Saturday, November 7, 2009

Cerita di sebalik Ziggurat (siri 1)

Masih ingat lagikah gambar di sebelah? Gambar ini ada dalam buku teks sejarah tingkatan empat.

Inilah Ziggurat. Ziggurat dibina pada zaman tamadun Mesopotamia.
Sekarang marilah bersama-sama saya menyelusuri sejarah dan cerita di sebalik "Ziggurat of Ur" dengan 'scroll down' sehingga ke penghabisan cerita saya yang diambil daripada sejarah..




Ziggurat atau lebih dikenali sebagai "Great Ziggurat of Ur", bermakna "House whose foundation creates terror", terletak di Bandar Ur berdekatan dengan Nasiriyah yang mana pada hari ini dijumpai di Dhi Qar, Iraq.

SEJARAH PENUBUHAN ZIGGURAT

Ziggurat dibina oleh Raja Sumeria yang bernama Ur-Nammu dan anak lelakinya, Shulgi ketika dinasti ketiga Ur (21 abad sebelum kedatangan Nabi Isa). Ziggurat merupakan sebuah kuil yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar Ur, yang juga merupakan makam tuhan bulan (Nanna), kononya dewa yang menaungi Bandar Ur.

Ziggurat siap sepenuhnya ketika zaman pemerintahan Raja Shulgi. Untuk mendapatkan kesetiaan total daripada rakyat jelata, baginda mengaku dirinya sebagai tuhan.

Berikut merupakan ukuran tangga yang terdapat pada Ziggurat:

1. Kepanjangan : 210 kaki (64 m)
2. Lebar : 150 kaki (46 m)
3. Ketinggian : Lebih daripada 100 kaki (30 m)

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang simpan dahulu cerita Ziggurat.
Ingatkah anda pada Raja Namrud (King Nimrod) yang menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim? Mari kita kaji siapakah Raja Namrud sebenarnya....

Raja Namrud hidup sekitar tahun 2275 SM-1943 SM adalah salah satu raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Nama lengkap Raja Namrud ialah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.). Selain itu beliau juga diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari. Nama Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian "Mari memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.

Kehidupan Awal

Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada Nabi Nuh a.s., manakala ibunya bernama Semiramis. Ibunya talah berkahwin dengan bapanya ketika usia remaja. Dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin, bapanya meninggal dunia. Oleh itu Namrud lahir tidak berbapa.

Ibunya adalah seorang yang cantik lagi bijaksana. Setelah Namrud dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh manusia oleh itu Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa dia adalah anak Tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, Namrud menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan kawan wanitanya. Kemudian Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.

Raja Namrud merupakan seorang raja yang dianugerahi daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak. Kecerdasan yang dimiliki Namrud menyebabkannya menjadi seorang yang sombong dan takabbur sehinggakan mengaku dirinya sebagai seorang ateis dan juga sebagai Tuhan. Malangnya kebijaksanaan yang dimiliki Namrud disalahgunakan untuk menyesatkan umat manusia.

Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenith dimana ia menerangi seluruh alam semesta. Penasihatnya memberi tafsiran bahawa akan lahir seorang insan di Faddam A'ram dalam masa setahun, yang mana insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala sekaligus membuktikan kepalsuan Raja Namrud. Insan itu akan membawa agama tuhan yang esa dan menyebabkan Raja Namrud mati dalam keadaan dahsyat.

Kemudian Raja Namrud memerintahkan supaya semua bayi dan wanita yang mengandung dibunuh dalam masa setahun di Faddam Aram. Walau bagaimanapun dengan kuasa Allah ibu Nabi Ibrahim terselamat. Maka lahirlah Nabi Ibrahim di muka bumi ini di saat Raja Namrud menyangka usahanya telah berhasil.

Ketika Nabi Ibrahim dewasa, beliau telah memecahkan beberapa batu berhala. Ini telah meninbulkan kemarahan rakyat jelata yang kemudiannya membawa baginda ke muka pengadilan Raja Namrud.

Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud: "Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan selamba, Nabi Ibrahim menjawab "Patung besar yang berkalungkan kapak dilehernya yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrud pun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata : "Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Maka tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Nabi Ibrahim, lalu berkata : "Jika demikian halnya mengapa kamu sembah patung-patung itu yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat dan menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri daripada kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi ini dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hinannya kamu dengan persembahan kamu itu."

Setelah selesai Nabi Ibrahim berhujah, maka barulah Raja Namrud sedar yang pemuda yang berada di hadapannya ketika itu merupakan insan yang dijanjikan kemunculannya... .........

Sebagaimana yang telah diceritakan, Raja Namrud merupakan salah seorang raja yang hidup pada zaman tamadun Mesopotamia dan bangunan yang besar wujud sebagai pusat kegiatan keagamaan adalah ZIGGURAT. Dalam Al-Quran pula diceritakan pertembungan Nabi Ibrahim dan Raja Namrud. Bukankah al-Quran itu kitab yang benar datang daripada Allah?

Maka, kawasan patung berhala yang telah dipecahkan oleh Nabi Ibrahim adalah ZIGGURAT yang kita pelajari dalam sejarah....

-History is about to repeat itself-
(rujukan: wikipedia)

Sunday, November 1, 2009

Rahsia solat awal waktu



Ditulis oleh Ustaz Zahazan

umaat, 17 Julai 2009 17:35



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


wallahua'alam.....


** Walau apapun semua rahmat yang dikurniakan adalah dengan keizinanNYA. Oleh itu, janganlah solat awal sebab hanya nak menyerap tenaga2 cahaya ini. Niatlah semata-mata untuk DIA, bersyukur atas segala nikmat.

Saturday, October 31, 2009

Ailurophobia

**My post today is dedicated to my old friend, Nurul Athirah binti Mohd Sobri who always inspiring me.

Ailurophobia definition (a fear of cats)

Ailurophobia, also known as elurophobia, felinophobia, galeophobia or gatophobia, is an abnormal and persistent fear of cats usually caused by a negative past experience. Sufferers from ailurophobia experience undue anxiety about encountering or being attacked by cats. The phobia can become quite irrational if left untreated.

How to cure ailurophobia (a fear of cats)

The only way to completely free yourself of the fear of cats is to re-programme your mind under self-hypnosis. It is said that the conscious part of our brain accounts for about ten percent and so if you try to make positive changes purely on a conscious level you are bound to fail. By using self-hypnosis to break free of a negative pattern of behaviour and accept positive new conditioning in its place you are using the larger part of your unconscious mind, which is why hypnosis is so effective in overcoming phobias and creating permanent positive changes. Follow the instructions in the guide and you will free yourself from ailurophobia forever.

for more information : http://www.hypnosisaudio.com/downloads-fear-of-cats-phobia.htm


Tu kita 'copy paste' jer drpd tnet. Sebenarnya kita tak tahulah macam mana perasaan awak bila berhadapan dgn kucing. Sebabnya kita tak pernah rasa apa yang awak rasa. Tapi kalau phobia dgn kucing tak semestinya kita benci kan? kita cuma rasa takut, mungkin takut dgn kuku dia maybe? takut kena cakar?

Tapi kalau kte perhati betul2 sebenarnya kucing tu cute. Kucing tu kan kesayangan Rasullullah. Kadang- kadang tu bila dah nampak kucing (sesetengah orang la), disebabkan phobia, tertendang ataupun terpijak ekor kucing tu. So kalau rasa terlakukan kekejaman jauh2kanlah diri daripada kucing. Kita pun sebenarnya tak tahu nak bagitahu macam mana but just change you mind setting.

Kucing ni manja, memahami dan kadang-kadang nakal. Kalau kita betul2 sayang dengan kucing, sometimes boleh jadi ada sense @ chemistry antara tuan dan kucing tu sendiri. Kalau ikut pengalaman kita, satu perkara yang kita suka dgn kucing adalah bila kucing tu "mem'volunteer'kan" dirinya baring dekat dengan kita. Rasa macam disayangi dan difahami oleh kucing tu sendiri.

Apapun just try to change your mind setting. If it doesn't work, it's ok.

Thursday, October 29, 2009

AnDa PembaCa AktiF @ pAsiF??^_"


* This article is my personal observation and it may be persuasive.

Menghabiskan "Maryamah Karpov" beberapa minggu yang lepas membuatkan aku terfikir, 'pembaca jenis apakah aku ini?' atau 'Apakah aku benar2 menyerap apa yg di baca dan menggunakan segala keupayaan yg ada dalam membaca?'.

(It kept pestering me, and i read better after that)

Kajian saintifik menunjukkan, orang yang banyak membaca dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Aku yakin sekali bahwa keistimewaan ini terletak pada daya imaginasi dan penilaian (judgement of what is right and wrong) logik yg digunakan ketika membaca.

Apa yg terjadi ketika membaca "Maryamah Karpov"?
Because of i'm really excited to know the end of the story i just left out some beneficial information that need high imagination. Is this the only reason why i read? to know the ending? Of course not.

Oleh kerana aku ingin menyerap sari pati ilmu sebanyak-banyaknya ketika membaca, so i just avoid some sort of novel (not all).

Membaca bukan hanya untuk mendapatkan keseronokan dan kepuasan, tetapi berapa banyak pengetahuan yang kte dapat dan penilaian serta bidasan (for things that not appropriate) berdasarkan ilmu dan pengalaman.

Reading is not just for having fun but it is more than that.
Sometimes
reading makes me happy
reading makes me confident
reading makes me simply better..







Tuesday, October 27, 2009

Currently



My writing today is dedicated to my beloved old friend who were came from sambbst.

Semester 2 is just begun. My first class for this semester will start tomorrow, at 8 in the morning. Thank God, i don't have to repeat any subject. Alhamdulillah, my result isn't bad at all for the beginning. But i realise that i need to strive for my excellency in the future. Life in campus is not same with that of school. I need to be independence. I need to be competitive. There are so many students here to compete.
But i don't want to rack my brain by just thinking to be the no. 1.

Of course i want to be an excellence student. But it is not everything. Learning is not just sticking our eyes on the books that we need to study and thinking just exam!exam!. I know that i am that sort of student. I need to modify my perception of something a little bit. Learning process has many ways. Sometimes it is happen just like that. Undeliberately.

I need to extend my ability given by God in all types of knowledge. Formally or informally. Enjoy myself as long as it is accordance to Syariah Law. But i always commit sins. What else? Make my surround environment or my whole life as a place of gaining knowledge.

Thank to my friends (especially those who were from sambbst), because they are part of my life that play important roles in moulding me. Moulding me in ways that i couldn't tell you, and it always hidden in the bottom of my heart.

Sometimes not all things can be told or make it obvious, but it doesn't mean that it has no value at all. It's just hidden somewhere.




Saturday, October 17, 2009

AMOR y PASION...



"Amor y Pasion" merupakan istilah Sepanyol yang membawa maksud cinta dan kasih sayang. Dalam banyak2 peringkat cinta ada satu peringkat dimana reaksi kimia berlaku antara dua insan yg telah diciptakan ALLAH yg saling melengkapi antara satu sama lain. Dan reaksi tersebut terjadi antara Adam dan Hawa. Setiap insan tidak dapat lari daripada perasaan ini. Aku ini tidak punya apa2 melainkan seorang budak yg masih mentah yg cuba menyuarakan pendapatnya sendiri.

Memandangkan aku ini sedang meningkat dewasa, dan dikelilingi rakan2 yg juga acapkali membicarakan soal 'cinta', byk persoalan dan kesimpulan mentah yg ku adun sendiri yg aku sendiri tidak pasti ketepatan acuannya.

Persoalan pertama,
apakah istilah 'couple' dapat menterjemahkan isi hati yg penuh dgn rasa cinta yg meluap2 dgn cara yg betul? Tidakkah cinta dalam Islam begitu suci sehingga diciptakan ikatan perkahwinan atau nikah supaya ianya sesuai dgn naluri dan fitrah manusia? Byk batas2 yg dipelihara dalam Islam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kemudian batas2 itu digantikan dgn yg lebih baik iaitu perkahwinan.

Persoalan kedua,
Antara yg telah ditentukan pada diri setiap insan sejak azali adalah jodoh. Sedalam manapun cinta dan kasih sayang kita pada seseorang, sekiranya bukan dia yg ditakdirkan untuk kita, takkan menjadi. Apa yg terdaya dilakukan adalah dgn berdoa semoga diberikan jodoh yg baik. Jadi, apakah 'couple' mampu mempertahankan jodoh yg belum pasti? atau istilah 'couple' hanya untuk bersuka ria dan memainkan perasaan orang lain?

Sebab itu, bak kata orang,
ada cinta yg bisa membuat seseorang terapung-apung hingga ke syurga,
ada cinta yg membuat seseorang sengsara seperti di neraka,
ada cinta yg memaksa seseorang meninggalkan ajaran suci,
ada cinta yg membawa ke mercu kejayaan,
ada cinta yg membawa ke jurang kegagalan,
ada cinta yg menjadi sumbu kekuatan,

dan kadang2 cinta itu memungkinkan segalanya...






Wednesday, October 14, 2009

Finally




yeah!!
alhamdulillah finally after restraining myself from reading "Maryamah Karpov" written by

Andrea Hirata, (because i want to finish "The Prau with The Silent Soul" translated from

"Bedar Sukma Bisu" by Faisal Tehrani)today i'm very satisfied and i can start reading

"Maryamah Karpov". If i'm not doing so, i will not read "The Prau with The Silent Soul" since

the translated one has a very high language. But i'm still like "The Prau with the Silent Soul".

The book laden with huge messages, covering the area of economics, business, culture and

heritage (of the Golden Peninsula or Malay Land),marriage (involving inter-culture marriage

and an issue of young man married older woman). But over all, this is a story of a family

business in shipping company and their life has many tragic incidents. The author used

flashback technic to convey his story.


(my next book "Maryamah Karpov")




ADDICTED,