Friday, June 13, 2014

kerunsingan. Membebel lagi.


Kerunsinganku berpanjangan sehingga ke pagi. Aku hanya mampu bertenang sekejap malam tadi. Dan ia bertandang kembali. Kadang-kadang rasa kelakar. Kalaulah kerunsingan seperti ini boleh dialih subjeknya untuk pelajaranku, alangkah beruntungnya aku. Menjadi orang yang benar-benar risau dengan pelajaran dan peperiksaan. Seterusnya menjadi pelajar 'dean list'. Mungkin kerana ini melibatkan minatku.

Entah kenapa kecenderunganku disedari setelah 'the so-called' jalan hidupku dipilih. Undang-undang, kepeguaman, hakim dan mahkamah. Sekiranya aku lebih matang dan jelas dengan apa minat dan mahuku dulu, pasti bidang yang berkaitan dengan penulisan dan kewartawanan menjadi pilihan.

Selalunya percubaan pertama memang penuh duri berbisa. haha. Percubaan pertama dalam penulisan bahasa Inggeris. Aku anggap jenis penulisan ini bersifat kreatif. Sebab, walaupun yang diminta menulis tentang negara Azerbaijan, dan lebih menjurus kepada fakta, aku fikir, bukan ketepatan fakta yang menjadi fokus utama dalam penilaiannya. Kerana mereka sudah mempunyai segala fakta. Maka, aku meramalkan, apa yang mahu dilihat adalah teknik garapan daripada fakta yang panjang berjela-jela diubahsuai menjadi sebuah karangan yang menarik perhatian pembaca.

Haha.Merepek lagi.

Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku melihat satu sisi baru aku melalui pengalaman menulis karangan ini. Dan teknik akan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Mungkin belajar bahasa baru, kemudian mengarang lagi. Haha.

Wahai Putri kelahiran Banjar, angan-angan mu terlalu tinggi. Risau kalau kau tersangkut di awang-awangan.

kawan, disinilah letaknya Tanah Api di Selatan Lembah Kaukasus


1 comment:

BERMASALAH said...

Kejarlah cita-citamu tanpa mengabaikan takdirmu.

:)