Friday, July 30, 2010

FLORIA PUTRAJAYA 2010


Dah lama dah.

Lebih kurang dua minggu yang lepas.

Aku ke sana bersama abah, mama dan Alya.

Hari itu merupakan hari terakhir pameran FLORIA PUTRAJAYA 2010.

Bunga-bunga di sana kelihatan agak layu. Namun aku suka warna-warni bunga di situ.



bunga dalam taman kecantikan dan baunya merebak ke mana-mana


taman mini yang direka khas untuk laluan para pengunjung


suasana didalam tempat pameran bertutup



Rasa bahagia bila melihat salah satu keajaiban 'tangan' Allah.

SUBHANALLAH...
ALHAMDULLILLAH..


pasangan badut yang menyerikan taman bunga..he3


mama dan abah


gambar-gambar di atas kebanyakannya di ambil oleh
'camera girl' ALYA HIJANAH yang comel



Abah kata,
JOM BALIK....
Jumpa lagi FLORIA PUTRAJAYA tahun hadapan.


Saturday, July 17, 2010

Di manakah inti patinya?




[Nilai ilmu bukan terletak pada ketebalan sebuah atau berbuah-buah buku]




Dulu..

Sangkaku,

Apabila aku sudah membaca pelbagai jenis buku,

Aku dapat menambah ilmuku,

Ya, memang benar..

Namun ada perkara yang aku terlepas pandang..

Kerana..

Yang dibaca olehku hanyalah fakta semata-mata,

APA BEZA ANTARA FAKTA DAN ILMU?


Walaupun telah berbagai-bagai buku kubaca,

Tak semua yang dapat kuhadam sepenuhnya,

Kerana...

Ilmu itu adalah sesuatu yang kita faham dan ia meresap ke dalam jiwa..

Itulah ilmu..

[oleh itu, buat diri sendiri, banyakkan pembacaan dan banyakkan pemahaman]

MEMBACA MEMBUATKAN KITA CEPAT
MENULIS MEMBUATKAN KITA TEPAT

InsyaALLAH..

Adikku sudah besar


Adikku sudah besar. Besarkah kamu sebenarnya? Memang kamu sudah besar, tinggi daripada kakak. Kakak harap kamu menjadi seorang yang matang dan berdikari. Dengar cakap mama dan abah. Selamat hari lahir. Semoga dirahmatiNYA.


BIG BOY..
BE A GENTLEMAN,
STRONG, BRAVE AND DARING..
IN A GOOD THINGS,
THE MOST IMPORTANT IS..
BE WISE

Sunday, June 27, 2010

Boring?
Don't know what to do?
What about watching a movie?
Do you want something beneficial activities?

I would like to suggest you.....
3 IDIOTS
It's sounds bad right?
If you say..., it is a comedy movie..
Yes! You are right..
But it is not just a comedy movie..
IT IS A HINDI INSPIRATIONAL-COMEDIAN MOVIE..
(i hope my english writing is not so bad..:))
Don't worry..
You'll laugh and LEARN..

Saturday, June 5, 2010

The trailer of 'Sang Pemimpi'


I love Andrea Hirata' books.
And also the film- Laskar Pelangi-

Just now, I found another film of Riri Reza,
SANG PEMIMPI (the dreamer)..[It is not actually a film but only a trailer]
also based from the novel of Sang Pemimpi, written by Andrea Hirata..

I really love the way he wrote all of his novels,
which is, the story of his life..
the way he described things and events...
he is wonderful writer and also motivator..
I think...



##Could anyone tell me how to get the movie?

Friday, June 4, 2010

Lumrah kehidupan

~ Allah tidak beri apa yang kita mahu, tetapi Allah beri apa yang kita perlu~

Saturday, May 29, 2010

Pujuk rayu jemari..




Bila sudah lama tidak menulis...Rasa tidak selesa..
Rasa tidak lengkap..
Rasa tidak senang duduk..
melihat entri terbaru rakan-rakan..
Cemburu dan Teringin..
Lantas jari jemari ini merayu..
supaya menulis dan terus menulis..
bergerak, menyisip, menyusur segala peluang yang ada walaupun sedikit cuma..
Lantas jua.....
Ku salin lagi sebuah puisi indah..
karangan Dr. Siti Zainon Ismail..




KABUS

Kau litupi wajah pagi
angin menolak selimut tebal
aku meraba
ke tepi tabir itu
dendam apalah
menerjang
ke sulur rasa
dihujani darah panas

Kala kekasih menggoda
Bahasa cintanya amat putih
yang melonglaikan liuk pandang
menikam
ke jantung ratna
dewi berkelubung cindai
belajar menguak kabus
menjuraikan embun rindu

Bukakanlah,
selimut tebal-Mu yang hangat
segala rahsia terpendam
ia yang lelah mencari
telah pun menemukan pijar mentari
bicara asli

Dalam kabus-Mu
tersebar harum jagung bakar
yang menggiurkan kuda-kuda gunung
seperti aku
yang telah menyentuh
belaian anggun-Mu

Mac 1982