Friday, January 28, 2011

Islamic History Forum


Sepatutnya semalam aku ada kelas tambahan bahasa arab.

Tetapi malangnya, sir tak dapat datang. Katanya dia ada program. Tak apalah. aku dan rakan-rakan memanggilnya Sir Bado. Bado Abdul Nassir. If I'm not mistaken. Dia pelajar UIA jugak. Senior. Dan datang dari Burkina Faso.

Maka kelas pun batal. Aku, Aini, Mira dan kak Farah pun bercadang nak pergi satu forum yang bertempat di Main Auditorium. Program ini di bawah seliaan Al Aqsa Friend Society. Tajuknya,"Episode 1 : Turkish Islamic Civilisation"

Penyampainya adalah Prof. Ataullah Kopanski dan Dr. Saim Kayadibi. Kedua-duanya pensyarah di UIA. Prof. Ataullah Kopanski, pensyarah di Kuliyyah of Human Sciences(history) dan merupakan seorang Poland. Manakala Dr. Saim Kayadibi seorang pensyarah di Kuliyyah of Economics and Management Sciences dan berasal dari Turki. Mereka adalah orang yang hebat. Aku mengakuinya. Perasaan ketika itu, rasa excited sangat. Sebab sejarah adalah keghairahan dan ketagihanku. Audiens banyak pelajar luar negara. Pelajar Malaysia taklah ramai sangat. Isshh...malu pula.

Sebagaimana yang kita semua tahu, Turki atau dikenali sebagai Anatolia di dalam sejarah, telah membentuk sebuah tamadun Islam yang sangat berkuasa dan terkenal terutamanya ketika empayar Uthmaniah. Ketika itu, Turkilah cahaya Islam yang terang.

Sebelum forum bermula, kami audiens-audiens telah disajikan dengan sebuah slide show tentang Turki (budaya, geografi) secara ringkas. Setelah itu, forum pun bermula.

Banyak perkara baru yang aku dapat. Yang menarik perhatian sekali adalah isu asal-usul bangsa Turki. Sumber terawal daripada orang Muslim telah mengaitkan bangsa Turki dengan anak lelaki Nabi Nuh A.S., Japheth. Sejarah juga membuktikan bahawa keislaman Turki bukan satu paksaan daripada bangsa Arab, kerana banyak nilai-nilai yang ada dalam Islam bersesuaian dengan budaya Turki.

Bangsa Turki juga tersebar dimana-mana. Bukan sahaja ada di Anatolia, bahkan di China dan Eropah. Sebagai contoh di China, salah satu etnik yang beragama Islam dan berasal daripada bangsa Turki adalah etnik Uyghur.

Seperkara lagi, baru aku tahu yang empayar Seljuk(1140-1157) adalah sebuah empayar yang berasal daripada orang Turki yang ketika itu telah berlaku pertembungan empayar tersebut dengan empayar Byzantine.

Sejarah mencatatkan bahawa, orang-orang Turki pernah membantu orang-orang Arab menentang China. Orang Arab ketika itu menganggap orang Turki sebagai bangsa pahlawan. Kerjasama antara dua bangsa itu dapat dilihat dalam Pertarungan Talas (751 AD).

Sepanjang forum berjalan, perbincangan yang dibincangkan lebih menjurus kepada asal-usul bangsa dan negara Turki dan waktu kegemilangan mereka iaitu empayar Uthmaniah.

Sehinggalah datang seorang pelajar asing. Tak silap dari Banglade
sh. Dia menanyakan tentang sejarah yang berlaku selepas kegemilangan empayar Uthmaniah (pemerintahan kuku besi Mustafa Kamal Ataturk). Ternyata, Dr. Saim Kayadibi dan juga pelajar-pelajar Turki yang hadir malam itu tidak menyukai soalan tersebut kerana ianya berkisar 'Bapa Pemodenan Turki'. Malah mereka tidak akan menyebut namanya sekalipun. Dr. Saim Kayadibi merujuk Kamal Ataturk sebagai 'he'. Betapa generasi baru Turki yang lebih Islamik tidak suka menyentuh isu Kamal Ataturk. Pada pandanganku, pasti kekejaman yang dilakukan oleh Ataturk (Bapa Pemodenan Turki) sangat kejam sehingga rakyat membenci dia.

Forum tamat sekitar jam 11.30 malam.

Prof. Dr. Ataullah Kopanski

Persembahan di akhir program, nasyid+dikir barat

No comments: