Sunday, April 27, 2014

Komen buku


Hari ini matahari bersinar lembut, seolah-olah menyantuni penghuni Gombak. Segan silu menampakkan wajahnya disebalik awan.

Mungkin juga menyantuni aku yang seusai pulang dari Kuantan malam tadi. Alhamdulillah.

Perjalanan yang singkat dan bermakna. Menghadiri sebuah seminar anjuran PKPIM Kuantan. Alhamdulillah. Minda dan jiwa turut terisi setelah 'hanyut' dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, sempat menghabiskan sebuah novel sepanjang perjalanan pergi balik ke sana.

Walau pun kepenatan bermusafir masih berbisa menjalar ke segenap tubuh, aku fikir ada baiknya aku menulis bagi mengurangkan rasa bisa itu. Haha.


Jadi inilah novel yang baru sahaja aku tamatkan pengembaraan imaginasiku (eh?).

MARGASATWA.

Genre pilihan, thriller.

Seperti biasa.

Bagi aku, tajuknya sangat menarik, klasik dan mistik. Dan lagi, aku tertarik dengan jalan cerita yang tidak dijangka, khususnya dalam merungkai siapakah Margas pada masa lalu, dengan beberapa watak yang dimainkan, yang memungkinkan setiap watak yang disyaki itu mungkin adalah Margas pada masa hadapannya.

 Walau bagaimanapun, tempoh untuk menghabiskan novel ini agak lambat sekiranya dibandingkan ketika aku menghadap novel-novel RAM. Permulaan cerita agak membosankan kerana terlalu banyak gaya penceritaan deskriptif dalam satu-satu babak. Ini satu pembaziran. Haha.

Dan lagi, aku rasa, ada beberapa persamaan jalan cerita dengan novel RAM. Tak seronok juga sebab idea yang lebih kurang sama. Huhu.

Secara keseluruhannya untuk novel ini, aku rasa penulis perlu memperbaiki cara gaya penceritaan dan juga dari sudut mendatangkan idea dan originaliti.

Wassalam.
[ini adalah pandangan peribadi yang mungkin ada khilaf dan silap menilai.]


No comments: