Sunday, February 20, 2011

FEWWIT



Alhamdulillah.

Baru sahaja selesai daripada menghadiri program di atas dan di bawah, :-)
Satu program yang sama.

Bebas daripada belenggu. Bebas daripada masalah. Tiada manusia di dunia ini tidak terikat dengan masalah sekiranya seseorang itu waras akal fikirannya.

Berdasarkan formula ataupun idea Dr. Azhar Sarip, bebas daripada belenggu bermaksud tidak terikat ataupun bebas daripada berfikir dengan menggunakan otak kiri a.k.a logik akal.

"Ulat dalam batu pun boleh hidup, kerana tidak terikat dengan penggunaan otak kiri"

kenapa?

Yang pertama, kita mesti ingat masalah itu tanda kasih sayang daripada Allah.

dan kenapa otak kiri?
kerana otak kiri mengandungi 80% gelombang negatif ataupun 80% in negative state dan ianya menghasilkan forces of desire.


Untuk bebaskan hidup kita daripada belenggu, kita perlu ada keyakinan terhadap Allah.

Untuk mendapatkan keyakinan, cinta dan keikhlasan perlu dibina.

Ibarat orang mabuk bercinta, perkara yang buruk nampak baik, apatah lagi
perkara yang baik nampak lebih baik di mata seseorang yang dicintai.

Begitulah juga dengan Allah.

Sekiranya kita cinta padaNYA, segala musibah dan dugaan kita terima dengan redha.

Terima kasih ya Allah kerana bagi aku masalah.
Dengan masalah sahajalah Engkau menolong aku menjadi lebih kuat dan tabah .

Makanya, bila datang musibah adu pada Allah dahulu.

Apa itu musibah?
Musibah ialah sesuatu yang kita tidak suka.

D.A.DA.
Dia Yang Awal, Dia Yang Akhir

Bila datang masalah adulah pada Allah pertama-tamanya
Bila masalah selesai berterima kasihlah pada Allah pertama-tamanya

"Hidup ini umpama matematik.
Allah bagi formula untuk selesaikan masalah iaitu dengan menurunkan Al-Quran.
Tak tahu nak guna formula, cari rujukan atau aplikasinya di dalam As-Sunnah"
-Dr Azhar Sarip

Saturday, February 19, 2011

Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik adalah :

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  5. Lelaki yang baik sangka.
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa.
  7. Lelaki yang tidak pernah meminta sebaliknya menyenangkan.
  8. Lelaki yang tidak melukakan tetapi mengembirakan.

LELAKI-LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,
melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,
Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Pada kelakian mu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Kami rindukan lelaki dulu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Acuan madrasuh rasul.

Entri comel!


*MENANTI SUTERA BIDADARI*

*RINDU PADA LAKSAMANA SUNAN*

Baru terjumpa satu blog ni. Sangat best sebab minat aku dan tuan punya blog ni sama, gila dekat Trilogi Bagaikan Puteri ataupun Tetralogi Bagaikan Puteri dan bakal..(apa ye nak sebut), senang cerita 5 episod Bagaikan Puteri (sebenarnya jatuh hati dekat Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin)


Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin ..

FILEM ADAPTASI DARI PENULIS THRILLER NO 1 MALAYSIA


Tajuk FILEM anda tu ..

Peminat karya beliau mesti tau cite nih kan??
Dan I berangan-angan untuk menjadi pengarah kepada keempat-empat kesinambungan trilogy BAGAIKAN PUTERI!!

Check it out!!






Ceritakan serba sedikit (sinopsisi ) filem anda itu ..

Berlatarkan zaman kesultanan melayu Melaka..
Seorang pahlawan tanah melayu, yang menuntut ilmu di tanah seberang,
Acheh Indonesia..
Laksaman Sunan, nama yang tidak asing lagi..
Membanteras kepada segala kejahatan
angkara Taghut Laknatullah..
Sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan keperitan..
Sedikit demi sedikit
Sebuah Epilog Cinta yang penuh pengorbanan
CINTA
Hanya pada tuhan yang satu...

"Sebagai manusia... aku sayang padamu..."

Peminat novel nie mesti tau kan??? Hihihi
Yang tak tau lagi!!
Cepat-cepat pergi cari Keempat-empat novel nih!!
Bezzz....

Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu ..

Pergh...
Puas ku fikir-fikir dan ku pertimbangkan..
Inilah barisan pelakon handalan..

Asyraf sebagai Laksamana Sunan

Remy Ishak pun cara gak!!

Lisa sebagai Haryani

Awal sebagai Dani

Maya Karin sebagai Ratu Sulaman @ Ratna

Diana sebagai Catalina..
Muka pon dah cam orang puteh kan? Huhuhu
Sesuai la tur..

Vanida sebagai Luna
Perempuan bangsa Polip yang mencintai Sunan...

M.Nasir sebagai Hang Tuah...
Ala... ni amik jerk dari Puteri Gunug Ledang..
Hihihihihi

Tiara sebagai Puteri Gunung Ledang..

Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang ni, watak sampingan..
So.. kire..
Special Appearance la..
Hihihi

Ida Nerina sebagai Nyi Burga Kelara @ Maharani
Sebab muka dia klasik kan??
Eyh.. erk??
Huhuhuhu

Adlin sebagai Taghut!!
Watak antagonis utama!!
MELETUP!!

Apakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ?

Marshanda sebagai
Gadis Acheh berketurunan Manggala..
Lupe plak nama watak tur.. Adoi....

Lokasi pengambaraan filem anda tersebut...

KL
Kepulauan Acheh
Melaka
Perairan Melaka
Hutan Simpan Pahang
Gunung Ledang
Jakarta

Banyak lagi la...
Huhuhu


Sasaran kutipan ..

Erm... Sebuah Filem jerk dah RM12 juta..
Kalau empat-empat..
Kire la sendiri..
Kah kah kah kah
Nak kalahkan Dr. Rozmey la plak..

Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan ..

Insyaallah..
Usaha tangga kejayaan..
Sebagai anak melayu..
Kita kena support filem tempatan..
Ye la kan.. ada orang tengok movie..
Filem-filem hollywood jerk..
Filem-filem melayu..beli DVD..
Kalu Ori takpe la jugak..
Ni.. Dok pergi support
LANUN CETAK ROMPAK..
huhu
fikir-fikir la sendiri ye...

Wednesday, February 16, 2011

Baca lagi!

Nak baca lagi! Nak baca lagi!!
Ramlee Awang Murshid memang best..
Beliau lari jauh-jauh daripada novel cinta melayu tipikal.
KELUAR DARI KEBIASAAN!!

abah pun suka RAM!

Tuesday, February 15, 2011

KEMM1511


Alhamdullillah.

Beberapa minggu yang lepas berpeluang mengikuti program ini walaupun kena pergi sendiri sebab kawan-kawan semuanya sudah balik rumah bercuti. Tinggallah aku seorang.


Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan

"He who is Lord of Malacca, has his hand on the throat of Venice"
Barangsiapa yang menguasai Kota Melaka, maka dia menguasai Venice
- Duarte Barbosa


8.30 a.m-10.00a.m.
Pembentangan 1 : "Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka"
oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Yusuf B Hashim
Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka

10.15 a.m-11.45a.m
Pembentangan 2 : "Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam"
oleh YBhg. Dato' Dr. Hassan Ahmad
Mantan Pengarah DBP

11.45 a.m-1.00p.m
Pembentangan 3 : "Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam"
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

2.30 p.m-4.30 p.m
Forum: "Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari ini"

Pengerusi : Y.Bhg Haji Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung ISMA
Panel 1 : Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA
Panel 2 : Y.Bhg Prof. Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar
Ketua II GAPENA
Panel 3 : Y.Bhg Dr Muhammad Razak B Idris
Presiden ABIM
Panel 4 : Y.Bhg Dato' Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat


Pada pendapatku, sesi yang paling panas sekali adalah sesi soal jawab antara
peserta-pembentang dan peserta-panel forum. Berbagai-bagai soalan yang dilontarkan daripada soalan bertahap sederhana sehinggalah kepada soalan bertahap ekstrim. Memandangkan program telah berlangsung beberapa minggu yang lepas, jadi aku tidak dapat mengingati sebahagian besar soalan-soalan panas tersebut, antaranya,

1. Mengapa tidak perpaduan melayu-islam dipupuk melalui sukan bolasepak negara?
(persoalan yang bermain di mindaku, apa sukan bola sepak negara sudah cukup islamik dan bersedia memikul tanggungjawab ini? )

2. Raja Melayu merupakan pemimpin umat melayu dan umat islam di Malaysia. Mengapa kebanyakan raja-raja Melayu dihantar belajar ke negara-negara barat?

3. Apakah sistem meritokrasi akan menghapuskan hak ketuanan melayu?

4. Kenapa Malaysia tidak menggunakan sistem mata wang dinar?

Dan banyak lagi. Satu pengalaman dan pengajaran baru buatku. Hidup ini kalau tidak dipenuhi dengan menuntut ilmu, maknanya kita sia-siakan nikmat yang Allah bagi. Dengan ilmu tersebut kita boleh berbakti kepada orang lain.Dan dengan bakti tersebut, moga-moga ia menjadi satu tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa.

Saturday, February 12, 2011

Islamic History Forum2


Alhamdulillah.

Keinginan itu masih kuat.

Rezeki peluang dan ruang makin melebar.

Segala puji buat Tuhan semesta alam yang menganugerahi aku kecenderungan ini.

"THE LOST KINGDOM"
Date : 11 February 2011
Time : 9 p.m.-11 p.m.
Venue : Main Auditorium, IIUM Gombak
Speakers : Assoc. Proff. Muhammad Zainiy Bin Uthman
: Dr. Omar H. AlTalib

* brought to you by Al Aqsa Friend Society

"The Lost Kingdom" adalah istilah yang tepat ditujukan kepada sebuah tamadun gemilang yang telah hilang di
Semenanjung Iberia. Satu-satunya tamadun Islam yang bertapak pusat pemerintahannya di Eropah setelah keruntuhan Dinasti Bani Umayyah di Timur Tengah. Andalusia atau nama modennya Sepanyol, suatu ketika dahulu menjadi subjek kedengkian negara-negara bukan Islam di sekitarnya.

Harumnya mewangi menarik para pencari ilmu di seluruh dunia untuk datang ke Andalusia yang ketika itu mengalami perkembangan ilmu yang pesat. Andalusia telah melahirkan ramai para ulama' yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing yang mana aktiviti keilmuan sangat kuat didokong kerajaan berasaskan sistem kekhalifahan.

Masyarakat Andalusia dikatakan mempunyai ciri yang unik dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun sebahagian besar daripada penduduknya beragama Islam, namun tradisi lama sebelum kedatangan Islam ke semenajung itu masih dikekalkan. Contohnya, berlainan dengan budaya negara-negara Arab, jenazah umat Islam pada waktu itu diletakkan di dalam keranda dan kemudian ditanam.Selain daripada itu, mereka juga menikmati hidangan di atas meja atau Maaidah, tidak seperti negara-negara Arab yang lain yang ketika itu menjamu selera di atas lantai. Mereka juga suka dengan wangi-wangian. Ciri geografi dan iklim Andalusia yang unik menjadikannya kaya dengan pelbagai jenis herba, ubat dan pewangi. Dicatatkan bahawa, wangian-wangian ini banyak dijual di pasar-pasar mereka. Terdapat juga Hamaam, tempat mandi awam. Tidak seperti zaman sekarang yang mempunyai bilik air bagi setiap rumah, masyarakat Andalusia melakukan hal-hal kebersihan diri di tempat mandi awam. Hal ini terbukti melancarkan lagi pengairan dan sistem kebersihan negara kerana mereka tidak perlu kepada pembinaan longkang-longkang yang banyak sebagaimana yang berlaku di Malaysia hari ini.


Saintis pada zaman itu juga telah berjaya mencipta satu sistem yang mempunyai aplikasi yang sama seperti air conditioner tetapi dengan cara yang lebih mesra alam bagi memudahkan para jemaah di masjid dapat beribadah dengan selesa. Alangkah bagus sekiranya umat Islam zaman sekarang mempelajari sejarah dengan baik dan mencontohi sistem yang diamalkan, bukan sekadar copy and paste daripada Barat.

Kegiatan penterjemahan juga giat dijalankan. Banyak buku-buku hasil tulisan sarjana luar negara dibawa masuk oleh kerajaan untuk dilakukan 'pembedahan' isinya terutama karya dari Greek. Lebih mengagumkan adalah dari segi keterbukaan fikiran dan lapang dada umat Islam ketika itu yang tidak takut untuk membaca pelbagai jenis bacaan walaupun bahan tersebut mungkin mempunyai prinsip yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Malah, kerajaan khalifah tidak melarang kemasukan buku-buku tersebut. Apa yang mereka percaya adalah biar seseorang individu itu membuat penilaian tentang mana yang baik dan buruk. Sekiranya difikirkan dengan logik akal, keberanian mendalami pelbagai cabang pemikiran sebenarnya memberi nilai tambah dalam menangkis serangan pemikiran luar yang bermaksud untuk menyeleweng akidah umat Islam.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemakmuran dan kemasyuran Tamadun Andalusia adalah sistem politik yang adil dan saksama. Sewaktu di awal pembukaan tamadun baru Andalusia, golongan minoriti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin berbangsa Arab (the Moorish) menghormati hak-hak kaum majoriti iaitu Hispanian people .

KEJATUHAN

- Perjanjian Granada (Raja Ferdinand dan Ratu Isabella adalah antara orang yang bertanggungjawab atas keruntuhan Andalusia)
  • 1492 : Penyatuan spiritual oleh Roman Catholicism
  • Morisco- Kristian baru daripada bangsa Moor/ penduduk Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara rahsia
  • 1502 : Umat Islam Sepanyol dipaksa menukar agama atau diseksa dengan seksaan yang mengerikan.

- Antara perkara yang diharamkan
  • Bahasa Arab
  • Pemakaian henna pada rambut dan tangan oleh wanita Muslim
  • Pintu rumah wajib dibuka ketika perayaan Holyday dan pesta-pesta kristian yang lain.

SEKARANG

- Terdapat beberapa usaha penuliasan sejarah Andalusia, antaranya buku "Mahometanism Fully Explained" hasil karya J Morgan

- (if i'm not mistaken) Buku tersebut ditulis berdasarkan manuskrip Ahmad Ramadan yang diperolehi pada tahun 1719

-Ditulis dalam bahasa sepanyol dengan abjad arab = jamiado (sekiranya di Malaysia ada jawi, maka mereka juga ada jamiado)

- Kini disimpan di Perpustakaan Umum Amsterdam

"WE USED TO TALK ABOUT THE PAST (OUR HISTORY), BUT WHAT WE DO TO PLAN FOR OUR BETTER FUTURE?"


* satu persoalan yang kuat bermain diminda adalah berkaitan dengan isu pembakaran kapal perang tentera Islam yang dilakukan oleh panglima perang mereka iaitu Tariq bin Ziyad. Ada penulis buku yang mengiktiraf peristiwa tersebut merupakan sebahagian daripada rentetan sejarah, manakala ada penulis yang mendakwa bahawa isu pembakaran kapal tidak wujud sama sekali kerana ia adalah propaganda barat. Kalau diikutkan logik akal, bila ditulis Tariq bin Ziyad bakar kapal perang untuk menaikkan semangat tentera Islam untuk bertempur dengan bala tentera Raja Roderick, sudah tentu pembaca akan menganggap yang kemenangan mereka adalah disebabkan kapal yang terbakar bukan kerana semangat jihad. Mana satu yang betul??

Tuesday, February 1, 2011

Isu Interlok- sekadar pendapat peribadi-


Tertarik dengan dua petikan akhbar beberapa hari yang lepas, di bawah tajuk,

Jangan 'tertinggal' fakta : Dr Mahathir

"Kuala Lumpur- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah sebenar negara."

"Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira."

"Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidakkan kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng bukan sejarah,"

Perkasa setuju Interlok dimurnikan
"Shah Alam - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bersetuju satu jawatankuasa bebas dilantik bagi menkaji dan mencadangkan pembetulan fakta berhubung kes Interlok edisi murid (2010) berikutan pindaan kepada bahagian yang dianggap sensitif bagi masyarakat India."

"Saya percaya jawatankuasa khas itu nanti akan bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memurnikan Interlok edisi murid daripada segala kesalahan fakta dan perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, " katanya (Dr Krishanan Maniam-UM)

Sumber : sinarharian SABTU 29 JANUARI 2011 (N9 dan N11)

Aku bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir. Sejauh mana sensitiviti kaum yang mesti kita jaga? . Rasanya dalam soal pembelajaran terutamanya sejarah, soal sensitiviti perlu diketepikan supaya keterbukaan dan pengajaran daripada peristiwa lepas dapat dipelajari dengan baik.

Isu untuk memurnikan Interlok pula, tidakkah penulisnya akan berasa hati apabila karyanya ingin dipinda? Entahlah.