Wednesday, October 20, 2010


KADANG-KADANG KEREHATAN YANG PANJANG
BOLEH MEMBUATKAN MINDANYA MENJADI BEKU DAN BEJAT
BADANNYA MENJADI LEMAH DAN TIDAK BERMAYA..

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah..seronoknya tengok STUDENTPOWERPROJECT berjaya di UIA...
(my next campus)...:-)

Monday, October 11, 2010

Emmm...seronoknya!


Emm..seronoknya dapat baca buku ini. Pertama, dapat banyak resepi baru. Kedua, selain resepi-resepi yang diberikan, jalan cerita juga tidak menghampakan kerana aku dapat banyak ilmu-ilmu keusahawanan. Sangat informatif. Tak sabar rasanya nak cuba resepi baru..!

Sunday, October 10, 2010

Sudah habis [2]



Mencatatkan sejarah Kerajaan Islam Sepanyol sejak di awal pembukaannya oleh Tariq bin Ziyad dari Dinasti Muawiyah merentasi tiga tampuk pimpinan iaitu zaman pemerintahan gabenor, zaman pemerintahan khalifah dan zaman pemerintahan wilayah.

Antara yang menarik perhatian,

"Orang-orang Kristian dan Yahudi Sepanyol amat kagum dengan kemajuan orang-orang Arab ketika itu. Oleh itu, mereka turut meniru setiap apa yang dibawa oleh orang Islam. Mereka merasa megah jika dapat bertutur dalam bahasa Arab. Sekolah-sekolah mereka mengajarkan mata pelajaran bahasa Arab. Pakaian Arab juga menjadi kemegahan dan simbol kemajuan."


"Gereja-gereja Kristian tidak diambil alih oleh orang Islam kecuali jika orang-orang Kristian sepakat untuk menjualkannya kepada orang Islam. Ada berita yang menunjukkan gereja telah dijual kepada orang Islam dengan harga yang mahal. Tidak ada satupun laporan sejarah menunjukkan orang Islam meruntuh atau mengambil alih gereja secara paksa."


"Begitu banyak perutusan diplomatik dan wakil pendidikan yang diterima oleh beliau. Antaranya ialah perutusan dari raja Inggeris yang memohon Abdul Rahman III membenarkan empat orang rakyat England belajar di perpustakaan Cordoba. Perutusan raja England itu diakhiri dengan kata-kata raja England : ' Dari pembantumu yang sentiasa mentaati, raja England.' "


Kesimpulan secara kasar yang dibuat peribadi ialah asas kekuatan umat Islam adalah iman dan kesatuan. Pemimpin ialah elemen penting dalam sesebuah pentadbiran. Sekiranya pemimpin itu sendiri tidak berjati teguh dan mudah dibeli musuh, maka senanglah sesebuah negara itu tumbang walaupun memiliki pahlawan yang gagah berani. Lalai dengan kemewahan, hiburan, pangkat dan harta juga merupakan faktor yang tidak boleh dipandang remeh.

Saturday, October 9, 2010

HISTORY IS ABOUT TO REPEAT ITSELF - george santayana



SEJARAH MEMBUKTIKAN
BILANGAN TENTERA YANG RAMAI BUKAN PENENTU KEJAYAAN
PERALATAN PERANG YANG CANGGIH JUGA BUKAN MENJAMIN PENAKLUKAN YANG BERPANJANGAN


JIKA IANYA TIDAK BENAR

"MENGAPA BUMI PALESTIN MASIH BERTAHAN HINGGA HARI INI?"

"MENGAPA TIDAK HABIS ANAK CUCU SHEIKH AHMAD YASSIN?"

"BUKANKAH ISRAEL PUNYA ALATAN PERANG YANG GAH HASIL SUMBANGAN A.S.?"
JADI....

"TANYAKANLAH APA KEKUATAN MEREKA..."

"MESKIPUN DITINDAS.."

"MAKA ENGKAU AKAN MELIHAT MUTIARA DALAM DIRI SETIAP MEREKA...."

ADALAH MUTIARA JIHAD......

p/s : Hari ini di astro awani melaporkan seorang remaja palestin telah dilanggar dengan ganasnya oleh seorang yahudi dengan menggunakan kereta ketika beliau sedang cuba melontar batu ke arah kereta milik yahudi tersebut. mujur tak meninggal .....tetapi cedera parah

Tuesday, October 5, 2010


Penilaian Menengah Rendah

Selamat berjuang! terutama Arif bin Abdul Razak....

Habis sudah


Alhamdulillah...
Beberapa hari yang lepas aku telah berjaya menghabiskan novel karangan Fatimah Syarha yang bertajuk, "Tautan Hati". Masa yang diambil adalah dua hari.

SINOPSIS jalan pendek cerita yang dirumus sendiri

Mengisahkan perjuangan dakwah Asiah Yusra dan rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Taman Islam di alam universiti.

PANDANGAN DAN PENGAJARAN CERITA

Pada aku, ini adalah sebuah novel yang mendidik dan memberi kesedaran akan kepentingan psikologi dalam berdakwah, sifat mujahadah dan istiqamah dalam dakwah islamiyyah. Berjuang dalam arena dakwah bukanlah satu pekerjaan yang senang, malah lebih sukar daripada pekerjaan-pekerjaan lain dalam dunia. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dan tidak berbayar malah kadang-kadang terluka. Bayarannya hanya Allah yang mampu membalasnya.

p/s : masih belum mampu sampai ke tahap ini