Setahun yang lepas mungkin.
Ketika aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Tanah Jawa dibawah misi GPTD Grup Wali Songo.
Biar aku kecilkan skop cerita aku.
Kami (Grup Wali Songo) berada di sebuah pekan dalam Bandar Yogyakarta. Tak silap aku, ketika itu sudah menghampiri tarikh untuk pulang ke Malaysia.
Menjamu selera mata dan selera keinginan membeli. Haha. Perempuan.....
Indonesia terkenal dengan pengamen jalanan. Maksudnya penyanyi jalanan lebih kurang begitu. Dan pada aku walaupun sekadar jalanan, itu tak bermakna bodoh. Bagi aku mereka, hampir kesemuanya berbakat.
Memang benar, kata guru gamelanku pada semester yang lepas, bahawa muzik itu juga penting untuk pengisian jiwa. Di Indonesia, pendidikan muzik itu mesti dipelajari. Sama statusnya dengan subjek falsafah. Tidak seperti di Malaysia. Seingat aku, kali terakhir aku belajar muzik sehingga darjah dua. Kemudian tidak ada lagi. Rasanya sekarang pun tidak ada lagi sebab adik aku tak belajar pun. Belajar muzik pada zaman sekarang adalah atas inisiatif ibu bapa. Bukan atas kerajaan.
Bagi aku belajar muzik untuk pengisian jiwa itu bermaksud, supaya jiwa dan minda berkembang seiring dengan rasa. Lagu apa yang disampaikan tolak tepi sebab itu atas pemuzik itu sendiri.
Sesetengah orang yang belajar muzik, mereka boleh tahu samada muzik yang dimainkan itu indah atau tidak hanya dengan rasa. Bermain muzik tak boleh kaku, kebas perasaannya, sebab muzik yang dihasilkan walaupun sempurna notnya akan tetap hambar. Pada masa yang sama otak kanan kita berkembang dengan kreativiti bagaimana kita mahu membawa lagu tersebut.
It is a self expression. Itu juga satu kebijaksanaan.
|
meowww, nak belajar main piano juga!!!! |
Aku sendiri bercita-cita mahu mempelajari piano. haha.
Berbalik kepada cerita pengamen jalanan. Ada sebuah kumpulan pengamen jalanan, lelaki semuanya, berpakaian serba Jawa dengan alat solek yang agak tebal. Ala-ala pasukan teater, menyanyi beberapa buah lagu Jawa yang bagi aku indah. Penuh rasa dan penuh kebudayaan sesuai dengan udara Jawa. Ikhlas aku katakan, aku sukakannya. Maka aku pun menonton di antara kerumunan orang ramai dengan penuh keterujaan. Satu sebab teruja pertama kali tengok persembahan sebegitu, satu lagi sebab aku memang tertarik dengan pembawaan lagu mereka.
Fantastic, superb (eh? lebih-lebih pula).
|
gambar hiasan. gambar sebenar tak jumpa |
Ahli grup aku tak berapa suka dengan mereka sebab mereka itu lelaki dan memakai alat solek. Jadi mereka macam tak boleh pun nak terima dengan muzik yang dibawa.
Kenapa melihat sesuatu itu dengan tuntutan syariah dulu?
Ianya seperti kita tolak semua pada orang itu. Islam tidak datang dengan pelaksanaan syariah, tetapi aqidah. Ya, tak salah untuk mengakui sesuatu itu salah yang memang salah Tapi itu tak bermakna kita perlu menolak kesemua pada sesuatu yang salah itu sebab ada yang berkualiti juga.
Samalah macam orang yang lesbian contohnya. Walaupun lesbian, yang memang dah terang-terang bertentangan dengan Islam, itu tak bermakna kita boleh pukul dia sesuka hati. Hak dia sebagai seorang manusia untuk tidak dicederakan sepatutnya dihormati.
Lagi contoh, status kita sebagai orang Islam, sebagai hamba Allah, tidak bermaksud kita tak peduli dengan orang bukan Islam. Nabi Muhammad S.A.W pun menghormati orang tua Yahudi yang tidak menganut ajaran Islam. Sekiranya kita tak mengamalkan sikap ini, apa bezanya kita dengan orang Yahudi?
Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Nahmar Jamil, " Mengenal Perwatakan Yahudi", terbitan 1987 mencatatkan bahawa dalam kitab-kitab mereka yang telah diselewengkan, bangsa selain Yahudi seperti anjing-anjing. Ternyata sekali mereka menghina bangsa lain. Islam tak ajar menghina, sebaliknya menghormati dan berhikmah dalam mendekati orang selain Islam.
Tapi sampai sekarang tak ada peluang nak belajar muzik lagi....
Alahai muzikku.....
Baiklah. Sampai di sini sahajalah coretanku di pagi ini.
Ada tugasan yang perlu disiapkan. huhu.