Friday, May 30, 2014
Antara realiti dan harapan akan datang
Mengikuti perkembangan negara kita, agak menakutkan. Hari ini, seorang kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 3tahun ditemui mati, 'beheaded', berhampiran Sungai Klang.
Beberapa hari yang lepas, kanak-kanak sekolah menjadi mangsa rogol beramai-ramai, yang mana antara mereka telah dikesan positif dadah. Bagaimana masa depan kanak-kanak tersebut? Ianya suatu realiti yang menakutkan bagi yang mendengar apatah lagi yang menghadapi.
Bak kata pepatah nenek moyang kita, " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Dan dalam masa beberapa tahun sepanjang meniti kehidupan ini di tanah tumpah darah yang tercinta, berbagai berita yang jelek dan mengerikan. Kes Teoh Beng Hock, Altantuya, Sosilawati dan banyak lagi. Itu antara kes yang berprofil tinggi.
Kes yang melibatkan pelajar sekolah dan ada juga melibatkan salah laku tenaga pengajar pun tidak kurang hebatnya. Dadah, bunuh, rogol, dan segala macam yang mengancam keselamatan orang awam.
oh, Negaraku Tercinta.
Aku cinta negara ini. Yang perlu dibenci bukan negara, tetapi orang-orang yang merosak kepada perkembangan sosial dan ekonomi negara ini.
Ada satu dialog yang masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiranku, filem Ali Setan 2 tak silap. Lebih kurang begini bunyinya " Aku pelajar universiti. Kalau aku membunuh, apa gunanya aku belajar tinggi-tinggi di universit?".
Sentap.
Mana silapnya sistem pendidikan kita, kalau yang melakukan jenayah berat itu adalah golongan yang terpelajar?
Kalau yang terpelajar tidak 'jadi' dibentuk, bagaimana yang tidak belajar tinggi?
Dan kadang-kadang yang tidak belajar tinggi pun lebih elok dan bermaruah hidup mereka daripada yang belajar tinggi-tinggi.
Salah laku dalam politik pun tidak kalah hebatnya. Jujur, secara amnya, aku merasakan sistem politik Malaysia kebudak-budakkan. Aku tidak menuduh mana-mana parti politik. Ia hanya pandangan kasar.
Oh, aku cinta Negara ini.
Berharap Malaysia akan melangkah keluar daripada kelompok negara dunia ketiga. Menjadi lebih sistematik dan bertamadun secara holistik. Contoh paling dekat, Singapura. Ambil yang baik, buang yang keruh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment