Tuesday, January 26, 2010

sekolah agama vs. sekolah biasa

Sekali pandang tajuk, mestilah lain kan??
Sebenarnya tidak ada apa-apa perbezaan pun.
Ye ke??
Tak caya lah............
Tak percaya?
Baiklah, teruskan membaca artikel ini.


Contohnya,

"Tak pelah duduk sebelah2 (lelaki dan perempuan), kita bukan sekolah agama pun......."

Tidakkah anda rasa marah dengan 'statement' ini?
Sebenarnya bagi saya 'statement' sebegini menunjukkan seolah-olah macam tiada Islam di hatinya.

Ke mana pun kita pergi, sekolah agama atau tidak, barat atau timur, atas atau bawah, hakikatnya tetap sama. Kita tetap Muslim. Adab mesti dijaga. Kita ada prinsip dan maruah tersendiri yang berbeza daripada agama2 lain. Mengapa mesti membiarkan diri bagaikan lalang yang ditiup angin???

Fikir2kanlah

Sunday, January 24, 2010

Secangkir nasihat yang menghilangkan kehausan kalbu

Katanya Imam Ghazali,

"Carilah kalbumu dalam 3 keadaan : 1. Ketika solat 2. Ketika membaca Alquran 3. Ketika mengingat mati...."

Kalbu ini perlu sentiasa diberi kesegaran sebagaimana badan yang lapar dan dahaga perlukan makanan dan minuman.

Untuk memberi kesegaran pada kalbu, ianya tidak bergantung semata-mata pada ibadah tetapi seseorang manusia itu perlu menumpahkan air mata walaupun sedikit dengan syarat air mata yang mengalir itu mengingati NYA.....

Jika tidak mampu menangis kerana takutkan Allah atau mengingatiNYA... menangislah kerana ketidakmampuan kita.

Ya Allah! Mengapa keras kalbu ini untuk menangis mengingatiMU?

Friday, January 22, 2010

Apa pentingnya UsrAH?

"Usrah??"
"Boringlah.."
"Asyik2 usrah! tension aku.."

Itulah 'statement' sesetengah orang. Katanya, "alergi lah aku dengan usrah ni..". Sebagai seorang insan yang lemah, setinggi manapun ilmu kita, kita masih perlukan bantuan orang disekitar kita untuk menegur dan mengingatkan...Itulah manusia sentiasa terlupa dan bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Konsep usrah sebenarnya luas. Kita tidak sepatutnya memandang usrah sebagai satu cabang yang sempit, iaitu agama. Walau bagaimanapun, dalam Islam setiap sesuatu yang diperintahkan Allah adalah ibadah. Dan ibadah pula tidak terbatas pada solat, puasa, haji dan sebagainya. Pengajian dan diskusi pelajaran juga merupakan ibadah, selagi mana kita niatkan segala sesuatu kerana Allah.

Islam adalah agama yang sangat praktikal dan lengkap. Tidak menyusahkan malah memudahkan. Sebagai contoh, Syarikat HPA (Herba Penawar Al-Wahida), dalam usaha mengembangkan perniagaan, mereka menggunakan konsep usrah yang telah diajarkan Rasullullah beberapa ribu tahun yang lampau. Sebenarnya masyarakat Islam hari ini yang menyempitkan konsep usrah itu sendiri. Selagi mana sesuatu yang dilakukan tidak melanggar syariat Allah, maka usrah digalakkan.

Selagi usrah yang dibina berada di landasan Islam,(sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasullullah), akan ada satu ruang dalam hati untuk sentiasa menangis kerana peringatan yang dikongsi bersama dan menangis kerana ikatan ukhwah yang terbina. Usrah ynag terbaik adalah sebuah usrah yang mana ahlinya punya ikatan kasih sayang yang kuat.

Kesimpulannya, usrah adalah saluran yang paling sesuai untuk menyalurkan rasa cinta kepada sahabat2. Dan ianya lebih baik darpada 'couple'.....

Thursday, January 21, 2010

setelah sekian lama

Hidup ini merupakan satu pilihan
Kadangkala apa yang menjadi pilihan hati tidak selalu dimiliki
Sesuatu yang diingini dan tidak pasti itu amat memakan jiwa dan perasaan
Namun segala sesuatu yang datang daripada Allah itu adalah pasti..
Cinta DIA pasti....
Kasih sayang DIA adalah pasti...
Syurga yang didalamnya mengalir sungai2 juga pasti....
Dengan syarat kita menunaikan janji pada pencipta kita
sebelum lahir ke dunia,

Mencintai seseorang itu menyakitkan,
Namun mencintai Allah adalah satu kedamaian pada hati nurani yang sakit,
Tetapi sayang..
Aku masih belum dapat mencintai diriMU
Sebagaimana dalamnya rasa cinta Zulaikha kepada Yusuf
Cinta Rasullullah kepada Sayidatina Khadijah..

Aku cuba....

Thursday, December 31, 2009

Dialah sahabat..

Aku ingin menceritakan tentang seorang sahabat kepada diriku sendiri yang mana dia adalah insan istimewa yang mana aku sendiri tidak mampu menandingi keikhlasan dan kesabarannya.

Seorang sahabat yang mana apabila menerima racun
Semanis-manis madu yang dibalasnya..

Seorang sahabat yang menumpahkan keikhlasan dalam persahabatan
Sehinggakan mereda api pertelingkahan
Kebaikan yang tidak minta dibalas..

Seorang sahabat yang menghargai dan menyayangi nilai sebuah persahabatan
kerana tuhan yang satu, Allah..

Seorang sahabat yang sentiasa menambah rasa cinta pada tuhanku, Allah
Tidak pernah lupa mengingatkan tentang tuhanku Allah
Kerana kita semua berhutang kepada Allah
berhutang kehidupan dan nikmat..

Seorang yang mana apabila aku keliru,
cahayakah yang menyuluhiku?
atau kegelapan yang menyelubungiku?

Buat pertama kalinya dalam hidup aku merasakan betapa payahnya dunia dakwah
kentalnya jiwa seorang pendakwah
pabila bercakap tentang kebenaran
ditentang dengan kebatilan yang membutakan
Kalau bukan kerana memikirkan tidak mahu mengeruhkan keadaan
Memang bertambahlah laser mulut

Oleh kerana aku ini insan lemah
aku tidak mampu menampung beban itu sendiri
Dialah seorang sahabat yang memberikan nasihat
sesejuk embun pagi
selembut pawana petang
yang mana butir bicaranya bukan diatas dasar menjaga hati sahabat
Tetapi berdasarkan kebenaran

Itulah dia yang selalu aku kagumi
Kerana kekuatan hatinya tidak mampu aku gapai dan capai

Disaat aku hampir tumbang,
Dia berkata,

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja menciptakan sesuatu yang sia2,
Bukan Allah tidak tahu betapa retaknya hatimu,
tapi, mungkin inilah yang dia tahu,
hati2 inilah yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab dengan-Nya..
La tahzan..

Dialah sahabat kurniaan Allah,
Yang mana kehadirannya dulu aku benci
tapi kini hadirnya dalamnya hidupku merupaka satu nikmat yang sangat aku syukuri,

JAGALAH PERSAHABATAN YANG MEMBAWA KE SYURGA

Sunday, December 27, 2009

Especially for me and u too..

I have been tagged by my 'FASHIONABLE' roomate Miss Anith Amira whose father's name is 'COPYNPASTE' from mine!!haha

1. adakah anda rasa anda HOT?

if you're think you're HOT, i'm hotter than u.
(cause i like spicy food and u cannot challenge me in term of endurence from HOT food..:))

?can it be considered as HOT??Whatever?

2.Upload 1 gmbar yg anda suka




3. cerita pasal gambar

This is my little talkative youngest sister....alya hijanah
cute but very naughty
MAWAR BERDURI..Haaaha

4. selain nama sendiri, ape pggilan yg orang guna untuk pggil ko?

kakak n 'mama'..:)

5. tag lagi 6 orang
Najwa Arifah
Azim Muiz
Ieka
Nor Haida
Sayyidah Syamilah
Athirah
6. siapakah gerangan no 1 pada anda

My dear friend..bakal guru cemerlang

7. kata sesuatu mengenai org no 5

seorang yang petah dan keibuan kalau bercakap

8. no 3 ada hubungan ape dgn anda?
antara yg terawal kenal kat mggu taaruf uia pj
roomate
friend
dahla roomate, jiran katil lak tu...

9.Bgmana pula dgn num 4?

roomate
ketua dom
'online'-holic klu kat dom..hihi (jgn marah)

10. pesanan kepada org no 6.

senyum sokmo..:)

11. kelebihan pada no 2?

pandai berceramah
suke jamu choc cake kt klas form 5 dulu
berkepimpinan and so on.......

Monday, December 21, 2009

RefRESHmeNT




My beloved friend said that,

Merasai kehadiran Allah dalam hati,
Menjadikan kita sentiasa ada kawan,
Walaupun keseorangan.....................
Lebih2 lagi kalau kita dikelilingi dengan insan tersayang,
Kosongnya hati kita dari mengingati Allah,
Ia akan membuat kita kesepian,
Walaupun berada ditengah ramai orang..
PENUHI HIDUP DENGAN KASIH SAYANG DAN PERHATIAN DARI ALLAH

(gambar bersama budak2 dorm yang 'sengal2'...)