Sunday, October 12, 2014

Ulasan drama : City Hunter





Aku mengaku, bukan semua cerita Korea bagus. Ianya sesuatu yang kita perlu pilih. Dan aku, kadang-kadang tengok drama Korea separuh jalan kalau jalan cerita membosankan dan tak nampak dengan jelas hala tuju cerita. Ataupun kalau nampak macam merepek, aku stop.

Sebenarnya, aku baru sahaja habis berendam air mata. Haha. Baru lepas menamatkan drama City Hunter. Aku selalu macam itu. Orang lain semua dah tengok dan aku masih terhegeh-hegeh nak menonton.

Aku tahu, itu cerita lama. Tapi aku masih ingin mengulas. Supaya apa yang aku fikirkan dapat dicatatkan. Mungkin juga supaya apabila aku baca kembali, aku gelak seorang diri. Hahah.

Aku, secara jujurnya suka dengan jalan cerita ini. Tak cliche dengan kisah percintaan semata. Padat dengan aksi-aksi hebat dan mendebarkan. Dan pula aku suka dengan kebijaksanaan watak-watak utama. Mereka bijak, pantas, tenang, survivalship tinggi dan yang paling penting panjang akal.

Elemen-elemen seperti patriotisme, kekeluargaan, politik, masyarakat dan keadilan diserap dalam sebuah jalan cerita. Ianya diadun dengan begitu baik. Apa yang cuba dipaparkan bukanlah seperti jalan-jalan cerita yang basi "Aku hidup untuk kau, kau hidup untuk aku" dalam erti kata hubungan percintaan kekasih. Tetapi sayang pada kedua ibu bapa, walau sejahat manapun mereka.

Sejahat-jahat manusia, mereka tak boleh lari daripada rasa cinta dan kasih sayang kepada seseorang, contohnya, kasihnya Lee Jin Pyo atau Steve Lee kepada Lee Yoon Sung, anak jagaannya, dan begitulah sebaliknya. Walaupun diperguna oleh ayah asuhannya untuk melunaskan dendam berdarah berpuluh tahun yang lampau, namun hasrat untuk hidup tenang tanpa sebarang dendam adalah menjadi impiannya.

Dan aku boleh rasa bagaimana patriotiknya pasukan keselamatan seperti tentera, pasukan elit dan sebagainya, sanggup meninggalkan keluarga demi negara, sanggup mati demi negara.

Apakah kita rakyat Malaysia, malah aku sendiri sanggup berbuat demikian?

Bila difikirkan, aku sendiri masih bergelut dengan diri sendiri, inikan pula mahu berjuang demi negara dengan apa jua jalan. Aku takut tak mampu, meskipun ada rasa mahu.

Dulu, masa zaman nabi Muhammad S.A.W, begitulah mereka berjuang. Malah lebih hebat lagi. Demi agama dan negara tercinta.

Bila difikirkan lagi dalam, kenapa orang Melayu sebut, 'Tanah Tumpah Darahku'? Bukankah, kematian itu kadang-kadang tidak menumpahkan darah pun?

Aku cuba membuat kesimpulan, negara adalah 'Tanah Tumpah Darahku', ya memang betul. Meskipun kematian tidak semestinya berakhir dengan tumpahnya darah ke bumi, namun kita perlu ingat, lahirnya kita ke dunia dibayar denga darah ibu kita. Bukankah darah ibu kita itu, darah kita juga? Sebab itulah dikatakan keluarga itu adalah 'sedarah sedaging'.


Aku teringat, dalam watak Lee Jin Pyo, sejahat-jahat dia menyeludup dadah di Thailand, dia tidak akan membenarkan orang bawahannya menyeludup dadah ke negaranya iaitu Korea Selatan. Patriotisme yang tinggi walaupun dengan cara yang salah. Kadang-kadang aku rasa, orang jahat seperti ini, lebih baik daripada ahli politk yang kononnya mempertahankan dan membangunkan negara tercinta, namun sebenarnya 'menikam' dalam diam.

Ending?? A beautiful ending but yet so sad.

Soalan cepu cemas : Watak kegemaran??

Steve Lee, John Lee. They are the fantastic duo!
Prosecutor Kim Young Joo Workaholic but dare not underestimate him!


No comments: