Tuesday, May 31, 2011

baca + habiskan = puas hati, gembira, seronok!





wahai Tuan Panglima Betara Negara Ramlee Awang Murshid,

apakah tuan hamba akan meyambung catatan pengembaraan Sutera Bidadari?

suka + teruja = 'tak betul'








pandangan ditundukkan sedikit ke bawah

jalan 'sorang-sorang'

senyum 'sorang-sorang'

melihat ini
.
.
.
.
.
.
.
.

SO SWEET!

-tolong jangan jadi 'tak betul'-

Saturday, May 21, 2011

Laskar Pelangi vs Negeri 5 Menara







Sebelum aku mula membaca Negeri 5 Menara, karya anak Belitong itu sudah terlebih dahulu aku baca. Sekaligus menempatkan Andrea Hirata tersenarai di dalam 'Top: My Favourite Novelists List'. Pada pandanganku sebagai mahasiswa kecil, Andrea Hirata merupakan seorang penulis yang berbakat besar pada masa yang sama beliau merupakan seorang yang merendah diri.


Kali pertama membaca Laskar Pelangi, aku teruja. Bahasanya cantik, aura motivasi mengalir dari setiap sudut tulisannya. Yang paling menarik hatiku, humor yang digunakan halus dan berseni. Sangat memikat.

Rentetan daripada itu aku terus membeli buku sambungannya, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Cumanya buku terakhir kurang menyengat. Mungkin kerana penulis banyak menggunakan elemen mistik yang mana aku sendiri kurang pasti kesahihannya. Mungkin separuh adalah daripada imaginasi beliau.




Aku akui, pertama kali membaca Negeri 5 Menara yang ditulis oleh Ahmad Fuadi, rasa untuk membandingkannya dengan Laskar Pelangi memang ada. Tema yang diangkat oleh kedua-dua penulis itu sama iaitu menggapai impian dan cita-cita. Namun pendekatan yang diambil berbeza. Aspek itulah yang menghalang aku daripada membanding-banding kedua buku tersebut kerana masing-masing punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Di dalam Negeri 5 Menara, persoalan yang banyak ditekankan adalah bagaimana seharusnya pendidikan itu dilaksanakan dan isu-isu seperti kedudukan sekolah agama sebagai sekolah untuk pelajar kelas kedua dan kebawah diangkat.

Manakala Andrea Hirata lebih menekankan perjalanan hidupnya sendiri serta orang-orang hebat yang ditemui sepanjang perjalanan hidupnya. Di sini juga isu sekolah agama diangkat dalam karyanya yang pertama.

Bagiku filem Laskar Pelangi terbitan Riri Reza adalah satu usaha yang baik dan hebat. Bayangkan zaman sekarang orang lain berlumba-lumba membuat filem aksi ataupun filem kisah percintaan, tetapi hanya segelintir yang berjiwa besar akan buat filem seperti ini. Kalau difikirkan, keseronokan dan keuntungan mudah dikaut nmelalui genre filem seperti ini. Tetapi tidak bagi filem yang memberi inspirasi.

Aku suka dengan latar Belitong yang cantik. Pemilihan pelakon pun bagus dan hebat-hebat. Cuma seperti selalu apabila karya novel cuba diterjemahkan ke filem tidak semua babak yang dibuat. Jadinya kurang 'feel'. Sang Pemimpi sudah lama ditayangkan di Indonesia. Di Malaysia rasanya tidak ada lagi. Jadi aku akan menunggu.

Mungkin Negeri 5 Menara juga akan difilemkan. Entah kenapa, tulisan mereka berjaya membuka mataku tentang Indonesia. Orang Indonesia hebat-hebat. Mentaliti rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap rakyat Indonesia hanya kerana ramai yang datang kesini sebagai pembantu rumah dan buruh binaan harus di buang. Hebat itu tidak terletak pada kemajuan negara dan setinggi mana kita belajar. Hebat itu macam-macam. Contohnya macam bibik saya....:-)

In list :
1. Padang Bulan dan Cinta dalam Gelas Kaca - Andrea Hirata
2. Ranah 3 Warna - Ahmad Fuadi

Thursday, May 12, 2011

حسبنا الله و نعم الوكيل
hasbunallahu wa ni'malwakil
cukuplah Allah pelindung bagi kami

حسبي الله و نعم الوكيل
hasbiyallahu wa ni'malwakil
cukuplah Allah pelindung buatku


Doa yang diucapkan oleh Hassan Al Basri ketika menghadapi orang yang paling jahat pada zamannya, Hajjaj Assyaqafi.

Juga diucapkan oleh pengarang buku "Hari-hari dalam hidupku" ketika menghadapi serangan anjing lapar di bilik kurungan bawah tanah sehingga terselamat dengan izin Allah.







Sedikit perkongsian yang baru aku dapat pagi ini menerusi rancangan Muqaddimah TV9 dan Ustaznya adalah Ustaz Zahazan. Setiap pagi di rumahku rancangan Tanyalah Ustaz dan Muqaddimah akan kedengaran mulai pukul 7 pagi hinggalah 8.30 pagi. Sudah tentulah bukan aku yang buka. Orang Terenganu kata, 'pacerah'lah aku nak buka. Kalaulah aku yang buka TV pagi-pagi mungkin siaran yang akan menjadi santapan adalah 703- Asian Food Channel dan 707-Travel and Living. Walaupun aku tak buka rancangan itu, tapi aku menghargainya. Sambil-sambil makan boleh dengar. Dan orang bertanggungjawab buka rancangan tersebut adalah bibikku. Zaman sekarang susah nak cari bibik yang baik. Alhamdullillah keluargaku punya salah satu yang baik itu.

Wednesday, May 11, 2011

kesal


Kadang-kadang bila kita buat dosa, Allah tolong kita jauhi dosa itu
-SUBHANALLAH-

Dosa bertimbun-timbun, tapi Allah masih bagi kita makan, minum, tidur dan segala kesenangan hidup
-ASTAGHFIRULLAH WA ALHAMDULILLAH-

Saturday, May 7, 2011

part-time job


Alhamdulillah..

waaa...seronoknya.
Dua perkara yang menyeronokkan atau mungkin dua part-time job :

1. Semalam adalah hari pertama merasa dapat gaji setelah berpenat-penat bekerja..:-)

Dan 2 Mei merupakan hari bersejarah dalam hidup sebab aku bekerja buat pertama kalinya seumur hidupku...

Walaupun tak banyak, tapi berbaloilah sebab aku bekerja sebagai 'nanny' di sebuah taska untuk budak-budak bawah daripada satu tahun.

Kerja itu pun barlangsung selama empat hari. Ganti orang sekejap. Tapi tak apa. Sebab pengalaman seperti itu sangat berharga..:-)

Hari pertama bekerja, rasa 'tension', sebab tak biasa jaga budak. Adik pun dah besar. Susah sebenarnya jaga budak. Terutama dalam jumlah yang agak ramai. Bila seorang menangis yang lain pun ikut nangis ataupun bila seorang dah berhenti menangis setelah penat 'nanny' memujuk, tiba-tiba budak lain pula nangis. Penatkan? Memang menguji kekentalan kesabaran.

Seperkara lagi, rasa agak janggal bila adikku yang gendut, Alya bertanya seperti ini,

"Kakak nak pergi mana?"

"Kakak nak pergi kerja.."

-rindu nak balik UIA, nak belajar lagi, kerja sangat memenatkan-

2. Percubaan pertama jualan blueberry cheesetart agak memberansangkan. Yang ini lebih seronok dan bahagia untuk dilakukan..:-)