Saturday, March 29, 2014

Transisi Disney dan Impian Seorang Gadis


Kanak-kanak sememangnya menggemari kartun. Dan majoriti kanak-kanak perempuan menggemari watak-watak Tuan Puteri.

Ianya seperti satu 'warisan' turun temurun yang bermula tidak berapa lama dahulu.

Bermula daripada Cinderella, Snow White, Rapunzel, Sleeping Beauty, Ariel, Beauty and the Beast, Mulan, dan Pocahontas.

Aha, yang terbaru daripada Disney, Frozen, selepas kemunculan Tangled dan Brave. 

Tidak kurang hebatnya juga beberapa siri filem Barbie.


Senarai yang pertama, ( Cinderella dan seterusnya), apa pendapat umum anda tentang cerita-cerita ini?

1. Gadis yang boleh dikatakan sempurna - cantik, baik dll
2. Bertemu jejaka tampan daripada golongan raja atau yang berkedudukan
3. Mutual love


Senarai kedua, (Frozen, Tangled, Brave, Shrek dan yang seumpama dengannya)

1. Tak semestinya cantik, atau tak semestinya anak raja - tak sempurna seperti kisah pertama
2. Samada tidak ada watak 'prince charming' atau jejaka yang biasa-biasa atau tidak tampan
3. Cinta tak berbalas atau kena tipu


Sebagaimana Disney mengubah transisi cerita-ceritanya yang semakin 'cliche', begitu juga kanak-kanak perempuan apabila ia membesar menjadi seorang gadis yang meningkat remaja dan dewasa.

Setiap kanak-kanak perempuan yang membesar dengan latar kisah Tuan Puteri, akan mahu menjadi sesempurna watak-watak yang membayangi benak mereka.


But, as the time goes on, she realizes that she could not be that perfect. She begins to find out the truth about herself. Her strengths and weaknesses. To stand firm beyond negative words toward her. It might be from her own conduct too. Sometimes, she keep making some denials to herself which is appear to be true. Being egoistic doesn't help at all. Sometimes it would be better to admit and say, 'sorry, it is my fault'. 

Bercakap tentang transisi, contohnya, Frozen, sungguh ironi sekali apabila Disney menukar 'haluan' cinta sejati pandang pertama kepada "You cannot marry someone you've just met". Begitu juga dengan konsep 'true love'. Konsep cinta sejati yang selama ini sempit dan tertumpu kepada lelaki telah dibuka luas kepada cinta sejati dalam tali persaudaraan kekeluargaan. Pada pendapat aku, ia satu nafas baru yang segar dan berkesan. Terutama untuk kanak-kanak. Contohnya lagi,


Kita semua tak sempurna. Apa yang kita lakukan untuk menampung ketidaksempurnaan itu?
Be yourself. But be better.
I'm breakingfree.

No comments: