Sunday, October 10, 2010

Sudah habis [2]



Mencatatkan sejarah Kerajaan Islam Sepanyol sejak di awal pembukaannya oleh Tariq bin Ziyad dari Dinasti Muawiyah merentasi tiga tampuk pimpinan iaitu zaman pemerintahan gabenor, zaman pemerintahan khalifah dan zaman pemerintahan wilayah.

Antara yang menarik perhatian,

"Orang-orang Kristian dan Yahudi Sepanyol amat kagum dengan kemajuan orang-orang Arab ketika itu. Oleh itu, mereka turut meniru setiap apa yang dibawa oleh orang Islam. Mereka merasa megah jika dapat bertutur dalam bahasa Arab. Sekolah-sekolah mereka mengajarkan mata pelajaran bahasa Arab. Pakaian Arab juga menjadi kemegahan dan simbol kemajuan."


"Gereja-gereja Kristian tidak diambil alih oleh orang Islam kecuali jika orang-orang Kristian sepakat untuk menjualkannya kepada orang Islam. Ada berita yang menunjukkan gereja telah dijual kepada orang Islam dengan harga yang mahal. Tidak ada satupun laporan sejarah menunjukkan orang Islam meruntuh atau mengambil alih gereja secara paksa."


"Begitu banyak perutusan diplomatik dan wakil pendidikan yang diterima oleh beliau. Antaranya ialah perutusan dari raja Inggeris yang memohon Abdul Rahman III membenarkan empat orang rakyat England belajar di perpustakaan Cordoba. Perutusan raja England itu diakhiri dengan kata-kata raja England : ' Dari pembantumu yang sentiasa mentaati, raja England.' "


Kesimpulan secara kasar yang dibuat peribadi ialah asas kekuatan umat Islam adalah iman dan kesatuan. Pemimpin ialah elemen penting dalam sesebuah pentadbiran. Sekiranya pemimpin itu sendiri tidak berjati teguh dan mudah dibeli musuh, maka senanglah sesebuah negara itu tumbang walaupun memiliki pahlawan yang gagah berani. Lalai dengan kemewahan, hiburan, pangkat dan harta juga merupakan faktor yang tidak boleh dipandang remeh.

No comments: