Mereka adalah belahan jiwaku. Setelah keluarga kandungku. Setakat ini (selagi lelaki yang bernama suami tidak mengambil alih tempat itu). Haha.
Keluarga MASSA.
Apa itu MASSA?
Keluarga MASSA adalah sebahagian daripada bahagian PKPIM UIAM Gombak.
MASSA adalah gerak kerja yang membawa isu-isu semasa, program intelektualisme dan bergerak secara media. Dengan cara menghasilkan majalah, video dan mengangkat isu-isu semasa yang perlu diberi perhatian.
Ianya punca utama 'Pengatur Strategik' kami.
Banyak perkara yang aku belajar dari mereka. Dalam marah, dalam sedih, dalam jengkel, dalam gaduh, dalam terasa hati, jujur aku katakan, aku sayang mereka. Mereka semua.
Halmie Azrie yang 'crazy'
Rara yang sangat YB
Fareez yang selalu 'chipsmore'
Raihan yang artis
syera yang kadang-kadang serabut
Adib yang kuat 'melawan'(haha)
Aku? yang serabai itu. HUHUuuuuuuu
Bercampur dengan mereka membuatkan fikiran aku menjadi terbuka. Haha.
Ini adalah produk kami.
Dengan aku sebagai editor yang serba mentah.
Gambar ini aku ambil daripada "Profile Picture" Amirul Mukminin. Sebab dia yang paling teruja dan pertama sekali menjadikan kulit muka hadapan sebagai "Profile Picture" dia.
Terasa ringan di bahu. Melepaskannya bukan bermakna meninggalkan terus. Cuma beban kerja berkurang. Kesinambungan itu perlu aku pastikan tidak terputus!
Ke mana aku selepas ini?
Aku pasti akan merindui semua ini.
No comments:
Post a Comment