Friday, June 13, 2014

Kecuaian


Tiga minggu cuti sementara menunggu semester pendek dibahagikan kepada tiga; seminggu ke Terengganu, seminggu memerap di rumah mencari buah fikiran untuk karanganku dan seminggu lagi masih samar-samar, mungkin di rumah atau mungkin juga ke Terengganu lagi.

Kali ini aku bertandang ke sini setelah sekian lama untuk meluahkan rasa hatiku terhadap fasa kedua cutiku; KARANGAN.



Baru-baru ini, Kerajaan Azerbaijan telah menguar-uarkan untuk mengadakan pertandingan esei tentang negara Azerbaijan. Presiden Majlis Pelajar telah mengumumkan perkara itu, bahawa hanya lima pelajar UIA yang akan terpilih untuk memenangi lawatan ke Azerbaijan secara percuma selama 7-10 hari.

Aku? Sememangnya tawaran seperti itu memang menggiurkan kerana melihat negara orang ibarat keluar ke dimensi baru yang mungkin berbeza atau sangat berbeza. Jadi aku pun mencuba nasib. Baru sahaja mengemelkan ke alamat yang berkenaan sebelum beranjak jam 11 malam seperti yang disyaratkan.

Walau bagaimanapun, entah kenapa, fokus aku bukan hadiahnya. Tapi pertandingannya. Walaupun jujur aku katakan tawaran itu memang menggoda.

Tapi malangnya, aku terlupa buat CV. Aku jadi macam tak keruan. Tidak sanggup karanganku ditolak hanya kerana kecuaian teknikal. Aku cuba buat CV semampuku. Fikiranku tidak berganjak dari apa-apapun. CV,CV, dan CV.

Aku pun rasa macam terkapai-kapai sekarang ini. Entah diterima atau tidak.

Selain daripada perkara yang merunsingkan itu, aku berharap tahap penulisan bahasa Inggerisku bertambah baik. Bukan senang nak karang tentang sesebuah negara yang kita kurang pengetahuannya. Yang lebih mencabar adalah teknik garapan fakta dalam penceritaan karangan kita.

Entahlah. Aku harap semuanya baik-baik sahaja. Satu yang pasti, aku gembira dapat melakukan sesuatu yang melangkah satu ke hadapan dalam dunia penulisannku.

Semoga Allah memberi kemudahan.




No comments: