Wednesday, April 21, 2010

"COUPLE"

Pada hari Isnin bersamaan 19 April 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling UIA Nilai telah mengadakan sebuah ceramah motivasi di bawah tajuk, "COUPLE". Sememangnya tajuk ini menjadi satu tarikan bagi pelajar-pelajar yang berada di kampus Nilai.

Rasanya aku tidak punya banyak masa untuk mengulas perkara ini namun aku hanya akan menyentuh beberapa perkara yang menarik perhatianku.



1. NOT LOVE, NOT CARE

2. LOVE BUT NOT CARE

3.NOT LOVE BUT CARE

4. LOVE AND CARE

Menurut penceramah, Bro. Fauzan Hushim, perasaan dalam hati manusia diibaratkan mempunyai empat bahagian seperti di atas. Berbolak-baliknya perasaan hanya akan berkisar di sekitar empat perkara tersebut. Setiap orang yang pernah kita kenali pasti mempunyai tempat dalam hati kita, samada di kotak nombor satu,dua, tiga, atau empat. Orang yang 'bercouple' hanya akan berada di kotak nonbor dua ataupun kotak nombor tiga. Hanya yang sudah mengikat ikatan yang bernama pernikahan akan mencapai kotak nombor empat. Kenapa??
Fikir-fikirkanlah........