Wednesday, April 23, 2014

Waktu dahulu itu aku, Waktu sekarang juga aku.




Ketika aku kecil,

Ketika dunia ini adalah taman permainan bagiku,

Ketika luka kecil tatkala bermain lari-lari tidak mematahkan semangatku,

Aku tertanya-tanya, mengapakah alam dewasa itu manakutkan?

Sebagai kanak-kanak, kita juga memerhati keadaan di sekeliling kita.

Drama-drama televisyen sudah tentu memainkan peranan, termasuklah filem Hindustan kan?

[Haha. Masa aku kecil, aku suka tengok cerita Hindustan. Aku pun tak ingat kenapa. Mungkin sebab Abah tengok, jadi anaknya pun tengok juga.]

Aku selalu terfikir, kenapa orang dewasa punya banyak masalah?

Jenayah - Orang dewasa yang lakukan sebahagian besarnya
Masalah percintaan - angau, kecewa, patah hati, lemah semangat
Masalah keluarga - curang (kenapa ada kecurangan dan apa itu curang sebenarnya?), lari rumah, kurang kasih sayang, cemburu, cinta yang pudar antara suami isteri, perebutan harta dll

Kenapa?
Kenapa? Kenapa?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Semakin waktu berlalu, semakin aku meningkat dewasa, aku mengerti seiring berlalunya masa, seiring berlalunya peristiwa.

Jawapan yang datang peringkat berperingkat..

Bila kita dewasa, kita mempunyai keinginan yang banyak, nafsu pun makin besar. Macam-macam nak. Itu nak, ini nak.

Sebab itulah tanggungan dosa itu terletak pada yang dewasa dan boleh berfikir dengan baik dan rasional.
Masa inilah Allah uji, tatkala keinginan itu memuncak.

Daripada keinginan yang banyak ini, kita akan cuba mendapatkannya. Bila tidak mencapai apa yang diinginkan, manusia marah, kecewa dan sedih. Sebab itulah, adanya agama. Agama supaya manusia lebih terbimbing. Syaratnya adalah percaya. Percaya pada yang Satu bahawa Allah itu satu dan benar.

Dan ada benarnya, kata Ustaz Hasrizal, sebab kita terlalu menekankan hak kita tanpa memikirkan adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita. Cara ini berkesan dalam mengurangkan rasa sakit dalam hati. Tenang, redha, sabar dan positif.

Menjadi orang dewasa ini berat. Banyak tanggungjawab, banyak keinginan.

Waktu dahulu itu aku, dan waktu sekarang juga aku. Entiti yang sama, namun tanggungjawab semakin banyak.

Entiti yang sama, dan mahu menjadi lebih baik.

Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kesabaran menempuh alam kedewasaan.



No comments: