"Mama, tekan 5(Hits)"
"Nak 6(Era)"
"Ishh, entah apa-apa lagu. Mama buka IKIM"
Kesudahnya berebut dan berkelahi dalam kereta.
Namun, siapa yang menang akhir sekali? Tentulah budak yang punya pengaruh kuat ke atas mama, SI BONGSU.
Apa pilihan si bongsu? Jangan disangka si bongsu hanya budak kecil yang menyanyi Twinkle Twinkle Little Star tetapi si bongsu zaman alaf baru sudah pandai mendengar radio ERA.
Terpaksalah kami semua dengar radio ERA dek tidak tertahan rengekan si bongsu.
Namun begitu, bukan radio ERA yang ingin ku coretkan tetapi hal perihal Maher Zain. Apa yang menarik di sepanjang perjalanan yang diiringi alunan muzik radio ERA itu, aku begitu terkejut, teruja dan kagum kerana sepanjang satu hari sudah beberapa kali lagu-lagu Maher Zain dimainkan. Ini membuktikan alunan nasyid Maher Zain diterima baik bukan sahaja di siaran radio keagamaan tetapi di radio-radio seperti ERA dan H ot f.m. . Pada hematku, kebanyakan lagu-lagu nasyid di Malaysia mempunyai rentak yang lebih kurang sama dan penciptaannya perlu diberikan sedikit sentuhan 'segar' .
Lain pula halnya dengan lagu berunsur keagamaan di Indonesia. Bagiku alunan muzik dari Indonesia sentiasa menarik perhatian terutama lagu-lagu Opick. Lagu-lagunya yang begitu 'segar' dan diberi sentuhan bernada lembut dan 'romantis' sangat menenangkan jiwa si pendengar.
Aku bukanlah pendengar radio yang tegar. Walau apapun, tahniah kepada Maher Zain dan diharapkan terus istiqamah dalam memberi nafas baru kepada industri nasyid.
p/s : lagu Inggeris : kebanyakannya daripada Lady Gaga, Eminem, dan Rihanna terdapat unsur- unsur kesyaitanan
lagu melayu : Hilangnya banyak keindahan dalam lagu dan sesetengahnya menggunakan bahasa yang kasar.
Ada orang kata keindahan berbahasa tidak penting sebaliknya cara kita mendekati
pembaca itu lebih penting, kalau begitu bukankah al-Quran diturunkan dengan
bahasa yang sangat indah dan tinggi? Mengapa tidak kita menggunakan bahasa yang
baik dan sopan?
No comments:
Post a Comment