Thursday, August 28, 2014

A Malay Cuisine : Sweet SOur Fried Fish







I am so happy and content with my cooking skill, especially for the savoury dishes. 

Today, I have made a dish called " Ikan Masak Masam Manis", translated in English as the above title.

Honestly, this is my first trial cooking the dish and the recipe is not mine. I took it from other's website, with a few modification.

http://www.tiffinbiru.com/2013/12/ikan-siakap-masam-manis-ala-thai.html 

Ingredients :

1. A white seabass fish
2. 2 spoonful of chilli paste ( suit your taste)
3. An onion. The big one
4. 2 cloves of garlic. 
5. A lemongrass. (Make sure the end of the fat-bellied part, pounded. To give it the smell and taste )
6. A few kaffir lime leaves
7. 1/2 inch or an inch of ginger
8. 1 red chilli
9. A few small green chillies (optional)
10. Carrot (to give it the sweet taste to the dish)
11. Onion leaves ( to make it more presentable? huhu)
12. A teaspoon of grounded black pepper
13. Corn flour
14. Turmeric flour
15. Salt
16. Sugar (optional)
17. Mollases/ Kaffir lime juice (optional. to give it a soury taste)
18. Chilli sauce
19. Water

Steps :

1. The fish + Corn flour + Turmeric flour + Grounded Black Pepper + Salt (mixed well) = Deep fried in hot       oil until fairly cooked

2. Garlics + Onion + Ginger = Stir fry in other pan until it is seems yellowish and smells good (hot oil                 needed)

3. Chilli paste + Lemongrass + Kaffir Lime = Put it all together after the second step is done.      Make sure the     paste well-cooked (quite dry)

4. Put, Water + Chilli Sauce + Mollases. Let it simmer.

5. After that, Carrot + Chillies + Salt + Sugar

6. Taste it. And add anything necessary to make the taste good.

7. Turn off the gas. Put the fried fish in an oblong plate and then pour the sauce all over and lastly spread the onion leaves on top of the dish.

Done!!


Tak malu





Aku ni.
Suka memalukan diri sendiri.
Lepas itu, buat tak tahu saja.
Tak kisah pula dengan kata-kata orang.

Am I so stupid?




sekadar gambar hiasan.(mungkin juga betul)


"Enggang sama Enggang, Pipit sama Pipit"






Fikiranku kerap kali memikirkannya,
biarpun sudah berapa kali cuba ku tolak,
belum pun berhasil.

Mahukah kau kuceritakan bagaimana rasanya memikirkannya?

Kata orang-orang tua, " bagai Pipit dan Enggang". Layaknya tidak berada di satu laluan penerbangan.

Aku yang Pipit itu. Termengah-mengah mengejar Enggang yang terbang jauh dan tinggi.




Memandang kejauhan. Terbang semampu seupayaku.

Sayapnya bertebar melebar melintasi ruang angkasa, dan setiap yang memandang pasti kagum.

Pipit? Saiznya yang kecil, tidak mampu mengejar Enggang dan tidak pula diperhati oleh sesiapa. 

Hah. Pipit itu kecil.

Pulanglah Pipit dari mana asalmu. Usah kau kejar Enggang yang akan jauh melunjur di udara. Pulanglah dan berehatlah dari keletihan mengejar Enggang.

Kalaupun terbangmu di sisi Enggang, nanti hanya akan kelihatan tempang.



Tuesday, August 5, 2014

It's the heart




I am sealing my heart against :

 Unreasonable sadness

Bleak spirit

Deflating faith

Cynical thought

Inappropriate feelings

Surreal hoping


but,

only

good things and positiveness

can unglue the seal.


 I will be given strength and faith.

Because I am a believer that Allah is the only one God and Prophet Muhammad is the messenger of God the All Mighty.

.
.
.

Believe.


Saturday, August 2, 2014

Persiapan






Menangis dan sebak melihat betapa sumbangan rakyat Malaysia yang tidak seberapa menjadi begitu bermakna buat rakyat Palestin.

Ya, Malaysia akan terus bersama Palestin. Dalam susah dan senang. Begitu juga Indonesia dan Brunei.

Mungkin, aku fikir, sudah tiba masanya rakyat Malaysia mempersiapkan diri untuk berada dalam situasi pertempuran.

Didiklah dirimu dengan ilmu agama yang suci.

Jiwai dirimu dengan semangat berjuang di jalan Allah.

Persiapkan dirimu dengan seni pertahanan diri.

Ikuti sunnah junjungan mulia, supaya kamu mahir berenang, memanah dan berkuda.

Latihlah dirimu dengan kecerdikan.

Ini bukan masanya untuk berlengah dan teragak-agak.

Bersiaplah!

Friday, August 1, 2014

Sebelum Beraya (cerita raya 1)



'Landmark' Parit Mentara

Tidak adil rasanya kalau aku asyik bercerita tentang negeri Terengganu yang baru beberapa kali aku kunjungi dan teruja dengan suasananya.

Sedangkan Bagan Serai sudah ada dalam catatan hidupku sepanjang kehidupan ini.


Kawasan sawah padi yang telah dituai dan di'bersih'kan

Bagan Serai, atau dalam sebutan orang-orang Banjar, Bagan Sarai, adalah tempat abah membesar. Meskipun abah dilahirkan di Singapura, berikutan kekangan pekerjaan Tok Wan sebagai askar British, namun kampung halamannya adalah Bagan Sarai, Kerian, Perak.







Kesan hitam tersebut merupakan prosedur biasa yang dilakukan untuk mengelakkan rumput tumbuh setelah padi dituai. Awas! Rumput adalah musuh tradisi tanaman padi. 






'kunci' tali air


Bagan Serai : Lapang dan hijau 









Bagan Serai adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kerian, Perak. Kedudukannya yang terletak ke utara membolehkan penduduk setempat memasuki Penang dengan cepat. Daerah Kerian merupakan kawasan sawah padi. Luasnya, saujana mata memandang. Kiri dan kanan adalah kawasan sawah yang berwarna hijau dan coklat. Saliran air atau parit turut menghiasi landskap pertanian ini. 

Pagi

Amalia dan Adi Hidayat

Laluan kecil di sawah padi

Menurut abah, kini, kawasan sawah padi kekurangan tenaga kerja untuk mengusahakannya. Hanya mesin yang akan dihidupkan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Mungkin juga, dengan anak-anak kampung yang telah membesar dan berhijrah ke bandar, menyebabkan kekurangan tenaga kerja. Kalau dahulu, parit-parit sering menjadi tempat 'berkubang' anak-anak desa kecil ini. Sekarang tiada lagi. Abah sempat berseloroh, " Sebab tu budak zaman dulu-dulu pandai berenang, tak macam budak zaman sekarang" (kalau ibu bapa tak hantar kelas renang). 



Saujana mata memandang






Berada di kawasan kunci tali air yang berfungsi mengairi saliran untuk tujuan penanaman padi


Jambatan


Bunga Kembang Pagi yang tumbuh subuh berhampiran tali air








Hampir semua yang menetap di daerah Kerian turun temurun adalah urang-urang Banjar yang berhijrah daripada Kalimantan, Indonesia.

Ya, kami ini bersusur galur Banjar. Darah yang dipam ke seluruh urat-uratku adalah Melayu-Banjar. Abah urang Banjar, mama orang kampung (Melayu). Beraya di Perak adalah kegembiraan bagi kami adik beradik. Kampung kami yang satu lagi terletak di Jengka, Pahang. Tok Wan mama adalah bekas peneroka FELDA.Tetapi aku fikir, aku dan adik-adikku lebih menyukai suasana di Perak. Mama dilahirkan di Semanggol. Berdekatan dengan tempat abah. Saudara mara mama dan abah ramai yang menetap di Perak. Sedangkan di Pahang, tidak banyak rumah yang dapat kami ziarahi berbanding di negeri Darul Ridzuan.

Bersambung........