Suatu perancangan yang tidak disengajakan. Pulang ke rumah, dan berjalan-jalan bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi memenatkan.
Hari terakhir berlangsungnya Putrajaya International Book Fair (PIBF) adalah tarikh yang tepat sekali. Aku pulang ke rumah, dan adik lelakiku pula bakal pulang ke kolejnya. Pesta ini berlangsung selama 5 hari (19 Mac-23 Mac) di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Keterujaan yang menggunung di sebalik kerisauan di benak, mencongak-congak duit fiat dan baucar serta berapa buah buku yang dapat dikaut di pesta itu.
Lambakan penganjuran pesta buku saat tibanya penerimaan baucar buku memang mengujakan. Tetapi bagiku, cukuplah satu sahaja pesta kami berpergian. Lagipun, aku dan keluargaku bukan dari golongan keluarga berada. Nikmati dan syukuri apa yang ada.
Apa yang menarik disini, terdapat dua buah dewan pameran yang digunakan untuk promosi penjualan buku. Yang pertama, untuk buku-buku antarabangsa iaitu Bookerville, dan yang kedua ialah Pekan Buku, untuk buku-buku keluaran tempatan. Pesta buku ini berbeza dengan caranya tersendiri. Kalau Big Bad Wolf menawarkan harga buku yang hampir mustahil, maka disini, membawa para pengunjung ke Taman Tema yang berkonsepkan "Magical Book Town" di samping tawaran harga yang tidak kurang juga menarik.
Ketika kami ke sana, pengunjung lebih banyak tertumpu di Bookerville berbanding Pekan Buku. Mungkin disebabkan faktor kunjungan bangsa lain (selain Melayu) di situ.
Setelah berpenat lelah mengharungi kesesakan pengunjung yang semakin ramai, aku dan keluargaku memutuskan untuk segera pulang ke rumah untuk makan dan bersolat. Sebelum pulang, kami sempat menulis doa pengharapan buat penumpang dan anak kapal MH 370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 sehinggalah pada tarikh kami mengunjungi pesta ini.
kepunyaanku, akan segera dihabiskan. Pasti! |
No comments:
Post a Comment