Thursday, May 8, 2014

Moga pelangi cepat muncul dalam gerimis




Aku tak pernah melihat dia menangis kerana remuk rendamnya perasaan.

Kesedihan yang menyelubungi dirinya terlalu remeh untuk ditunjukkan pada orang-orang yang dia sayang.

Aku sayang dia. Dan aku tahu dia pun sayang aku.

Marah dan gaduh kami tanda sayangnya ikatan  kami kerana lahir daripada rahim yang sama.

Rasa kagum dan sedih pun menyelaputi hatiku.

Kagum kerana kuatnya menarik air mata dari mengalir.

Sedih kerana aku tahu peritnya menahan air mata.

Sebab apabila kata-kata tidak mampu diluahkan, air matalah yang menjadi bahasa pengganti buat seorang gadis mahupun wanita.

Kerana dia kala ini sedang sakit. Tanda ujian dari Allah. Rasa sayang Tuhan dengan datangnya penyakit.

Aku tidak tahu bagaimana mahu memujuk atau memberi kata-kata semangat yang semacam bagaimana atau semacam cara apa.

Kerana aku takut, dua-dua akan sedih.

Jadi, setiap kali berhadapan dengannya, aku cuba untuk kuat semangat dengan mempamerkan rasa gembira ataupun bergaduh dengannya.

Palsu. Aku tahu itu palsu.

Aku kasihan dengannya. Tapi aku pun tak berdaya.

Aku mahu melihat dia tersenyum lebar kerana tercapainya cita-cita.

Suatu hari itu tentu pasti. Insya Allah, segala hajat dan cita-citamu, mudah-mudahan diperkenankan Allah.

Dan ini adalah titipan doaku buatmu adindaku.

Semoga cepat sembuh!

No comments: