Saturday, May 8, 2010

Hatiku tertinggal di situ.



Hari ini merupakan hari terakhirku berada di bumi Nilai, Negeri Sembilan. Aku akan mula bercuti dalam jangka masa yang tidak begitu panjang, sebelum menyambung pengajianku di peringkat asasi di Petaling Jaya. Tinggal satu semester sahaja lagi sebelum ke Gombak. Aku akan merindukan mereka. Deeba cantek, Mein, Anis, Fana, Dayah, Hajar, Leha dan Haida yang akan ke Gombak tidak lama lagi.

Apa hendak buat, semua pelajar jurusan undang-undang telah diarahkan oleh pihak universiti untuk menetap di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya. Pindah lagi! Penatnya..

Setelah tamatnya peperiksaan akhir, aku terus ke perpustakaan untuk meminjam apa-apa buku yang menarik untuk dibaca. I love reading so much...

Bila membaca,
Hati yang berduka menjadi tenang dan gembira..
Bila membaca,
Fikiran yang berserabut menjadi kemas ..tersusun rapi..
Bila membaca,
Aku tidak berasa keseorangan..
Dan dia peneman dan penghibur yang setia..
Pendek kata...
membaca membuatkan aku bahagia..

Dan yang menjadi pilihan hati ketika itu adalah, "Hatiku Terluka di Bukhara" di karang oleh Wan Hashim Wan Teh.

Menceritakan tentang pengembaraan penulis ke negara USSR. Mencari kebenaran apakah negara tersebut berjaya melangkah ke hadapan dan mencapai kemajuan sepertimana saingannya Britain dan Amerika Syarikat dengan ideologi sosialisme @ komunisme yang dibawanya.

Membentangkan pelbagai pemikiran dan ideologi oleh kaum penjajah dan pandangan kaum yang ditindas.

"Luka. Belah, cedera; pedih, sakit hati menanggung kecewa. Yang membawa hadir ialah peka - oleh asuhan deria, ilmu, pengalaman, tahu, ingat, insaf, iman, nur Ilahi.

Hatiku Terluka Di Bukhara rakaman perjalanan kehidupan:
akan hebat tingginya tamadun suatu bangsa
tentang makna dan harga kebebasan dalam penjara ideologi
tentang makna sama rata dalam tafsir kesaksamaan nafsu
kisah luka manusia hilang hak, hilang emosi
kisah luka manusia mengutip iktibar di depan mata"



Buku tersebut telahpun kupulangkan ke perpustakaan semalam. Tak sempat nak menghabiskannya. Tapi, mujurlah aku sempat membaca bahagian terpenting dalam "Hatiku terluka di Bukhara". Bahagian yang menceritakan mengapa hatinya terluka di situ. Hanya tinggal beberapa muka lagi. Itulah akibatnya, aku terlalu banyak menonton sepanjang seminggu terakhir di Nilai, sampai buku pun tak sempat habiskan. Bila sudah sampai rumah tangan rasa nak pegang buku itu lagi!. Nilai! I'm gonna miss u..

4 comments:

SaEidah SyamIelah said...

salam fiqah,,,rindu giler ngn fiqah,,dah lama tk chat kan,,waa skg nak cuti,,jadi boleh la release tension,,fiqah jemputlah dtg ke blog saiedah,,ni linknya,http://saiedahsyamielah.blogspot.com/..fiqah pasanglah,,shoutbox,,nnt senang orang nk chat ngn fiqah,,,hehe,,^^,

wanfad abraham said...

Fiqah..Me too~gonna misss Nilai!Nak bacalah hatiku terluka di Bukhara tuh!

AfiqahRazak said...

bacala kak fad, membuka fikiran tau

wanfad abraham said...

ok2..nak cari katne ek? ngah menggilai dan dahagakan pembacaan ni..tp sangat sibuk.. n nak carik gak buku tuh!