Showing posts with label Book Review. Show all posts
Showing posts with label Book Review. Show all posts
Monday, December 12, 2016
KATARSIS
Kalau aku diberi satu kata untuk menghurai novel ini, ia adalah PSIKO.
Ya.
PSIKO.
Latar Belakang
Katarsis merupakan karya sulung penulis Indonesia, Anastasia Aemilia yang telah mula diterbitkan pada tahun 2013. Katarsis yang aku baca merupakan edisi terjemahan daripada bahasa Indonesia ke bahasa Melayu dan telah diterbitkan oleh BUKU FIXI.
Sinopsis
Novel ini mengisahkan seorang gadis, Tara, yang menghidapi masalah mental breakdown yang merisaukan. Highlight di dalam penceritaan ini bermula apabila berlaku pembunuhan keatas seluruh keluarga Johandi yang mana Tara merupakan satu-satunya saksi dalam tragedi tersebut. Dia digelar sebagai 'Gadis Yang Selamat' selepas polis menemuinya dikurung di dalam sebuah kotak perkakas kayu dalam keadaan separuh nyawa. Selepas daripada kejadian itu, Tara mengalami trauma yang amat teruk. Di saat itu juga, muncul Dr Alfons, pakar psikiatris yang berusaha mengubati masalah mental Tara.
Selepas beberapa tahun menjalani rawatan daripada Dr Alfons, Tara menjadi semakin sihat dan pulih daripada masalah mentalnya. Masalah kembali apabila berlaku satu-persatu pembunuhan yang melibatkan kotak perkakas kayu, yang mana menjadi kengerian buat Tara sejak tragedi tersebut.
Komen
Pertama, Katarsis ditulis dengan menggunakan watak orang yang mengalami masalah mental sebagai 'orang yang bercerita' . Bagi aku, ini merupakan satu sisi unik karya ini. Tak ramai penulis yang mahu menceritakan cerita dari sisi gelap kerana kebanyakan penulis memang akan menggunakan watak utama yang baik dan sempurna sebagai 'Hero' atau 'Heroin'.
Kedua, Katarsis telah membuka mata aku tentang dunia penulisan yang amat luas. Bukan sahaja genre penulisan atau apa-apa aspek teoritikal yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan ruang lingkup penulisan itu sendiri yang perlu kita pelajari dan fahami, akan tetapi aspek latar belakang penulis yang menulis sesebuah karya itu. Menurut pengetahuan dan pengalamanku yang serba cetek ini, penulis-penulis novel Malaysia mempunyai pola penceritaan yang hampir sama walaupun masing-masing mempunyai genre yang berbeza. Apa yang aku maksudkan adalah pattern atau pola penceritaan bukan isi. Bagi aku, penulis Indonesia memang lebih kritis dalam menghurai cerita berbanding kebanyakan (bukan semua) penulis di Malaysia.
Ketiga, Katarsis mempunyai sedikit persamaan dengan cerita-cerita Jepun, iaitu elemen suspen dan misteri. Dalam cerita ini, penulis tidak menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mengapa Tara membenci nama 'Tara' yang diberi oleh kedua orang tuanya. Penulis turut meninggalkan persoalan berkenaan beberapa hal di akhir cerita. Yakni, penulis membiarkan pembaca berimaginasi berkenaan beberapa hal tersebut. Daripada persoalan tersebut, pembaca akan menimbulkan persoalan seperti, "Akan adakah sambungan?".
Keempat, selain daripada itu, Katarsis juga mempunyai beberapa kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh penulis. Aku berpendapat, susunan jalan penceritaan agak tidak teratur kerana terdapat elemen imbas kembali yang tidak diperincikan secara jelas sehinggakan aku menyangka babak tersebut merupakan jalan cerita yang berikutnya. Begitu juga watak Marcello Ponty dalam beberapa bab di mana watak ini menjadi watak yang bercerita. Sehingga aku sendiri agak sedikit lost, 'watak siapa ini'.
Penutup
Secara keseluruhannya, bagiku, novel ini merupakan permulaan yang baik bagi penulis yang pada masa material baru mula untuk berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Aku belajar beberapa terma psikologi serta memahami corak penulisan karya dari Indonesia.
It's a good read!
Alhamdulillah.
Thursday, October 16, 2014
THE LOST WORLD. Satu ulasan.
Apa yang aku rasa? Aku merasakan minda dan jiwaku perlu lebih banyak 'makanan'. Semuanya gara-gara City Hunter dan The Lost World.
City Hunter aku tonton secara berperingkat-peringkat sejak beberapa bulan yang lepas. Namun, penamatnya baru beberapa hari yang lepas. Tak senang duduk akibat berendam air mata. haaha.
Buku The Lost World pula adalah sebuah novel yang membuatkan aku mengambil masa yang agak panjang untuk 'khatam'. Semuanya gara-gara kesibukan. 'Khatam' ketika cuti semester baru ini.
It's good in terms of series of action and adventure.
Sebuah 'buah tangan' daripada penulis, Helmi Effendy yang padat dengan pengembaraan. Selama ini aku agak 'keras' dalam memilih novel-novel thriller. Nak juga Ramlee Awang Murshid. Aku susah nak terima yang lain, kecuali ianya benar-benar mencuri perhatianku saat pandangan pertama.
Kisah novel ini diinspirasikan daripada kejadian menyayat hati yang melanda negara kita, Malaysia beberapa bulan lepas, MH370. Pengakhiran? Aku tak dapat menyangka pengakhiran cerita. Haha. Berminat??
Walau bagaimanapun novel ini tidak dapat lepas daripada kritikan aku. Haha. Aku mengaku, penulis berpotensi menjadi penulis novel thriller sehebat Ramlee Awang Murshid.
But it will take a little more time...
1. Walaupun nama tajuk novel ini sangat menarik perhatianku, namun, bagi aku kalau novel bahasa Melayu, tajuk pun kenalah bahasa Melayu, contohnya, "Dunia yang hilang", mungkin?
2. Mungkin ini niat penulis, tapi hampir kesemua watak perempuan adalah cantik dan jelita. Tapi aku rasa kelakar. Apabila tiba watak ini beraksi, deskripsinya adalah wanita yang cantik. Lepas itu watak yang lain pun sama. Haha. Buat pengetahuan, novel ini mempunyai watak yang ramai kerana melibatkan mangsa nahas pesawat.
3. Watak kanak-kanak berusia empat tahun, Karl. Setiap kali watak Karl bercakap, aku rasa macam bukan budak berusia empat tahun yang bercakap. Malah aku rasa macam budak usia 11 atau 12 tahun. Maksud aku, dari sudut tahap bahasa setiap watak mengikut umur.
4. Dari sudut persembahan watak Ummu Habibah, aku sendiri keliru. Aku tak tahu siapa yang sebenarnya jadi pilihan hati Ummu Habibah. Bagi aku, walaupun Ummu Habibah antara watak yang penting, tapi dia tidak ada pendirian! Mungkin ini niat penulis untuk berbuat demikian tapi cara persembahan watak agak mengelirukan.
Tidak mudah untuk menulis sebuah novel. Aku sedar. Bagi aku sudah cukup baik untuk penulis yang sedang mencipta nama seperti Helmi Effendy. Good job!
Sebuah 'buah tangan' daripada penulis, Helmi Effendy yang padat dengan pengembaraan. Selama ini aku agak 'keras' dalam memilih novel-novel thriller. Nak juga Ramlee Awang Murshid. Aku susah nak terima yang lain, kecuali ianya benar-benar mencuri perhatianku saat pandangan pertama.
Kisah novel ini diinspirasikan daripada kejadian menyayat hati yang melanda negara kita, Malaysia beberapa bulan lepas, MH370. Pengakhiran? Aku tak dapat menyangka pengakhiran cerita. Haha. Berminat??
Walau bagaimanapun novel ini tidak dapat lepas daripada kritikan aku. Haha. Aku mengaku, penulis berpotensi menjadi penulis novel thriller sehebat Ramlee Awang Murshid.
But it will take a little more time...
1. Walaupun nama tajuk novel ini sangat menarik perhatianku, namun, bagi aku kalau novel bahasa Melayu, tajuk pun kenalah bahasa Melayu, contohnya, "Dunia yang hilang", mungkin?
2. Mungkin ini niat penulis, tapi hampir kesemua watak perempuan adalah cantik dan jelita. Tapi aku rasa kelakar. Apabila tiba watak ini beraksi, deskripsinya adalah wanita yang cantik. Lepas itu watak yang lain pun sama. Haha. Buat pengetahuan, novel ini mempunyai watak yang ramai kerana melibatkan mangsa nahas pesawat.
3. Watak kanak-kanak berusia empat tahun, Karl. Setiap kali watak Karl bercakap, aku rasa macam bukan budak berusia empat tahun yang bercakap. Malah aku rasa macam budak usia 11 atau 12 tahun. Maksud aku, dari sudut tahap bahasa setiap watak mengikut umur.
4. Dari sudut persembahan watak Ummu Habibah, aku sendiri keliru. Aku tak tahu siapa yang sebenarnya jadi pilihan hati Ummu Habibah. Bagi aku, walaupun Ummu Habibah antara watak yang penting, tapi dia tidak ada pendirian! Mungkin ini niat penulis untuk berbuat demikian tapi cara persembahan watak agak mengelirukan.
Tidak mudah untuk menulis sebuah novel. Aku sedar. Bagi aku sudah cukup baik untuk penulis yang sedang mencipta nama seperti Helmi Effendy. Good job!
Friday, November 11, 2011
Bilik 616
Akhirnya habis juga buku ni. Penat menanti untuk habis. Aku ambil masa seminggu nak khatamkan novel ni. Kalau bukan sebab test yang akan menyusul lepas cuti ini, sehari dua buku ni dah habis.
Aku suka novel ni. Thriller. Ini merupakan karya pertama novelis Zaifuzaman Ahmad yang aku baca. Seronok-teruja-seram. Macam-macam. Bercampur baur. Entahlah.
Novel ini memang buat bulu roma meremang kalau baca tengah-tengah malam. Aku suka garapan penulis. Cara beliau susun cerita menarik. Satu persamaan dengan penulis kegemaranku, Ramlee Awang Murshid adalah kerana novel thriller.
Perbezaannya Zaifuzaman Ahmad banyak mempamerkan elemen mistik yang sukar dirungkai dalam novel ini. Manakala RAM, yang aku perasan beliau memberikan sedikit penjelasan yang agak logik. Contohnya, kemunculan pontianak adalah disebabkan manusia yang memuja syaitan atau iblis kemudian bertukar menjadi pontianak untuk memenuhi permintaan sang iblis durjana untuk mencari darah sebagai pertukaran atas pertolongan yang diberikan.
That's it.
Apapun aku suka cerita dalam novel ini.
p/s: sedang menanti Fiksyen 302 karya RAM.
Sunday, June 12, 2011
My craving...satisfied!
Ok. Setelah bersusah payah mem'posing'kan buku terbaruku, akhirnya jadilah gambar ini.
Rasa macam entah apa-apa.Hu3.
Buku ni memang sangat unik. Dua novel yang aku rasa memang kisah hidup Andrea Hirata, didesignkan masing-masing terbalik tetapi tetap bercantum, bertepatan dengan karya dwiloginya.
Orang yang lalu didepan kedai tempatku bekerja mungkin akan fikir aku gila. Mana taknya, kalau orang tu nampak dari sisi yang terbalik, tak ke haru? Tiba-tiba rasa macam gigihnya aku. 'gedebussh' for myself.
Emmm...
buat peminat tetralogi Lasykar Pelangi, bacalah karya terbaru Andrea Hirata iaitu dwilogi Padang Bulan. Buat kawan-kawan yang belum baca, aku sarankan..bacalah. Maka dalam karya-karya Andrea kamu akan menemukan orang-orang hebat yang ada dalam dunia ini. Kisah hebat yang tidak terakam media dan sejarah. Kisah orang susah yang menggapai impian dan cita-cita dan ianya ternyata berbeza. You better grab it.
Berbalik kepada pokok perbincangan utama, iaitu mengenai dwilogi Padang Bulan.
Dwilogi ini lanjutan daripada kisah perhubungan antara penulis dengan perempuan Tionghoa yang dicintainya, A Ling, persahabatan yang dijalin dengan Enong, perempuan pendulang timah pertama dikampungnya serta dunia catur dari sisi pemain catur realistik.
Bagi kawan-kawan yang sudah menghabiskan tetralogi Lasykar Pelangi, kamu tentu ingat karya terakhir Lasykar Pelangi, Maryamah Karpov kan?
Dwilogi Padang Bulan akan menyingkap siapa dia Maryamah Karpov.
Siapakah Enong pada Maryamah Karpov?
Apa pula hubungan antara Maryamah Karpov dengan Anatoly Karpov, Grand Master catur dunia?
Siapa yang minat, belilah cepat-cepat!
Oh, Guminavo Zao Diaou..Andrea Hirata!
Saturday, May 21, 2011
Laskar Pelangi vs Negeri 5 Menara

Sebelum aku mula membaca Negeri 5 Menara, karya anak Belitong itu sudah terlebih dahulu aku baca. Sekaligus menempatkan Andrea Hirata tersenarai di dalam 'Top: My Favourite Novelists List'. Pada pandanganku sebagai mahasiswa kecil, Andrea Hirata merupakan seorang penulis yang berbakat besar pada masa yang sama beliau merupakan seorang yang merendah diri.

Kali pertama membaca Laskar Pelangi, aku teruja. Bahasanya cantik, aura motivasi mengalir dari setiap sudut tulisannya. Yang paling menarik hatiku, humor yang digunakan halus dan berseni. Sangat memikat.
Rentetan daripada itu aku terus membeli buku sambungannya, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Cumanya buku terakhir kurang menyengat. Mungkin kerana penulis banyak menggunakan elemen mistik yang mana aku sendiri kurang pasti kesahihannya. Mungkin separuh adalah daripada imaginasi beliau.

Aku akui, pertama kali membaca Negeri 5 Menara yang ditulis oleh Ahmad Fuadi, rasa untuk membandingkannya dengan Laskar Pelangi memang ada. Tema yang diangkat oleh kedua-dua penulis itu sama iaitu menggapai impian dan cita-cita. Namun pendekatan yang diambil berbeza. Aspek itulah yang menghalang aku daripada membanding-banding kedua buku tersebut kerana masing-masing punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Di dalam Negeri 5 Menara, persoalan yang banyak ditekankan adalah bagaimana seharusnya pendidikan itu dilaksanakan dan isu-isu seperti kedudukan sekolah agama sebagai sekolah untuk pelajar kelas kedua dan kebawah diangkat.
Manakala Andrea Hirata lebih menekankan perjalanan hidupnya sendiri serta orang-orang hebat yang ditemui sepanjang perjalanan hidupnya. Di sini juga isu sekolah agama diangkat dalam karyanya yang pertama.
Bagiku filem Laskar Pelangi terbitan Riri Reza adalah satu usaha yang baik dan hebat. Bayangkan zaman sekarang orang lain berlumba-lumba membuat filem aksi ataupun filem kisah percintaan, tetapi hanya segelintir yang berjiwa besar akan buat filem seperti ini. Kalau difikirkan, keseronokan dan keuntungan mudah dikaut nmelalui genre filem seperti ini. Tetapi tidak bagi filem yang memberi inspirasi.
Aku suka dengan latar Belitong yang cantik. Pemilihan pelakon pun bagus dan hebat-hebat. Cuma seperti selalu apabila karya novel cuba diterjemahkan ke filem tidak semua babak yang dibuat. Jadinya kurang 'feel'. Sang Pemimpi sudah lama ditayangkan di Indonesia. Di Malaysia rasanya tidak ada lagi. Jadi aku akan menunggu.
Mungkin Negeri 5 Menara juga akan difilemkan. Entah kenapa, tulisan mereka berjaya membuka mataku tentang Indonesia. Orang Indonesia hebat-hebat. Mentaliti rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap rakyat Indonesia hanya kerana ramai yang datang kesini sebagai pembantu rumah dan buruh binaan harus di buang. Hebat itu tidak terletak pada kemajuan negara dan setinggi mana kita belajar. Hebat itu macam-macam. Contohnya macam bibik saya....:-)
In list :
1. Padang Bulan dan Cinta dalam Gelas Kaca - Andrea Hirata
2. Ranah 3 Warna - Ahmad Fuadi
Wednesday, April 20, 2011
NEGERI 5 MENARA III
Dan sekam yang tidak pernah padam dalam tiga tahun ini akhirnya berbara dan menyala jadi api. Ada iri yang meronta-ronta di dadaku. Semua yang dicapai Randai adalah mimpiku juga. Mahasiswa ITB dan bercita-cita jadi Habibie. Kini kawanku mendapatkan semuanya.
.................
Aku termenung. Bukankah cerita Togap ini bagai mengulang protes emak dahulu? Orang masuk sekolah agama hanya sebab tidak lulus ujian masuk sekolah umum? Bagaimana kita dapat mengharapkan ahli agama yang cemerlang jika yang belajar ilmu agama itu banyak daripada orang-orang terbuang?
....................
Akhirnya pertanyaan itu meledak juga keluar. Bagaimana kalau aku keluar daripada PM, sekarang juga? Agar aku dapat mengejar mimpi seperti Randai. Menjadi mahasiswa dan bukan di jalur pelajaran agama...
NEGERI 5 MENARA II
"Encik mahu menuju ke mana?"
"Saya mahu menghantar anak. Mahu masuk sekolah di Pondok Madani di Jawa Timur."
"Maksudnya, pondok tempat orang belajar agama itu, bukan?"
"Ya betul,"
"Semoga berhasil, encik. Saya dengar, pondok di Jawa itu memang bagus-bagus mutu pendidikannya. Anak kawan saya, cuma setahun di pondok terus berubah menjadi anak baik. Padahal dahulunya sangat nakal. Tidak diterima di sekolah manapun kerana kerjanya hisap dadah, minum dan suka berkelahi. Anak begitu pun dapat berubah baik."
"Encik, anak saya kelakuannya baik dan keputusan peperiksaannya termasuk paling tinggi di Agam. Kami hantar dia ke pondok bagi mendalami agama."
NEGERI 5 MENARA I

"Tetapi lebih banyak lagi yang menghantar anak ke sekolah agama kerana keputusan peperiksaan anak-anak mereka tidak cukup syarat masuk SMP atau SMA. Akibatnya madrasah menjadi tempat murid warga kelas dua, sisa-sisa.....Bagaimana kualiti para buya, ustaz dan pendakwah lepasan madrasah......Bagaimana nasib umat Islam nanti?"
"Tetapi emak, saya tidak berbakat dengan ilmu agama. Saya mahu menjadi jurutera atau ahli ekonomi,"
"Menjadi pemimpin agama lebih mulia daripada jadi jurutera, nak."
Sunday, October 24, 2010
Sudah habis [3]
Walaupun penghujungnya tidak selari dengan apa yang diharapkan dihati, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Novelis Thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid kerana telah berjaya menghasilkan sebuah novel yang penuh debaran bersatu pula dengan gaya penceritaan yang teliti. Nyata keputusan novelis ini untuk menyambung 'riwayat' Laksamana Sunan dalam novel seterusnya selepas HIJAB SANG PENCINTA adalah tepat. Aku hanya mampu berdebar dari awal pembacaan hingga ke akhir muka surat. Bunyinya lucukan? Tapi itulah, The Power of Words. Berikut merupakan sinopsis cerita,
"Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.
Tanpa diduga, takdir menemukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya telah lenyap dan ditawan penjajah yang ditakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi."
.jpg)
.jpg)
Cinta Sufi merupakan rentetan cerita daripada Trilogi Bagaikan Puteri, makanya jadilah novel Tetralogi Bagaikan Puteri. Sebenarnya aku sudah memiliki buku ini lama, namun baru kali ini tergerak untuk membaca berikutan 'kecewa' dengan pengakhiran Hijab Sang Pencinta. Aku selalu mengharapkan pengakhiran buat si hero bahagia (pada pandangan manusia biasa), namun penulis nampaknya bertegas untuk menjadikan bahagia bagi si Sunan adalah ketika menghadap Allah. Satu cerita yang lain daripada yang lain. Itu adalah rahsianya mengapa aku jatuh hati dengan karya-karya Ramlee Awang Murshid.
Disebabkan ceritanya lain daripada yang lain, maka ilmu yang aku dapat juga berbeza dengan membaca novel percintaan biasa, contohnya pasal bangsa polip yang hidup sebelum bangsa manusia diciptakan (Nabi Adam), keajaiban bentuk ciptaan Allah melalui ilmu Pyrocosmic dan lain-lain.
Buat Encik Ramlee Awang Murshid, teruskan usaha menulis anda. Semoga Allah sentiasa memberkati hasil penulisan anda!
Monday, October 11, 2010
Emmm...seronoknya!
Sunday, October 10, 2010
Sudah habis [2]

Antara yang menarik perhatian,
"Orang-orang Kristian dan Yahudi Sepanyol amat kagum dengan kemajuan orang-orang Arab ketika itu. Oleh itu, mereka turut meniru setiap apa yang dibawa oleh orang Islam. Mereka merasa megah jika dapat bertutur dalam bahasa Arab. Sekolah-sekolah mereka mengajarkan mata pelajaran bahasa Arab. Pakaian Arab juga menjadi kemegahan dan simbol kemajuan."
"Gereja-gereja Kristian tidak diambil alih oleh orang Islam kecuali jika orang-orang Kristian sepakat untuk menjualkannya kepada orang Islam. Ada berita yang menunjukkan gereja telah dijual kepada orang Islam dengan harga yang mahal. Tidak ada satupun laporan sejarah menunjukkan orang Islam meruntuh atau mengambil alih gereja secara paksa."
"Begitu banyak perutusan diplomatik dan wakil pendidikan yang diterima oleh beliau. Antaranya ialah perutusan dari raja Inggeris yang memohon Abdul Rahman III membenarkan empat orang rakyat England belajar di perpustakaan Cordoba. Perutusan raja England itu diakhiri dengan kata-kata raja England : ' Dari pembantumu yang sentiasa mentaati, raja England.' "
Kesimpulan secara kasar yang dibuat peribadi ialah asas kekuatan umat Islam adalah iman dan kesatuan. Pemimpin ialah elemen penting dalam sesebuah pentadbiran. Sekiranya pemimpin itu sendiri tidak berjati teguh dan mudah dibeli musuh, maka senanglah sesebuah negara itu tumbang walaupun memiliki pahlawan yang gagah berani. Lalai dengan kemewahan, hiburan, pangkat dan harta juga merupakan faktor yang tidak boleh dipandang remeh.
Tuesday, October 5, 2010
Habis sudah

Alhamdulillah...
Beberapa hari yang lepas aku telah berjaya menghabiskan novel karangan Fatimah Syarha yang bertajuk, "Tautan Hati". Masa yang diambil adalah dua hari.
SINOPSIS jalan pendek cerita yang dirumus sendiri
Mengisahkan perjuangan dakwah Asiah Yusra dan rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Taman Islam di alam universiti.
PANDANGAN DAN PENGAJARAN CERITA
Pada aku, ini adalah sebuah novel yang mendidik dan memberi kesedaran akan kepentingan psikologi dalam berdakwah, sifat mujahadah dan istiqamah dalam dakwah islamiyyah. Berjuang dalam arena dakwah bukanlah satu pekerjaan yang senang, malah lebih sukar daripada pekerjaan-pekerjaan lain dalam dunia. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dan tidak berbayar malah kadang-kadang terluka. Bayarannya hanya Allah yang mampu membalasnya.
p/s : masih belum mampu sampai ke tahap ini
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
