Sunday, October 24, 2010

Sudah habis [3]


Walaupun penghujungnya tidak selari dengan apa yang diharapkan dihati, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Novelis Thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid kerana telah berjaya menghasilkan sebuah novel yang penuh debaran bersatu pula dengan gaya penceritaan yang teliti. Nyata keputusan novelis ini untuk menyambung 'riwayat' Laksamana Sunan dalam novel seterusnya selepas HIJAB SANG PENCINTA adalah tepat. Aku hanya mampu berdebar dari awal pembacaan hingga ke akhir muka surat. Bunyinya lucukan? Tapi itulah, The Power of Words. Berikut merupakan sinopsis cerita,

"Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menemukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya telah lenyap dan ditawan penjajah yang ditakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi."


Cinta Sufi merupakan rentetan cerita daripada Trilogi Bagaikan Puteri, makanya jadilah novel Tetralogi Bagaikan Puteri. Sebenarnya aku sudah memiliki buku ini lama, namun baru kali ini tergerak untuk membaca berikutan 'kecewa' dengan pengakhiran Hijab Sang Pencinta. Aku selalu mengharapkan pengakhiran buat si hero bahagia (pada pandangan manusia biasa), namun penulis nampaknya bertegas untuk menjadikan bahagia bagi si Sunan adalah ketika menghadap Allah. Satu cerita yang lain daripada yang lain. Itu adalah rahsianya mengapa aku jatuh hati dengan karya-karya Ramlee Awang Murshid.

Disebabkan ceritanya lain daripada yang lain, maka ilmu yang aku dapat juga berbeza dengan membaca novel percintaan biasa, contohnya pasal bangsa polip yang hidup sebelum bangsa manusia diciptakan (Nabi Adam), keajaiban bentuk ciptaan Allah melalui ilmu Pyrocosmic dan lain-lain.

Buat Encik Ramlee Awang Murshid, teruskan usaha menulis anda. Semoga Allah sentiasa memberkati hasil penulisan anda!

7 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

novel2 ini byk mmbuka pemikiran pembaca..ana hanye smpat mghabiskan novel bagaikan puteri je..he3..

AfiqahRazak said...

digalakkan untuk baca sampai habis ye...rugi lah baca satu je..

Unknown said...

khatam sudaa~ tahniah

Nurul Athirah said...

tell you what,

tak beli yang ketiga
sebab da baca y pertama dgn y kedua..

haha
ey, da baca 9 nyawa?

AfiqahRazak said...

belum lg..adek kita kata macam tak seronok..entahlah, tp....belum cuba belum tahu kan?

Fared Isa said...

salam...

wow, nice blog u got here...so unique...

sure u are one vivid reader...

keep it up.. ;)

AfiqahRazak said...

haha..biasa je, tq for coming..