Thursday, January 13, 2011

Selepas kahwin......kenapa ya?




Situasi 1

Si isteri merupakan seorang jururawat, manakala suaminya bekerja di jabatan kerajaan. Seperti yang kita semua tahu tugas sebagai jururawat memerlukan pengorbanan masa yang lebih dan sering bertukar-tukar shift.

Maka pada suatu hari di hari minggu, si isteri menitipkan anak-anak di bawah jagaan suami ketika dia sedang bekerja.

Walau bagaimanapun, si suami pula menghantar anak-anaknya ke rumah pengasuh sedangkan dia tidur di rumah!

Situasi 2

"Mama!mama! Nak coklat..."pinta si kakak sambil menarik-narik hujung baju ibunya

"Adik pun nak..tapi adik nak ngan aiskrim sekali"

"Kejap lagi kita beli ya....tunggu habis beli barang, lepas tu kita tanya papa.."jelas si ibu sambil menepuk-nepuk baby yang sedang menangis dipelukan ibunya.

''Mama, mama....papa mana?"

"Tu....."sambil menuding jari telunjuknya di hadapan dalam jarak lebih kurang 50 m

Situasi 3

"Hujung minggu ni, sepupu I sebelah ayah kahwin. Kita pergi nak?"tanya si isteri. Penuh mengharap.

"Dekat mana tu?"

"Puchong."

"Puchong? Isssh..jauh tu. Tak payah la pergi. Lepas kahwin pun boleh pergi tengok dia kan..?"

Sebulan kemudian

"Jom keluar nak?"ajak si suami.

"Pergi mana?"

"Ipoh"

"Sekarang ke?"

"Iyalah. Anak kawan I kahwin."

"Tak naklah. I dah janji dengan adik I nak keluar shopping sama-sama."

"Alah..tu bila-bila boleh. Batalkan ajalah. Lagipun......syurga you bawah tapak kaki i kan? "

Sinis.

Si isteri berasa sebal.



Situasi-situasi di atas berlaku di mana-mana di Malaysia, malah mungkin juga di negara lain. Mengapa ya? Sebelum berkahwin semuanya indah. Semuanya boleh. Semua diiyakan.
Tetapi setelah mendirikan rumah tangga, mana hilangnya keprihatinan dan pengorbanan? Entahlah...aku juga tidak tahu kenapa. Mungkin kerana aku sendiri belum pernah mendirikan rumah tangga, jadi aku tidak mengerti mengapa. Namun ia menjadi persoalan bagi diriku.

Apa yang dinamakan cinta itu hanya perlu ditonjolkan sebelum nikah? Jadi apa maknanya erti dan nilai sebuah pernikahan.

Aku pernah membaca buku "Aku Terima Nikahnya 1" yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal. Apa yang aku faham dan perhatikan, pernikahan itu bukanlah hanya ikatan suami-isteri, ibu-ayah, sebaliknya ia mempunyai nilaian yang lebih besar lagi untuk di pertimbangkan.

Pernahkah kamu menonton Cerekarama "Dalil-dalil Cinta" yang dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani?

Dalam sesebuah perkahwinan, cinta sahaja tidak cukup untuk dijadikan bekalan hidup bersama sepanjang hayat. Sebagai contoh, seorang perempuan perlu ada kemahiran urusan rumahtangga apatah lagi apabila sudah mempunyai anak. Manakala lelaki pula perlu ada asas agama atau dengan kata lain tahu untuk menjadi imam kepada sebuah keluarga yang akan terbina.

Marriage is all about sharing.
  1. Your family is my family too. I love them as I love my family.
  2. Your burden is my burden too. Let's hold it together.
  3. I would cry if you cry. and i would be happy if you smile.
Marriage is all about responsibility.


Sebab itu orang kata, bila sampai jodoh kena sentiasa ingat tanggungjawab sepanjang hayat bukan hanya keseronokan. Kerana cabaran hidup berumah tangga sentiasa akan menghempas sebagaimana terhempasnya ombak ke pantai berulang-ulang kali.


2 comments: