27.06.2014
7: 08 am
Selamat pagi dunia! Gigih berjalan ke pantai awal pagi hanya untuk melihat matahari terbit usai solat subuh. Kawasan pantai ini adalah yang berdekatan dengan Intan Beach Resort. Walaupun namanya 'Intan', pemiliknya adalah Cina.
7: 45 am
Di sempadan gigi air ketika air pasang. Sekarang, air surut.
7: 50 am
Ketam ini ditangkap oleh penduduk tempatan di pinggir pantai. Tidak perlu menggunakan jala atau bubu.Apa yang diperlukan adalah beberapa batang buluh yang diruncingkan dihujungnya serta kepala ayam mentah. Cucuk kepala ayam ke bahagian yang runcing dan pacakkan batang tersebut di dalam air. Tidak perlu ke kawasan yang dalam. Cukup sekadar ketika air di paras pangkal tapak kaki.
Macam mana hendak pastikan samada umpan telah mengena atau tidak? Sekiranya buluh bergerak-gerak, itu tandanya sudah ada ketam yang terlekat pada kepala ayam itu tadi. Bagaimana boleh tersekat? Kerana penyepit ketam tersangkut pada kulit ayam.
Dan pada masa ini jugalah, aku belajar bagaimana hendak memegang ketam yang masih hidup. Jangan pernah bermula dari depan kerana 'senjatanya' iaitu penyepit, di bahagian hadapan. Sebaliknya pegang di bahagian belakang badan ketam. Dengan cara itu, anda terselamat daripada penyepit ketam.
Apa lagi?
Oh ya. Ianya sesuatu yang menyeronokkan dan memuaskan keinginanku selama ini. Dulu, kalau jalan-jalan pergi ke kawasan air terjun, mesti ada sampah yang berlonggok ataupun yang terapung-apung dalam air. Aku rasa geram. Sebab manusia tak tahu nak menghargai keindahan alam semulajadi. Dan aku rasa sedih sebab aku tak dapat nak tolong. Jadinya, bila aku kesini, kelihatan sampah sarap di merata-rata hasil orang berkhemah atau bersuka ria di tepi pantai. It's not good. Dan aku pelik juga kenapa orang tak ada rasa tanggungjawab untuk membersihkan kawasan tersebut. Hanya mengharapkan pekerja-pekerja pembersihan. Berbekalkan plastik shopping, aku pun sumbat seberapa banyak botol dan plastik ke dalam plastik shopping tadi dan buang dalam tong sampah besar berdekatan dengan tempat penginapan kami sekeluarga.
Rasa gembira sebab dapat melakukan sesuatu, walaupun ada rasa terkilan sebab tak ada plastik besar hitam. Hahah.
p/s : Kalau ke sini lagi, aku nak naik kereta kuda.
No comments:
Post a Comment