Saturday, November 7, 2009
Cerita di sebalik Ziggurat (siri 1)
Inilah Ziggurat. Ziggurat dibina pada zaman tamadun Mesopotamia.
Sekarang marilah bersama-sama saya menyelusuri sejarah dan cerita di sebalik "Ziggurat of Ur" dengan 'scroll down' sehingga ke penghabisan cerita saya yang diambil daripada sejarah..
Ziggurat atau lebih dikenali sebagai "Great Ziggurat of Ur", bermakna "House whose foundation creates terror", terletak di Bandar Ur berdekatan dengan Nasiriyah yang mana pada hari ini dijumpai di Dhi Qar, Iraq.
SEJARAH PENUBUHAN ZIGGURAT
Ziggurat dibina oleh Raja Sumeria yang bernama Ur-Nammu dan anak lelakinya, Shulgi ketika dinasti ketiga Ur (21 abad sebelum kedatangan Nabi Isa). Ziggurat merupakan sebuah kuil yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar Ur, yang juga merupakan makam tuhan bulan (Nanna), kononya dewa yang menaungi Bandar Ur.
Ziggurat siap sepenuhnya ketika zaman pemerintahan Raja Shulgi. Untuk mendapatkan kesetiaan total daripada rakyat jelata, baginda mengaku dirinya sebagai tuhan.
Berikut merupakan ukuran tangga yang terdapat pada Ziggurat:
1. Kepanjangan : 210 kaki (64 m)
2. Lebar : 150 kaki (46 m)
3. Ketinggian : Lebih daripada 100 kaki (30 m)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang simpan dahulu cerita Ziggurat.
Ingatkah anda pada Raja Namrud (King Nimrod) yang menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim? Mari kita kaji siapakah Raja Namrud sebenarnya....
Raja Namrud hidup sekitar tahun 2275 SM-1943 SM adalah salah satu raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Nama lengkap Raja Namrud ialah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.). Selain itu beliau juga diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari. Nama Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian "Mari memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.
Kehidupan Awal
Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada Nabi Nuh a.s., manakala ibunya bernama Semiramis. Ibunya talah berkahwin dengan bapanya ketika usia remaja. Dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin, bapanya meninggal dunia. Oleh itu Namrud lahir tidak berbapa.
Ibunya adalah seorang yang cantik lagi bijaksana. Setelah Namrud dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh manusia oleh itu Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa dia adalah anak Tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, Namrud menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan kawan wanitanya. Kemudian Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.
Raja Namrud merupakan seorang raja yang dianugerahi daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak. Kecerdasan yang dimiliki Namrud menyebabkannya menjadi seorang yang sombong dan takabbur sehinggakan mengaku dirinya sebagai seorang ateis dan juga sebagai Tuhan. Malangnya kebijaksanaan yang dimiliki Namrud disalahgunakan untuk menyesatkan umat manusia.
Pada satu malam Raja Namrud bermimpi melihat bintang yang terbit dari barat. Semakin tinggi ia naik semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia sampai ke zenith dimana ia menerangi seluruh alam semesta. Penasihatnya memberi tafsiran bahawa akan lahir seorang insan di Faddam A'ram dalam masa setahun, yang mana insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala sekaligus membuktikan kepalsuan Raja Namrud. Insan itu akan membawa agama tuhan yang esa dan menyebabkan Raja Namrud mati dalam keadaan dahsyat.
Kemudian Raja Namrud memerintahkan supaya semua bayi dan wanita yang mengandung dibunuh dalam masa setahun di Faddam Aram. Walau bagaimanapun dengan kuasa Allah ibu Nabi Ibrahim terselamat. Maka lahirlah Nabi Ibrahim di muka bumi ini di saat Raja Namrud menyangka usahanya telah berhasil.
Ketika Nabi Ibrahim dewasa, beliau telah memecahkan beberapa batu berhala. Ini telah meninbulkan kemarahan rakyat jelata yang kemudiannya membawa baginda ke muka pengadilan Raja Namrud.
Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud: "Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan selamba, Nabi Ibrahim menjawab "Patung besar yang berkalungkan kapak dilehernya yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrud pun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata : "Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Maka tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Nabi Ibrahim, lalu berkata : "Jika demikian halnya mengapa kamu sembah patung-patung itu yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat dan menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri daripada kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi ini dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hinannya kamu dengan persembahan kamu itu."
Setelah selesai Nabi Ibrahim berhujah, maka barulah Raja Namrud sedar yang pemuda yang berada di hadapannya ketika itu merupakan insan yang dijanjikan kemunculannya... .........
Sebagaimana yang telah diceritakan, Raja Namrud merupakan salah seorang raja yang hidup pada zaman tamadun Mesopotamia dan bangunan yang besar wujud sebagai pusat kegiatan keagamaan adalah ZIGGURAT. Dalam Al-Quran pula diceritakan pertembungan Nabi Ibrahim dan Raja Namrud. Bukankah al-Quran itu kitab yang benar datang daripada Allah?
Maka, kawasan patung berhala yang telah dipecahkan oleh Nabi Ibrahim adalah ZIGGURAT yang kita pelajari dalam sejarah....
-History is about to repeat itself-
(rujukan: wikipedia)
Sunday, November 1, 2009
Rahsia solat awal waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan |
umaat, 17 Julai 2009 17:35 |
** Walau apapun semua rahmat yang dikurniakan adalah dengan keizinanNYA. Oleh itu, janganlah solat awal sebab hanya nak menyerap tenaga2 cahaya ini. Niatlah semata-mata untuk DIA, bersyukur atas segala nikmat.
|