|
'Landmark' Parit Mentara |
Tidak adil rasanya kalau aku asyik bercerita tentang negeri Terengganu yang baru beberapa kali aku kunjungi dan teruja dengan suasananya.
Sedangkan Bagan Serai sudah ada dalam catatan hidupku sepanjang kehidupan ini.
|
Kawasan sawah padi yang telah dituai dan di'bersih'kan |
Bagan Serai, atau dalam sebutan orang-orang Banjar, Bagan Sarai, adalah tempat abah membesar. Meskipun abah dilahirkan di Singapura, berikutan kekangan pekerjaan Tok Wan sebagai askar British, namun kampung halamannya adalah Bagan Sarai, Kerian, Perak.
|
Kesan hitam tersebut merupakan prosedur biasa yang dilakukan untuk mengelakkan rumput tumbuh setelah padi dituai. Awas! Rumput adalah musuh tradisi tanaman padi. |
|
'kunci' tali air |
|
Bagan Serai : Lapang dan hijau |
Bagan Serai adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kerian, Perak. Kedudukannya yang terletak ke utara membolehkan penduduk setempat memasuki Penang dengan cepat. Daerah Kerian merupakan kawasan sawah padi. Luasnya, saujana mata memandang. Kiri dan kanan adalah kawasan sawah yang berwarna hijau dan coklat. Saliran air atau parit turut menghiasi landskap pertanian ini.
|
Pagi |
|
Amalia dan Adi Hidayat |
|
Laluan kecil di sawah padi |
Menurut abah, kini, kawasan sawah padi kekurangan tenaga kerja untuk mengusahakannya. Hanya mesin yang akan dihidupkan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Mungkin juga, dengan anak-anak kampung yang telah membesar dan berhijrah ke bandar, menyebabkan kekurangan tenaga kerja. Kalau dahulu, parit-parit sering menjadi tempat 'berkubang' anak-anak desa kecil ini. Sekarang tiada lagi. Abah sempat berseloroh, " Sebab tu budak zaman dulu-dulu pandai berenang, tak macam budak zaman sekarang" (kalau ibu bapa tak hantar kelas renang).
|
Saujana mata memandang |
|
Berada di kawasan kunci tali air yang berfungsi mengairi saliran untuk tujuan penanaman padi |
|
Jambatan |
|
Bunga Kembang Pagi yang tumbuh subuh berhampiran tali air |
Hampir semua yang menetap di daerah Kerian turun temurun adalah
urang-urang Banjar yang berhijrah daripada Kalimantan, Indonesia.
Ya, kami ini bersusur galur Banjar. Darah yang dipam ke seluruh urat-uratku adalah Melayu-Banjar. Abah
urang Banjar, mama orang kampung (Melayu). Beraya di Perak adalah kegembiraan bagi kami adik beradik. Kampung kami yang satu lagi terletak di Jengka, Pahang. Tok Wan mama adalah bekas peneroka FELDA.Tetapi aku fikir, aku dan adik-adikku lebih menyukai suasana di Perak. Mama dilahirkan di Semanggol. Berdekatan dengan tempat abah. Saudara mara mama dan abah ramai yang menetap di Perak. Sedangkan di Pahang, tidak banyak rumah yang dapat kami ziarahi berbanding di negeri Darul Ridzuan.
Bersambung........
No comments:
Post a Comment