Saturday, September 6, 2014
Cita-cita yang tak formal
Mengurusi diri sendiri sememangnya sukar.
Mengurusi emosi, mengurusi kemarahan dan semua yang negatif.
Aku bukan orang yang pandai. Tetapi sekurang-kurangnya, aku punya kemahuan untuk belajar dan berubah.
Aku punya tabiat yang pelik. Masa sekolah dulu-dulu aku tak fokus dan suka main-main.
Sebabnya aku tak suka sistem peperiksaan.
Beberapa tahun selepas itu, aku mula mencari balik ilmu yang aku hilangkan kerana sistem peperiksaan.
Walaupun nampak macam bodoh, tapi aku puas. Sebab aku lebih faham apabila belajar semula dengan lebih mendalam.
Pernah suatu ketika, zaman sekolah menengah, aku protes dengan diri sendiri tak mahu baca Al-Quran.
Huu. Nampak macam derhaka kan?
Itu semua sebab aku merasakan tajwid aku macam 'sampah'. Tunggang langgang. Walaupun aku belajar tajwid beberapa tahun di sekolah rendah, namun entah kenapa tiada kesan. Tak cantik.
Selepas SPM, aku meminta ibuku carikan guru mengaji. Alhamdulillah, ustazah yang ajar aku itu, benar-benar arif dalam ilmu tajwid, walaupun beliau bukanlah guru yang ditauliahkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah rendah agama.
Kesyukuranku berganda apabila, aku di'exempt'kan dari mengambil subjek AlQuran apabila masuk ke UIA. Semuanya gara-gara tajwidku yang dibetulkan oleh ustazah. Alhamdulillah
Setiap kali aku berasa malas untuk membaca Al-Quran, aku akan mengingatkan diri sendiri betapa besarnya nikmat dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Jadi aku tak boleh mengabaikan Al-Quran.
Bila terbaca kisah-kisah orang yang homeschool, aku rasa seperti ingin kembali menjadi kanak-kanak yang melalui proses pembelajaran yang sedemikian. Haha.
Dalam minda dan jiwaku, selalu kutanamkan impian untuk menyekolahkan anak-anakku di rumah. Dengan tanganku sendiri. Maka, aku harus fokus dari sekarang membangunkan diri sendiri supaya aku dapat menjadi guru dan ibu terbaik buat anak-anakku.
Sekaligus, aku dapat menjadi penulis sepenuh masa di rumah. Impian 2 dalam satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment