberapa "insta famous" yg aku follow memang mengikuti siri ini hingga ke beberapa musim dan sangat passionate dengan cerita ni.

Kemudian aku fikir, 'Best sangat ke cerita ni? Mesti ada sesuatu yang menarik sampai diorang passionate dengan cerita ni'. Walaupun pada mulanya aku menolak untuk menonton siri ini, aku akhirnya ubah fikiran dan tengok cerita ni dari mula. And here I am, cannot move on from the series and cant wait to watch Season 8 which is will be released on 2019!

Yes! We know and think a lot about several issues raised in this series.

Tentang dunia. Tentang manusia. Tentang politik. Tentang kuasa. Tentang 'topeng-topeng' yang dipakai manusia. Tentang moral. Tentang peradaban. Tentang budaya dan kebiasaan. Tentang perubahan dan cabaran. Tentang tempelak dan kejijikan perbuatan manusia.

Kegilaan manusia kepada 'kuasa' ini menyebabkan manusia saling bertelagah sesama mereka sehingga mereka lupa bahawa ada sesuatu yg lebih besar dan penting sepatutnya mereka perjuangkan berbanding berebut kuasa.

(to be continued.......)

Monday, June 19, 2017

"My Gardening Project - Part I"

Suami selalu cakap (lebih kurang begini bunyinya), " Buat apa susah-susah tanam sayur, kat kedai sayur bukan mahal pun".

Ya, sayur memang tak mahal. Tapi.......

I am doing it out of love and passion.

Suka tengok pokok yang kita tanam daripada mula bercambah, membesar dan membuahkan hasil. Ada suatu kepuasan disitu. Hehe.

Jadi apabila aku dan suami telah tinggal di rumah sendiri macam-macam plan aku rancang untuk create small space herbs garden. Maklumlah rumah bandar, mana ada tanah sangat nak tanam. Tanam dalam pasu je lah. Tapi buat masa ni aku semai benih-benih yang ada dalam beg hitam yang selalu orang buat tanam pokok. Atau nama popular polibeg.

Pokok Bayam (2 beg) dan pokok cili padi (1 beg) yang baru bercambah


Di sebelah kiri sekali, pokok cili padi. Yang ni aku main hentam tanam je. Ambil cili padi kat rumah mak yang jatuh atas tanah. Lepas tu simpan bagi kering beberapa hari, belah cili padi dan ambil biji cili dan aku terus tanam. Masa mula-mula tanam, memang hari-harilah dok tengok dah bercambah ke belum. Aku ingat dalam seminggu ke dua minggu jugaklah nak tumbuh tunas. Aku ingat tak jadi, sebab pokok bayam yang aku tanam guna biji benih yang beli kat kedai cepat je cambah.

At last, dah mula bercambah, akulah orang paling gembira kat rumah. Suami aku senyum-senyum je tengok aku. Haha. Padahal masa tu dia tengah marah. Gembira punya pasal tengok pokok dah bercambah terus lupa suami tengah marah. Sorry Abang!

Gambar 'close up' pokok bayam


Untuk pokok bayam yang aku tanam ni merupakan baka bayam hijau berdaun panjang dan tirus. Semua jenis pokok bayam merupakan jenis pokok yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan berasal usul dari Amerika. Bayam yang ditanam di Malaysia ni ada tiga jenis :

i- Bayam Hijau (Amaranthus spp);
ii-Bayam Merah (Amaranthus gangeticus); dan
iii-Bayam Tiga Warna (Amaranthus tricolor).

Kalau nak tahu, jenis pokok bayam yang pertama iaitu bayam hijau ada pecahan jenis-jenisnya lagi. Tapi aku pilih yang berdaun panjang dan tirus sebab nursery yang aku pergi tu hanya ada stok benih bayam jenis ini sahaja.

Gambar-gambar yang aku letak di sini merupakan gambar minggu lepas. Untuk minggu ini, pokok cili padi aku dah mula meninggi. Cuma yang menjadi kerisauanku adalah pokok bayamku. Kalau menurut pembacaan aku, pokok bayam tak ada masalah untuk membesar dengan cepat. Hari ini aku periksa pokok bayam, tumbesaran agak statik.

Sebenarnya aku sedang mempertimbangkan untuk cabut tunas-tunas yang lemah untuk beri ruang tunas yang lebih dominan membesar. Masalah aku ni pulak, sayang nak cabut sebab dah tumbuh. Tapi kalau tak besar-besar pokoknya, macam mana nak tuai?


Wednesday, June 14, 2017

Dilema Seorang Wanita

*Ini bukan cerita sedih*

Aku hanya mahu mencurahkan pendapat aku tentang apa yang aku rasa dan lihat.

Dulu masa alam remaja, selalu nampak kat cerita-cerita orang putih pasal mak-mak keluar melancong atau waktu keluar dengan kawan-kawan.

Tetapi pada pandangan aku ketika itu, aku rasa macam pelik sebab norma kehidupan wanita Malaysia-Melayu yang dah jadi mak-mak ni daripada ada geng bila dah berkahwin dah tak berapa nak hang out together (tak tahu lah sekarang macam mana sebab Hanis Zalikha selalu je ada masa "Girl's out" - which is good actually) .

Sekarang, aku sudah berumahtangga baru aku faham kenapa penting untuk seoarang wanita yang dah berkahwin, tambahan pula yang sudah beranak pinak sangat-sangat perlu ada masa sedemikian. Kenapa? Berikut aku senaraikan sebab musabab kenapa seorang wanita perlu masa bersendirian dan/atau masa dengan kawan-kawan :

gambar sekadar hiasan

1. Bila berkahwin, wanita secara semulajadinya akan mendedikasikan seluruh jiwa dan raga kepada suami dan keluarga (keluarga menjadi bertambah besar dengan keluarga mertua). Norma wanita asia, makan pakai suami sangat penting untuk dijaga. Kerja rumah nampak kecil tapi sebenarnya kerja yang tak pernah habis tambahan pula yang dah ada anak.

Rutin wanita bekerja : masak sarapan-kerja-balik kerja masak untuk makan malam-uruskan keperluan suami dan anak untuk esok pagi-gosok baju-lipat baju-tidur (secara umum)

Rutin wanita tidak bekerja : masak sarapan-hantar anak sekolah-kemas rumah-sidai baju-pergi pasar-masak tengahari-angkat baju-buat minuman petang-ambil anak daripada sekolah-masak makan malam-kemas dapur-uruskan baju suami dan anak untuk esok pagi-tidur (secara umum)

Rutin ini akan berulang-ulang setiap hari dan seseorang wanita itu mungkin akan berasa bosan seketika.

2. Tipulah kata perkahwinan tu senantiasa manis bergula. Dalam perkahwinan mesti ada juga masalah dan pergolakan terutama antara suami dan isteri. Akan ada beberapa waktu seorang wanita itu rasa tidak dihargai oleh suami atau anak-anak yang tak prihatin setelah seluruh dedikasi diberikan dalam kehidupan berumahtangga. Pada waktu krisis seperti inilah seseorang wanita itu perlu keluar daripada ruang lingkup yang 'melemaskan' dan mungkin membahayakan perkahwinan sekiranya tidak dirawat dengan betul.

3. Wanita sebagai role model

Seorang wanita itu bertanggungjawab menggalas tanggungjawab mendidik anak-anak. Ya, ibu sebagai role model. Aku belum lagi menjadi seorang ibu. Akan tetapi apabila aku menjadi seorang ibu, aku mahu menjadi ibu yang serba boleh, bijak dan pandai mendidik anak-anak. Seorang ibu yang anak-anaknya look up to her. An Inspiration. Sebab itu wanita tidak boleh terhenti setakat menjaga dan mendidik anak-anak tetapi lebih daripada itu. Menjadi guru dan rujukan anak-anak. Atas sebab-sebab inilah seseorang wanita itu wajib TAMBAH ILMU dan ASAH SKIL-SKIL KEHIDUPAN.

Selain daripada itu, wanita juga berperanan menjadi pembantu dan penasihat suami. Suami adalah ketua keluarga yang wajib dihormati. Akan tetapi, seorang suami memerlukan isterinya untuk menegur dan membantu dalam menguruskan rumahtangga agar tidak hanyut bahtera perkahwinan. Dan atas sebab yang sama juga wanita perlu TAMBAH ILMU dan ASAH SKIL-SKIL KEHIDUPAN.

Untuk mencapai matlamat ini, seseorang wanita itu perlu memperuntukkan masa untuk keluar mencari ilmu, keluar melancong (untuk mendapat perspektif baru) atau apa-apa sahaja aktiviti yang membantu meningkatkan keyakinan, ilmu dan improvement dirinya sendiri.

Aku harap apa yang aku tulis ini, dapat menjadi peringatan untuk diri sendiri terutamanya di masa hadapan, kot-kot tergerak nak buka posting lama.

*Ini hanya pendapat aku*

*Ini bukan artikel feminis*

Sekian.

Monday, December 12, 2016

KATARSIS



Kalau aku diberi satu kata untuk menghurai novel ini, ia adalah PSIKO.

Ya.

PSIKO.

Latar Belakang

Katarsis merupakan karya sulung penulis Indonesia, Anastasia Aemilia yang telah mula diterbitkan pada tahun 2013. Katarsis yang aku baca merupakan edisi terjemahan daripada bahasa Indonesia ke bahasa Melayu dan telah diterbitkan oleh BUKU FIXI.

Sinopsis

Novel ini mengisahkan seorang gadis, Tara, yang menghidapi masalah mental breakdown yang merisaukan. Highlight di dalam penceritaan ini bermula apabila berlaku pembunuhan keatas seluruh keluarga Johandi yang mana Tara merupakan satu-satunya saksi dalam tragedi tersebut. Dia digelar sebagai 'Gadis Yang Selamat' selepas polis menemuinya dikurung di dalam sebuah kotak perkakas kayu dalam keadaan separuh nyawa. Selepas daripada kejadian itu, Tara mengalami trauma yang amat teruk. Di saat itu juga, muncul Dr Alfons, pakar psikiatris yang berusaha mengubati masalah mental Tara.

Selepas beberapa tahun menjalani rawatan daripada Dr Alfons, Tara menjadi semakin sihat dan pulih daripada masalah mentalnya. Masalah kembali apabila berlaku satu-persatu pembunuhan yang melibatkan kotak perkakas kayu, yang mana menjadi kengerian buat Tara sejak tragedi tersebut.

Komen

Pertama, Katarsis ditulis dengan menggunakan watak orang yang mengalami masalah mental sebagai 'orang yang bercerita' . Bagi aku, ini merupakan satu sisi unik karya ini. Tak ramai penulis yang mahu menceritakan cerita dari sisi gelap kerana kebanyakan penulis memang akan menggunakan watak utama yang baik dan sempurna sebagai 'Hero' atau 'Heroin'.


Kedua, Katarsis telah membuka mata aku tentang dunia penulisan yang amat luas. Bukan sahaja genre penulisan atau apa-apa aspek teoritikal yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan ruang lingkup penulisan itu sendiri yang perlu kita pelajari dan fahami, akan tetapi aspek latar belakang penulis yang menulis sesebuah karya itu. Menurut pengetahuan dan pengalamanku yang serba cetek ini, penulis-penulis novel Malaysia mempunyai pola penceritaan yang hampir sama walaupun masing-masing mempunyai genre yang berbeza. Apa yang aku maksudkan adalah pattern atau pola penceritaan bukan isi. Bagi aku, penulis Indonesia memang lebih kritis dalam menghurai cerita berbanding kebanyakan (bukan semua) penulis di Malaysia.

Ketiga, Katarsis mempunyai sedikit persamaan dengan cerita-cerita Jepun, iaitu elemen suspen dan misteri. Dalam cerita ini, penulis tidak menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mengapa Tara membenci nama 'Tara' yang diberi oleh kedua orang tuanya. Penulis turut meninggalkan persoalan berkenaan beberapa hal di akhir cerita. Yakni, penulis membiarkan pembaca berimaginasi berkenaan beberapa hal tersebut. Daripada persoalan tersebut, pembaca akan menimbulkan persoalan seperti, "Akan adakah sambungan?".

Keempat, selain daripada itu, Katarsis juga mempunyai beberapa kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh penulis. Aku berpendapat, susunan jalan penceritaan agak tidak teratur kerana terdapat elemen imbas kembali yang tidak diperincikan secara jelas sehinggakan aku menyangka babak tersebut merupakan jalan cerita yang berikutnya. Begitu juga watak Marcello Ponty dalam beberapa bab di mana watak ini menjadi watak yang bercerita. Sehingga aku sendiri agak sedikit lost, 'watak siapa ini'.

Penutup

Secara keseluruhannya, bagiku, novel ini merupakan permulaan yang baik bagi penulis yang pada masa material baru mula untuk berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Aku belajar beberapa terma psikologi serta memahami corak penulisan karya dari Indonesia.

It's a good read!

Alhamdulillah.

Tuesday, April 7, 2015






Setiap manusia pasti ada menyimpan duka hidup.

Kadang ia tidak terzahir pada segala yang dimiliki

Tapi, ia membenih dan mengakar meresap ke dalam jiwa,

Lalu, apa yang dilakukan manusia?

Samada menjerumuskan dirinya dalam kegelapan dan kesedihan

atau

Meneruskan kehidupan seperti biasa dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku

atau

Cuba hidup gembira dan bahagia walaupun hakikatnya 'sakit' itu masih ada


Manusia berhak memilih.

Dan aku pilih untuk kuat jiwa dan raga!

Fighting!

















Aku ingin mencurahkan rasa hati di sini, namun tak mampu. Barangkali terlalu kerap menahan rasa. Sehingga tumpul mata penaku. Masa. Mungkin benar. Masa yang berlalu mampu mengubati rasa. Siapa yang mampu menolak takdir jika itu telah ditentukan Tuhan. Orang takkan pernah faham. Tuan punya badan juga seringkala buntu kerana kurang mengerti.

Sakit apakah ini?

Saturday, December 20, 2014

A shock





I am no more than a flawed woman

thinking so hard

dare not faking myself

I need time

Or maybe........

I might fall in love in a blink of eyes