Monday, October 5, 2009

ALahai saYang..



Aku ini punya 4 ekor kucing. Satu ibu kucing (nama diberi Kucang) yang telah melahirkan dua ekor anak kucing yg comel2 (putih dan belang) dan seekor lagi kucing yang bernama Montel yang aku sendiri ambil dari SAMT Hishamuddin.


Hari ini aku punya dua buah cerita tentang kucing2ku. Namun cerita2 ini berkisar tentang kedua2 anak kucingku. Cerita pertama adalah semalam. Dan cerita kedua semestinya cerita hari ini.

CERITA PERTAMA

Tanggal 4 Ogos 2009, kedua ibu bapaku memutuskan untuk membawa Putih ke klinik. Sudah dua hari dia kelihatan tidak bermaya dan tiada selera makan. Sebenarnya ini merupakan kali pertama kami membawa kucing kami ke klinik haiwan. Jadinya, macam 'jakun 'juga lah.

Aku sungguh terpesona melihat pelbagai aksesori yang dijual di sana. Terdapat baju kucing, rantai leher, katil kucing (untuk anjing pun boleh kot!) dan minyak wangi yang terdiri daripada pelbagai bau-bauan antaranya lavender, jasmine dan.. (aku lupa).

Macam2 gelagat pemilik kucing yang kami dapat lihat. Seronok!!

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tibalah giliran Putih untuk diberi rawatan. Doktor haiwan tersebut membenarkan kami masuk ke bilik. Di dalam bilik rawatan, secara informalnya aku belajar dan melihat bagaimana doktor tersebut merawat haiwan, bermula dengan mencuci mulut, telinga dan hidung sehinggalah kepada memasukkan air ke dalam badan Putih (sama seperti rawatan yang diberikan kepada manusia iaitu dengan memasukkan air melalui jarum yang dicucukkan ke badan) serta memeriksa suhu badan dengan memasukkan termometer ke dalam punggung Putih.


Putih kemudiannya diberi makan dengan menggunakan 'plastic syringe' (i'm not so sure it real name). Kata doktor, ketika haiwan sakit mereka akan hilang selera makan, jadinya kalau mereka lapar sekalipun mereka tidak akan makan. Oleh itu menjadi tugas kita sebagai pemilik empunya kucing untuk memberi makan secara paksa dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.







Itu adalah 'plastic syringe' yang digunakan doktor (i just guess it name). Menurut doktor, Putih sakit demam, selsema dan cirit birit. Kesian Putih.. badannya lemah saja. Satu lagi fakta menarik yang aku pelajari ketika berada di sana adalah mengenai suhu demam bagi kucing. Seseorang manusia normal itu apabila demam suhu badan akan mencecah 30 darjah celcius ke atas (if i'm not mistaken) tetapi bagi kucing mereka akan demam apabila suhu badan mereka mencecah 40 darjah celcius dan keatas. Kemudian Putih diberi makan ubat dan sudah tentu kami sekali lagi melihat demonstrasi bagaimana haiwan diberi makan ubat. Ubatnya sama shaja macam manusia, ada ubat pil dan ada ubat jenis 'syrup'. Cara makan ubat sama saja macam yang manusia lakukan cuma bezanya kucing tidak perlu minum air untuk menelan ubat tersebut. Sebaliknya, pemiliknya perlu meletakkan ubat tersebut dihujung tekak kemudian tutup mulut kucing rapat2 dan urut perlahan2 tekaknya di bahagian luar.


Selesai rawatan, kami pun ingin pulang setelah membuat pembayaran yang hampir mencecah RM 100. Wow! Mujur mama bawa duit lebih. "My 'legal' assumption" kenapa agaknya ye, ubat dan rawatan haiwan sangat mahal berbanding manusia? Intuisiku berkata, "mungkin susah kot nak dapatkan bekalan untuk ubat haiwan". Kami sempat membeli sepasang rantai leher untuk Putih dan Belang memandangkan mereka sepasang adik beradik dan mengharapkan Putih boleh sembuh dengan cepat.


CERITA KEDUA


Pagi ini seperti biasa aku bangun pagi dan melihat adikku Alya, yang nakal sudah terduduk di atas kerusi belajarku bukan kerana belajar tetapi kerana main 'game' di laptopku (hampeh). Tidak lama bibik naik atas dan memberitahuku, "Kak, Putihnya dah mati, tapi pagi tadi bibik bangun pukul enam badannya masih panas." Aku tidak pasti perasaanku ketika itu samada sedih atau serba salah. Aku keliru. Aku terfikir, apakah yang menyebabkannya mati? Adakah kerana ubat atau aku yang terlambat baginya makan? Aku hanya mampu berdoa agar tidak termasuk di kalangan golongan yang menyiksa binatang. Alya dan bibikku sudah pun menangis kerana kematian Putih. Putih telah ditanam di belakang rumah kami pagi tadi.


Aku terfikir lagi, "Apakah selepas ini aku akan membawa kucing2ku ke klinik?". Aku sendiri tidak pasti. Belang masih berusia 4 bulan (akan dewasa ketika berusia 1 tahun) dan dia tinggal keseorangan. Ketika Putih mati, Belang berbunyi2 sampai serak suaranya dan berhenti berbunyi apabila melihat saudara sudah kaku dan sejuk. Aku berazam untuk menjaganya betul2 agar penyakit yang menimpa Putih tidak menimpanya juga. Sehingga akhir penulisan ini, Montel masih tidur diatas kerusi berhampiran dengan meja komputerku. Dia pun aku berazam untuk jaga baik2.



(Montel yang telah menjadi seekor kucing betina dewasa)

2 comments:

nuha said...

citer sdih nie..
takziah..

Nurul Athirah said...

sian2 kat Putih..

jaga leklok eh..
cam Abu Hurairah..
beliau pun ske kucing..

tp en,
kita takutla ngan kucing,,

ti free2,
post la cara menghilangkan ketakutan terhadap KucinGGG..ngeh2