Monday, August 10, 2009

Aku, impian dan masa depan

Menjadi seorang pra graduan undang-undang bukan sesuatu yang mudah. Kaum kerabat sendiri apabila mendapat tahu aku mengambil jurusan undang-undang akan berkata, "Jadi lawyer la dia...."

Banyak protokol yang perlu di pelajari untuk melatih kami menjadi seorang yang profesional. Tak semua orang boleh melakukannya. Hanya yang benar-benar tahan lasak bisa mendapat tempat dalam profesion ini.

Aku?? aku tak terasa pun hendak menjadi seorang lawyer. Tapi kalau rezeki datang ...alhamdulilllah. Senang cerita not eager la.....Entahla...

Apa yang datang bermain-main di minda ku hanya ..aku ingin mengembara dan ingin menjadi seorang penulis satu hari nanti. Aku tak ada cita-cita yang spesifik, tapi itulah cita-cita yang general..

Aku ingin mengembara ke berbagai tempat supaya aku dapat menyedut berbagai pengalaman, pengajaran dan ilmu yang mungkin mana tahu dapat mengubah pandanganku tentang kehidupan.

Aku juga bercita-cita ingin menulis sebuah buku. Namun kadang-kadang aku berasa bimbang kerana aku takut tidak mampu. Bukanlah aku memperkecilkan anugerah kurniaan Tuhan terhadapku, tapi aku risau aku terpengaruh dengan cara penulisan penulis kegemaranku : Andrea Hirata, Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid.

Sejak kebelakangan ini aku sedar yang aku perlu menjadi diri sendiri, aku tak boleh menjadi orang lain ....

Aku tak boleh mudah tumbang hanya kerana doktrin jahat dalam fikiranku...
I'm still finding myself...

Sebuah mutiara kata yang aku fikir amat berguna untuk diriku, dipetik dari kata-kata Bu Muslimah, novel Lasykar Pelangi :

"Tiga perkara yang menjadikan manusia itu berubah : sekolah, membaca al-quran dan mengembara"

Dan sejak kebelakangan ini aku mulai sedar bahawa betapa lapangnya hati seorang insan seandainya dia sering mengingati mati. Tak perlu berasa tertekan hanya untuk mengejar dunia..just persediaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan dalam jangka masa bertaqarrub kepada Allah adalah masa yang paling melapangkan...

No comments: