Bangunlah
dari kesejukan yang panjang
Bangun dari kesejukan yang mencengkam
tulang belulangmu
Bangunlah
Lepaskan dirimu
dari desah tidurmu
Bebaskan lenamu
dari igau mimpi burukmu
Bangunlah
Angkat selimut itu
kerana bukan itu yang memanaskanmu
Bangunlah
Peluk dirimu
Dan katakan pada kesejukan itu
bahawa ia tidak akan menguasai dirimu
Biar nanti hanya kehangatan mentari yang dapat memeluk tubuhmu!
No comments:
Post a Comment