"Usrah??"
"Boringlah.."
"Asyik2 usrah! tension aku.."
Itulah 'statement' sesetengah orang. Katanya, "alergi lah aku dengan usrah ni..". Sebagai seorang insan yang lemah, setinggi manapun ilmu kita, kita masih perlukan bantuan orang disekitar kita untuk menegur dan mengingatkan...Itulah manusia sentiasa terlupa dan bersifat saling bergantung antara satu sama lain.
Konsep usrah sebenarnya luas. Kita tidak sepatutnya memandang usrah sebagai satu cabang yang sempit, iaitu agama. Walau bagaimanapun, dalam Islam setiap sesuatu yang diperintahkan Allah adalah ibadah. Dan ibadah pula tidak terbatas pada solat, puasa, haji dan sebagainya. Pengajian dan diskusi pelajaran juga merupakan ibadah, selagi mana kita niatkan segala sesuatu kerana Allah.
Islam adalah agama yang sangat praktikal dan lengkap. Tidak menyusahkan malah memudahkan. Sebagai contoh, Syarikat HPA (Herba Penawar Al-Wahida), dalam usaha mengembangkan perniagaan, mereka menggunakan konsep usrah yang telah diajarkan Rasullullah beberapa ribu tahun yang lampau. Sebenarnya masyarakat Islam hari ini yang menyempitkan konsep usrah itu sendiri. Selagi mana sesuatu yang dilakukan tidak melanggar syariat Allah, maka usrah digalakkan.
Selagi usrah yang dibina berada di landasan Islam,(sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasullullah), akan ada satu ruang dalam hati untuk sentiasa menangis kerana peringatan yang dikongsi bersama dan menangis kerana ikatan ukhwah yang terbina. Usrah ynag terbaik adalah sebuah usrah yang mana ahlinya punya ikatan kasih sayang yang kuat.
Kesimpulannya, usrah adalah saluran yang paling sesuai untuk menyalurkan rasa cinta kepada sahabat2. Dan ianya lebih baik darpada 'couple'.....
1 comment:
wah.kita suka la pendapat afiqah..
semakin matang penulisan awk..
Post a Comment