Thursday, January 28, 2010

Jawatan: Apa sumbanganmu?

Untuk dikongsi bersama dan buat diri yang sering terlupa......



Jika seseorang itu berada dalam sesebuah persatuan, dan dia inginkan satu jawatan dalam persatuan tersebut, apakah layak dia dipanggil gila kuasa??

Bagi orang yang punya perasaan hasad dengki dan berfikiran negatif, begitulah.
Namun kita tidak sepatutnya memandang sesuatu itu secara tesurat sahaja sebaliknya sebagai seorang khalifah kita perlu berfikir secara tersirat ataupun berfikir diluar kotak. Bukankah Allah telah mengangkat darjat manusia ke tahap khalifah, jadinya jangan menjatuhkan nilai itu dengan sifat2 buruk. Nau'zubillahimin zalik.

Antara pandangan2 yang dilontarkan:

-jawatan untuk populariti
-jawatan untuk jalan dakwah
-jawatan untuk mengaktifkan diri dan menghilangkan kesedihan
-jawatan untuk belajar
-jawatan untuk mengubah sesuatu keadaan
dan lain2

Apapun alasan yang diberikan, iannya adalah fitrah manusia. Cumanya bagaimana kita mengawalnya. Ini kerana jawatan adalah nilai tambah yang menjadikan seseorang itu berkeyakinan untuk melontarkan pandangan dan pendapat serta menjalani hidup yang semakin mencabar.

Apabila kita tidak berada diatas, bukanlah bermaksud kita tidak berkebolehan cumanya bidang setiap orang itu berbeza. Ataupun belum cukup sesuatu pada diri kita, contohnya pengalaman, akhlak, ilmu dan lain2. Setiap yang dijadikan dan ditentukan Allah ada hikmahnya. Boleh jadi sesuatu yang disukai tidak baik untuk kita, tetapi sesuatu yang dibenci baik untuk kita.

Di dalam Al-Quran ada diterangkan penciptaan manusia secara berperingkat-peringkat. Mengapa Allah menerangkannya di dalam kitab suci itu? Selain menunjukkan kebesaranNYA, kalam Allah berbicara bahawa setiap yang diciptakannya ada sebab musabab. Oleh itu marilah bersama-samalah kita menjadi dikalangan orang yang bersyukur.

Apapun yang kita lakukan, (tanpa menghiraukan apapun jawatan dan kedudukan) dua perkara yang mesti diterapkan dalam diri:

1. Ikhlas kerana Allah
2. Aku buat begini, apa sumbangan aku terhadap Islam?

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, ada orang yang menjadikan jawatan yang disandang sebagai jalan untuk berdakwah. Namun sekirannya kita berada dibawah tidak semestinya kita tidak boleh memberi sumbangan yang besar kepada Islam. Kadang2 orang yang berada dibawah memberi impak yang besar kepada orang yang diatas.

Contohnya,
1. Rakyat jelata dapat menggulingkan pemimpin yang zalim
2. Kancil dapat mengalahkan buaya kerana kecerdikannya
3. Seorang mekanik yang membaik pulih kapal terbang jasanya amat besar kerana tanpanya kapal terbang tidak dapat berlepas walaupun dengan adanya juruterbang profesional.
4. Penganjur program dan AJK2nya tidak dapat menjalankan sesuatu program jika tiada peserta dan penonton.
dan sebagainya....................

Ingatlah, sesiapa pun kita, kita tetap hamba Allah, dan apapun kita berbanggalah dengan sumbangan yang walaupun kecil (dengan syarat ikhlas kerana Allah) kerana di akhirat kelak Allah tidak bertanya apa HASIL yang kamu lakukan tetapi apa yang telah kamu lakukan....

No comments: