Tuesday, May 13, 2014

Drama pagi






Selamat Pagi Dunia. huhu.

Terlebih gembira pula. Padahal, esok aku ada dua ujian, Constitutional Law II dan Evidence I.

Aku sebenarnya nak belajar dan ulangkaji, namun malangnya fokus lari apabila mengenangkan,

'Hah? banyaknya tak baca lagi..............!!!!'

Jadi aku pun buat secawan kopi hitam klasik. haha.

Dengar lagu klasik, tengok aksi-aksi wareq di luar tingkap mahallah dan terus daftar masuk blog.

Oh, wareq adalah perkataan Banjar yang bermaksud monyet.

Rasa kelakar tengok gelagat wareq-wareq ni sekeluarga. haha.

Bau kopi agaknya. Lepas itu, duduk mencakung di sebalik bumbung mengintai, menjenguk aku. Macam main nyorok-nyorok lah.

Berlagak gaya macam nak serang aku, menyeringai segala. Tapi apabila aku bangun dari kerusi terus menyorok di sebalik bumbung. haha. Kelakar.

Aku dah lama perhati perkara ini. Monyet-monyet ni, kalau dah keluar dari hutan dan masuk ke mahallah, terus cari tong sampah. Bertaburanlah sampah-sampah. Kadang-kadang sampai terkena kat baju sidaian orang lain. Hmmmm.....

Aku kesian dengan monyet-monyet ni. Agaknya dah tak ada makanan kat hutan sampai cari sampah di tempat yang penghuninya manusia.

They are not supposed to eat garbage.

Kadang-kadang tu sampai rasa macam nak tanam pokok pisang dalam hutan atau kawasan semak dalam UIA. Supaya monyet-monyet tu tak makan sampah.

Pokok pisang kan senang nak hidup. Campak saja, terus hidup. Tebang ke, bakar ke, nanti tumbuh tunas baru.

Aku bukannya apa. Sebabnya aku pernah tonton satu video berkenaan satu spesies burung di sebuah kepulauan yang makin banyak mati.

Kita boleh tahu sebab burung-burung ni mati apabila bangkai tersebut benar-benar reput. Ada banyak sampah dalam perut burung! Tragis kot.

Penyu pun sama.


Macam mana manusia nak hidup dengan senang dan selesa, macam itu jugalah hak haiwan.

Haiwan-haiwan ni makhluk Allah yang sentiasa berzikir. Begitu juga tumbuhan.

Kita? Lagha banyak, zikir kurang.

Melihat makhluk Allah yang lain dapat menggandakan kesyukuran dan ketakjuban kita pada Allah.

Maha Suci Allah yang mencipta segala yang ada di bumi ini. Maha Cantik dan Maha Hebat.

Aku selalu fikir dari dahulu sehingga sekarang, kenapa orang Islam kurang ambil perhatian dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar?

Hal-hal sebegini selalunya dilakukan oleh orang bukan Islam.

Mengembara pun yang banyak orang bukan Islam yang keluar ke mana-mana. Mungkin dengan cara itu mereka cuba mencari makna hidup.

Adakah sebab itu mereka lebih mahir dalam seni kemanusiaan dan psikologi? Mungkin. Aku tidak menafikannya.

Contohnya lah, kalau quotes, mereka punya quotes lebih kena dengan fitrah dan psikologi kemanusiaan. Kalau quotes orang Islam banyak Al-quran dan hadis. Tak salah. Sebab itu wahyu suci. Cuma mungkin kita kurang pendekatan psikologi. Aku tidak menuding pada Islam itu sendiri. Tapi pada kita. Kita semua.

Adakah kita kurang seni dalam aplikasi dan terjemahan wahyu Tuhan?

Ianya samalah seperti membaca buku teks yang tebal dan sarat dengan perkataan yang tinggi, kemudian dimudahkan dalam bentuk nota, penjelasan dan analogi menarik . Terutamanya untuk mereka yang tidak mampu membaca buku sedemikian rupa. Dengan cara itu kita berkongsi kenikmatan yang sama. Pencerahan.

Aku pun tak tahu nak terjemahkan dalam bentuk perkataan. Huurrmmm...

Secara jujurnya, itulah yang aku rasa.

Wah, nampaknya kopi hampir habis.

Mungkin sudah tiba masa untukku menamatkan coretan ini.

Masa untuk sambung ulangkaji. Yeay!

Saturday, May 10, 2014

Titisan Rahmat dari Tuhan




Dan semilir angin pun bertiup

entah dari mana

membawa udara tanda akan datangnya hujan


Dan kemudian hujan pun turun

membasahi tanah emas ini

mengakhiri kepanasan yang membahang

pada setiap titisan itu mengalir dan menyelirati urat-urat daun

lalu bertitik jatuh menyembah bumi


Kala ia turun mencurah-curah

ingin aku membebaskan diriku pada hujan

agar tangisku tidak kenampakan

berharap agar air hujan ini turut membersihkan kegersangan hati yang panjang


Benar, hujan adalah rahmat
Mengapa perlu dianggap sebagai cuaca buruk?


Thursday, May 8, 2014

Nightdreaming. Good night!



I wish some fine day,

I could travel to the world that have been in my dreams over these passing years.

I wish someday in the near future,

I would travel to the world with my husband and bring along our children.



The travel should be the one not like holidaying or leisuring in the hotel. It's an adventure. Haha.

(so that our children would appreciate more the world natural beauty and the societies around it)

My husband and I would travel backpacking around the world.

Our first destination to-be is China. Travelling the whole China, crossing the border of Russia and go straight to the Central Asia countries,

Kazakhtan,

Mongolia,

Kyrgystan,

Uzbekistan,

Turkmenistan,

Tajikistan.

After that? Thinking of countries around the Carribean Sea. Freediving ourselves, seeing the world underwater. Carribean Sea is a beautiful sea. But still sea is a sea. You can play around but be cautious.




So, this is my future plan. And I don't think these plans can be executed non-stop. Even I have no guts to do it straightly. Maybe after travelling one or two countries, we can go back to Malaysia. Recharge (huh?).

Mood : Admiring the adventure of Zahariz Khuzaimah.

Moga pelangi cepat muncul dalam gerimis




Aku tak pernah melihat dia menangis kerana remuk rendamnya perasaan.

Kesedihan yang menyelubungi dirinya terlalu remeh untuk ditunjukkan pada orang-orang yang dia sayang.

Aku sayang dia. Dan aku tahu dia pun sayang aku.

Marah dan gaduh kami tanda sayangnya ikatan  kami kerana lahir daripada rahim yang sama.

Rasa kagum dan sedih pun menyelaputi hatiku.

Kagum kerana kuatnya menarik air mata dari mengalir.

Sedih kerana aku tahu peritnya menahan air mata.

Sebab apabila kata-kata tidak mampu diluahkan, air matalah yang menjadi bahasa pengganti buat seorang gadis mahupun wanita.

Kerana dia kala ini sedang sakit. Tanda ujian dari Allah. Rasa sayang Tuhan dengan datangnya penyakit.

Aku tidak tahu bagaimana mahu memujuk atau memberi kata-kata semangat yang semacam bagaimana atau semacam cara apa.

Kerana aku takut, dua-dua akan sedih.

Jadi, setiap kali berhadapan dengannya, aku cuba untuk kuat semangat dengan mempamerkan rasa gembira ataupun bergaduh dengannya.

Palsu. Aku tahu itu palsu.

Aku kasihan dengannya. Tapi aku pun tak berdaya.

Aku mahu melihat dia tersenyum lebar kerana tercapainya cita-cita.

Suatu hari itu tentu pasti. Insya Allah, segala hajat dan cita-citamu, mudah-mudahan diperkenankan Allah.

Dan ini adalah titipan doaku buatmu adindaku.

Semoga cepat sembuh!

Wednesday, May 7, 2014

Overjoyed with water





My first formal swimming lesson started when I was 22 year old. About almost a year ago. A self initiative, sponsored by my mom and dad.

I should be continuing my lesson since I am not yet finish the full course of swimming lesson due to my studies.

I have had only learnt one style of swimming; breast stroke.

It is means that I am a novice swimmer. Indeed.

However, that was for the formal lesson. Because swimming is a skill. It needs constant practice in order to make you a good swimmer.

With that one-styled skill, I keep on practice until the day I wrote this story of mine.

Each time practice swimming, my skill get better and I began to discover my strength and weaknesses.

I am so HAPPY. huhu.

To swim, all that we need is confidence. preseverence and strong-willed to move forward.

Besides, patience, calmness and balance also gained as we keep on practicing.

Then, I get used with water and depth. My body would naturally moved around freely. Without any further thinking of how should I move.

As the result also, I cannot look at any coral blue water like Tasik Kenyir. Its seduce me to jump there. haha.

I got three enthusiasms (as for now) :
1. Reading and writing
2. Baking and cooking
3. Swimming

And still wishing to add the list in the near future. I would opt for horse-riding and archery lessons. It is Sunnah of Prophet Muhammad (peace be upon him). But I need to find money for that learning purposes.

wishing to swim here : Issyk Kul lake at Kyrgystan. haha.

When I have children, I would send them for swimming lesson as it is essential. :)




Monday, May 5, 2014

Finding passion and motivation




I wanted to sigh.

But I dont want to give up.

I really need to focus on my studies.

I dont want to fail myself.

Or I will make my parents upset on me.


One thing I know :

though I'm not excellence in studies like other of my colleagues

I am not stupid.

haha.

don't strain yourself with your one typed ego

be a hybrid one.

haha.

laughing again.

despite of this overwhelmed feeling.

[Im so broken at heart. putus cinta? ahaks!]

I need to recover myself.

I really need to mend this heart.

I really, really, really need to focus and start creating my own destiny.

Each time, being sent to Mahallah after a short break in weekend, my father always asking for 3.8 CGPA.

Its too far-reached for me.

But not impossible.

I just need to find ways.

How?

Eversince I was a little girl, exam has never been my real concerned.

If I want to, its just for temporal wanting. haha.

Look at me.

Such a pity, lazy girl.

I have other dreams.

But I just cannot neglect my responsibilities towards my parents and of course as a student. A muslim law student.

Just cannot take it for granted.


Hye there! My name is Afiqah.

And I want to be the best of me.

Fighting!






Thursday, May 1, 2014

Detachment quite failed. (huh?)




Ternyata

Tidak mudah untuk 'melepaskan' diri daripada Facebook.

Mungkin perlu berperingkat.

Mudahkah?