Saturday, March 22, 2014

Ketidaksempurnaan yang strategik!

Tidak berapa lama dahulu, aku ada menonton sebuah video berdurasi 40 hingga 50 minit. Tajuknya, " My life as a doll". Lebih kurang begitulah tajuknya.

Agak menarik. Suatu benda baru untuk dipelajari dan diambil pengajaran.

Di abad ini, kita telah pun menyaksikan pelbagai ragam manusia di pentas berita dunia. Ingatkah kita akan sebuah cerita di China, suami menyaman isteri kerana anak-anak mereka mempunyai wajah yang tidak cantik? Pelik kan? Mula-mula rasa pelik dan, 'eh, kejamnya suami tu'.

Later, it was found out that the wife was actually had done some 'jobs' over her face and body. So, both can be blamed! 

Suami boleh disalahkan sebab terlalu cenderung memilih isteri berwajah cantik. Sebenarnya tak salah pun. Tetapi pada hemat aku, si suami seolah-olah mempergunakan isteri. Nak dapat anak yang comel, cari isteri yang cantik. Bila anak tak comel saman isteri. Apa pula anak-anak akan fikir? Rasa dibuang ayah sendiri sebab rupa...

Baiklah. Cerita aku pada hari ini adalah bukan ini. Tetapi ada kena mengena sedikit.

Video ini menceritakan tentang hidup 3 orang insan yang obses untuk kelihatan seperti patung. Bagi mereka, patung atau doll adalah satu bentuk manusia yang sempurna luarannya.


Figura pertama : Seorang wanita dalam lingkungan 20 an, obses dengan fesyen Lolita. Walau bagaimanapun keluarganya tidak menyokong 'usaha'nya untuk menjadi patung hidup. Mahu terus hidup dengan fesyen Lolita di segenap ruang termasuk ruang pekerjaannya.


Figura kedua : Seorang lelaki. Rasanya hampir mencecah 30 tahun. Sangat obses ( bukan biasa-biasa) dengan patung Kent, teman lelaki Barbie Doll. Telah pun membuat banyak 'pengubahsuaian' pada muka dan badan, semata-mata untuk kelihatan sesempurna Kent. Keluarganya kelihatan serba salah, tidak menghalang seratus peratus, kerana itu yang membuatkannya gembira. Tetapi pada masa yang sama, ibu lelaki tersebut risau dengan obsesi anak lelakinya.


Figura ketiga : Remaja perempuan yang agak comel. Dengan sedikit sentuhan make up, kanta sentuh berwarna, rambut palsu dan baju yang comel-comel, dia menjadi idola dan inspirasi oleh sesetengah golongan masyarakat di sekelilingnya. Dalam Youtube, remaja tersebut menggunakan nama Venus Angelic. Cita-citanya adalah untuk menjadi idola patung  hidup, yang mana ibunya sendiri adalah pengurus peribadinya.


Untuk pengetahuan para pembaca, Lolita adalah satu fesyen, sekaligus membentuk satu golongan yang hidup dalam dunia mereka sendiri. Perkara wajib bagi Lolita adalah, semua barang yang dimiliki adalah barang yang comel-comel. Memakai rambut palsu yang berwarna warni. Mata dengan kanta sentuh berwarna. Baju mereka ala-ala baju kembang wanita Inggeris zaman dahulu kala, tetapi versi yang pendek sedikit. Lebih kurang pakaian kartun Anime.

Apa yang aku lihat dariipada video ini, mereka adalah antara golongan yang mencari kepuasan dalam hidup. Dan mungkin mempunyai tahap inferiority yang tinggi, terutama figura nombor satu. Contohnya, figura yang kedua, mempunyai wajah yang tampan pada asalnya. Mungkin kerana lelaki tersebut berasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya.

Menarik sekali, seorang doktor pembedahan plastik dalam video ini memberikan kenyataan bahawa,

" Beauty is about strategic imperfection"

Memang betul. Cuba kalau kita lihat orang yang pada teorinya cantik, tetapi bagi yang melihat, seperti ada yang tidak kena dan kadang-kadang mungkin menakutkan!

Contohnya, orang akan cakap, hidung mancung itu cantik. Bibir nipis itu comel. Mata yang bulat pun menarik. Tetapi, bila kita melihat pada sesetengah orang yang melakukan pembedahan plastik dengan definisi cantik yang umum, kita akan rasa macam orang itu pelik.

Dan ada sesetengah orang pula cantik dengan sebab ketidakcantikan itu sendiri.

Apa persepsi kita tentang jerawat?

Masalah.

Hodoh.

Kulit berminyak.

Dan sebagainya. Tetapi ada orang yang cantik dengan jerawat itu sendiri.Nampak manis dengan kemerah-merahan. Kalau tak ada jerawat. Biasa-biasa sahaja.

Ada orang pula nampak cantik dengan gigi taring. Sebab kalau tak ada gigi taring yang tak macam orang lain, orang itu biasa-biasa sahaja. Malahan lebih manis.

Tetapi aku fikir, adalah lebih baik untuk cantik dengan sebab sifat dan kualiti yang ada pada kita.

It is longlasting.

Selamat malam!



2 comments:

Mohammad Adhwa said...

Salam,

Nice entry. Ada juga pernah terbaca yang mengatakan lesung pipit di pipi juga merupakan satu ketidaksempurnaan dalam tindak balas pergerakan.

Namun, inilah yang dipandang molek dan comel oleh masyarakat kita.

AfiqahRazak said...

wassalam. macam mana jumpa blog akak ni? haha