Aku cuma nak komen sikitlah tentang beberapa perkara yang tak kena pada pandangan mataku. Aku....gembira bila ada cerita berunsurkan religi menang. Tapi kenapa ya? Kenapa 'producer' yang naik pentas ketika itu berjabat tangan dengan pengacara majlis. 'Of course' berjabat tangan tak salah. Yang salahnya bila lelaki dan perempuan bukan muhrim bersentuhan kulit secara sengaja. Entahlah. Aku ni pun tak kisah kalau artis atau segala yang berkaitan dengan artis nak pegang-pegang. Sebab secara umumnya, itulah mereka. Dan semua orang pun aku rasa tak kisah. Tapi aku rasa sedikit malu kalau dia adalah 'producer' yang membawa imej Islam pada dirinya dan juga ceritanya. Pengacara lelaki tersebut pun tak tahu nak salam ke tak 'producer' bertudung tu. Tapi disebabkan yang menghulurkan tangan terlebih dahulu adalah 'producer' itu maka berjabat tanganlah mereka sebagai tanda ucapan tahniah.
Satu soalan muncul di benakku. Apakah mereka membawa jiwa mereka bersama-sama dalam cerita yang mereka bikin?
Kadang-kadang aku rasa mungkin ada benarnya apa yang kak Wardina cakap ketika menjadi salah seorang panel jemputan untuk forum yang bertajuk "Layar Perak dan Tinta Emas" anjuran Intellectual Youth Club beberapa minggu yang lepas. Sesetengah 'producer' menghasilkan cerita berunsur religi atas sebab permintaan yang tinggi daripada masyarakat.
Yang menggunakan khidmat penasihat agama dalam drama atau filem mereka, Alhamdulillah. Bagaimana pula yang menulis cerita tanpa adanya penasihat agama? Takut-takut cerita yang mereka bikin boleh mengelirukan masyarakat sekarang yang sedia adanya iman lebih nipis daripada kulit bawang. Nauzubillah.
Apapun iktibar yang aku boleh ambil daripada insiden yang membuatkan aku terfikir-fikir tu....segala yang kita buat atau lakukan, carilah jiwa. Kenapa aku buat benda ni? Pensyarah aku cakap, Dr Zaid "Orang yang tak tahu tujuan dia buat sesuatu perkara adalah orang gila". Dan segala persoalan yang lahir di benak kita...jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Cari orang yang arif dan alim.
Remember this by heart my dear. Don't just 'spit it out' but you don't know how to apply it for your beneficial.
2 comments:
SALAM..intresting post again..bersesuain dgn krisis di Malaysia skrg..kecelaruan identiti(jatidiri+pemikiran)..mencetuskan beberapa pengajaran penting bagi saya sendiri.
Dalam surah Ali Imran 67 ; "Bukanlah Ibrahim AS itu seorang yahudi, bukan pula seorang nasrani, bahkan dia adalah seorang yang lurus (hanif) dan muslim .. dan dia tidak sama sekali dari ...kalangan orang musyrikin"
Uslub penafian biasanya dibuat sekiranya ada dakwaan, dan ada kekeliruan atau syubhat yang timbul. Keliru antara hak dan batil, keliru di pihak mana beliau AS berada. Mungkin situasi itu merujuk kepada keadaan yang dilalui oleh dakwah pada ketika itu lantas Allah menurunkan ayat ini sebagai pemutus dan pemisah antara hak dan batil.
Saya nak cuba takwilkan ayat ini dengan keadaan semasa ;
"Bukanlah seseorang daie itu liberal, dan tidak juga demokrat ala-barat dan humanis, tetapi daie sejati itu lurus (hanif) dan muslim sepenuhnya serta tidak ada apa-apa pertalian langsung perjuangannya dengan perjuangan jahiliyyah."
Betapa perlunya kita kepada rijal yang tajarrud (tulus sepenuhnya) Islamnya ?
Sesungguhnya pada kisah Ibrahim AS itu ada pedoman ..SALAM EID ADHA 1432H.......(DARI AT TANTAWI)
emm...interesting opinion. hope to hear from you soon for my next 'interesting' haha...(kidding)
Post a Comment