Saturday, February 12, 2011

Islamic History Forum2


Alhamdulillah.

Keinginan itu masih kuat.

Rezeki peluang dan ruang makin melebar.

Segala puji buat Tuhan semesta alam yang menganugerahi aku kecenderungan ini.

"THE LOST KINGDOM"
Date : 11 February 2011
Time : 9 p.m.-11 p.m.
Venue : Main Auditorium, IIUM Gombak
Speakers : Assoc. Proff. Muhammad Zainiy Bin Uthman
: Dr. Omar H. AlTalib

* brought to you by Al Aqsa Friend Society

"The Lost Kingdom" adalah istilah yang tepat ditujukan kepada sebuah tamadun gemilang yang telah hilang di
Semenanjung Iberia. Satu-satunya tamadun Islam yang bertapak pusat pemerintahannya di Eropah setelah keruntuhan Dinasti Bani Umayyah di Timur Tengah. Andalusia atau nama modennya Sepanyol, suatu ketika dahulu menjadi subjek kedengkian negara-negara bukan Islam di sekitarnya.

Harumnya mewangi menarik para pencari ilmu di seluruh dunia untuk datang ke Andalusia yang ketika itu mengalami perkembangan ilmu yang pesat. Andalusia telah melahirkan ramai para ulama' yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing yang mana aktiviti keilmuan sangat kuat didokong kerajaan berasaskan sistem kekhalifahan.

Masyarakat Andalusia dikatakan mempunyai ciri yang unik dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun sebahagian besar daripada penduduknya beragama Islam, namun tradisi lama sebelum kedatangan Islam ke semenajung itu masih dikekalkan. Contohnya, berlainan dengan budaya negara-negara Arab, jenazah umat Islam pada waktu itu diletakkan di dalam keranda dan kemudian ditanam.Selain daripada itu, mereka juga menikmati hidangan di atas meja atau Maaidah, tidak seperti negara-negara Arab yang lain yang ketika itu menjamu selera di atas lantai. Mereka juga suka dengan wangi-wangian. Ciri geografi dan iklim Andalusia yang unik menjadikannya kaya dengan pelbagai jenis herba, ubat dan pewangi. Dicatatkan bahawa, wangian-wangian ini banyak dijual di pasar-pasar mereka. Terdapat juga Hamaam, tempat mandi awam. Tidak seperti zaman sekarang yang mempunyai bilik air bagi setiap rumah, masyarakat Andalusia melakukan hal-hal kebersihan diri di tempat mandi awam. Hal ini terbukti melancarkan lagi pengairan dan sistem kebersihan negara kerana mereka tidak perlu kepada pembinaan longkang-longkang yang banyak sebagaimana yang berlaku di Malaysia hari ini.


Saintis pada zaman itu juga telah berjaya mencipta satu sistem yang mempunyai aplikasi yang sama seperti air conditioner tetapi dengan cara yang lebih mesra alam bagi memudahkan para jemaah di masjid dapat beribadah dengan selesa. Alangkah bagus sekiranya umat Islam zaman sekarang mempelajari sejarah dengan baik dan mencontohi sistem yang diamalkan, bukan sekadar copy and paste daripada Barat.

Kegiatan penterjemahan juga giat dijalankan. Banyak buku-buku hasil tulisan sarjana luar negara dibawa masuk oleh kerajaan untuk dilakukan 'pembedahan' isinya terutama karya dari Greek. Lebih mengagumkan adalah dari segi keterbukaan fikiran dan lapang dada umat Islam ketika itu yang tidak takut untuk membaca pelbagai jenis bacaan walaupun bahan tersebut mungkin mempunyai prinsip yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Malah, kerajaan khalifah tidak melarang kemasukan buku-buku tersebut. Apa yang mereka percaya adalah biar seseorang individu itu membuat penilaian tentang mana yang baik dan buruk. Sekiranya difikirkan dengan logik akal, keberanian mendalami pelbagai cabang pemikiran sebenarnya memberi nilai tambah dalam menangkis serangan pemikiran luar yang bermaksud untuk menyeleweng akidah umat Islam.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemakmuran dan kemasyuran Tamadun Andalusia adalah sistem politik yang adil dan saksama. Sewaktu di awal pembukaan tamadun baru Andalusia, golongan minoriti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin berbangsa Arab (the Moorish) menghormati hak-hak kaum majoriti iaitu Hispanian people .

KEJATUHAN

- Perjanjian Granada (Raja Ferdinand dan Ratu Isabella adalah antara orang yang bertanggungjawab atas keruntuhan Andalusia)
  • 1492 : Penyatuan spiritual oleh Roman Catholicism
  • Morisco- Kristian baru daripada bangsa Moor/ penduduk Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara rahsia
  • 1502 : Umat Islam Sepanyol dipaksa menukar agama atau diseksa dengan seksaan yang mengerikan.

- Antara perkara yang diharamkan
  • Bahasa Arab
  • Pemakaian henna pada rambut dan tangan oleh wanita Muslim
  • Pintu rumah wajib dibuka ketika perayaan Holyday dan pesta-pesta kristian yang lain.

SEKARANG

- Terdapat beberapa usaha penuliasan sejarah Andalusia, antaranya buku "Mahometanism Fully Explained" hasil karya J Morgan

- (if i'm not mistaken) Buku tersebut ditulis berdasarkan manuskrip Ahmad Ramadan yang diperolehi pada tahun 1719

-Ditulis dalam bahasa sepanyol dengan abjad arab = jamiado (sekiranya di Malaysia ada jawi, maka mereka juga ada jamiado)

- Kini disimpan di Perpustakaan Umum Amsterdam

"WE USED TO TALK ABOUT THE PAST (OUR HISTORY), BUT WHAT WE DO TO PLAN FOR OUR BETTER FUTURE?"


* satu persoalan yang kuat bermain diminda adalah berkaitan dengan isu pembakaran kapal perang tentera Islam yang dilakukan oleh panglima perang mereka iaitu Tariq bin Ziyad. Ada penulis buku yang mengiktiraf peristiwa tersebut merupakan sebahagian daripada rentetan sejarah, manakala ada penulis yang mendakwa bahawa isu pembakaran kapal tidak wujud sama sekali kerana ia adalah propaganda barat. Kalau diikutkan logik akal, bila ditulis Tariq bin Ziyad bakar kapal perang untuk menaikkan semangat tentera Islam untuk bertempur dengan bala tentera Raja Roderick, sudah tentu pembaca akan menganggap yang kemenangan mereka adalah disebabkan kapal yang terbakar bukan kerana semangat jihad. Mana satu yang betul??

No comments: