Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah :
- Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
- Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
- Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
- Lelaki yang tenang dan lapang dada.
- Lelaki yang baik sangka.
- Lelaki yang tak pernah putus asa.
- Lelaki yang tidak pernah meminta sebaliknya menyenangkan.
- Lelaki yang tidak melukakan tetapi mengembirakan.
LELAKI-LELAKI
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila diesebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,
melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya mula cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
Dulu
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al - Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk x bertenaga.
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuang deen dan ummah,
Al - Farouq , Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dandan berpecah,
Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Pada kelakian mu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Kami rindukan lelaki dulu,Kembalilah lelakiku!!!!!!!!!!
Acuan madrasuh rasul.
No comments:
Post a Comment