Thursday, January 28, 2010

Dimana letaknya harga sebuah kata-kata?

Buat perkongsian bersama dan buat diri yang sentiasa lupa..

Bak kata pepatah :
"Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang".

Ada kata-kata bagaikan mutiara yang bertaburan,
Ada kata-kata seperti air yang memadamkan api,
Ada kata-kata seperti halilintar yang membelah bumi,
Ada kata-kata yang menyalakan semula bara semangat..

Walau bagaimanapun....

Wujud juga kata-kata yang memecah belahkan persaudaraan,
Kata-kata yang menyesatkan,
kata-kata yang hanya omomgan kosong,
Kata-kata yang menyebabkan kesengsaraan
dan kata-kata yang menyakitkan hati..

Namun hakikat sebenarnya, jika digunakan pada jalan yang betul, kata2 itu mampu memecahkan tembok kedunguan, mampu memusnahkan kebejatan minda dan memberi keyakinan.

Rasulullah s.a.w digambarkan kata2nya mampu membuatkan seseorang pengecut itu menjadi berani, orang bakhil menjadi pemurah, orang yang marah menjadi tenang dan sebagainya. Itulah kehebatan kata-kata.

Lazimnya orang yang menjaga kata-katanya, dia akan amal apa yang diperkatakan.
PRACTICE WHAT YOU PREACH

Rasullullah pernah bersabda bahawa sekirannya mahu berkata-kata, katakanlah sesuatu yang berfaedah jika tidak lebih baik diam.
Dan diantara hikmah penciptaan mengapa Allah menciptakan mulut itu satu, telinga itu dua adalah supaya kita lebih banyak mendengar berbanding bercakap.

Kesimpulannya, jagalah kata-kata supaya tidak termakan dengan kata-kata sendiri.
Namun berkata-katalah untuk kebenaran,
berkata-katalah sesuatu yang berfaedah supaya kita dapat melawan rasa takut, memecahkan tembok kedunguan, memusnahkan kebejatan minda dan memberi keyakinan.

Ingatlah, setiap apa yang diperkatakan akan dipertimbangkan oleh Allah di hari akhirat.

No comments: