Monday, April 18, 2011

Kisah P. Ramlee


Cerita ini dikisahkan kepadaku oleh Emi. Adikku Emi si Mami Jarum.

Katanya.....,

kawan suami cikgu dia pernah terjumpa roh P. Ramlee di stesen Dang Wangi. Pada waktu itu dia (kawan suami cikgu Emi) balik ke rumah dengan menaiki KTM lebih kurang tengah malam. Bila keretapi berhenti di stesen Dang Wangi, seorang lelaki segak masuk sambil membawa gitar. Dia terkejut. Ketika itu hanya ada lebih kurang enam orang sahaja yang berada di dalam keretapi. Lelaki segak itu mirip sekali wajahnya dengan P. Ramlee. Kemudian lelaki segak tersebut kemudiannya berkata kepada semua orang yang berada dalam train itu lebih kurang bunyinya begini,

"Nanti tolong beritahu pihak media tolong berhentikan semua filem-filem saya. Saya dah lama terseksa dalam kubur.."

Kemudian lelaki segak berwajah mirip P. Ramlee itu pun lenyap. Selepas itu, kawan suami cikgu Emi pun demam selama 3 hari.

Entahlah. Aku tak tahu mahu percaya ataupun tidak. Berdiri juga bulu roma dengar cerita macam ini. Dulu pun pernah dengar cerita pasal P. Ramlee muncul di kawasan sekitar keretapi. Walau apapun sebagai manusia biasa kita tak tahu apa yang sebenarnya terjadi di alam 'sana'. Kita sebagai orang Islam adalah lebih baik sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..

4 comments:

nailah said...

kte pn penah dgr cite ni.
tp dah lama da.
sebijik lak tu.
salunye kt ktm bwh tanah wktu2 mgrib

AfiqahRazak said...

waahh...seram gak lah...

Syed Putra said...

Dulu waktu kecil mak selalu kata jangan jadi pelakon, sebab jika orang tayang semula filem kita selepas mati, kita akan diseksa.

Lain-lain hal, wallahua'lam.

Anonymous said...

Takut