Thursday, December 31, 2009

Dialah sahabat..

Aku ingin menceritakan tentang seorang sahabat kepada diriku sendiri yang mana dia adalah insan istimewa yang mana aku sendiri tidak mampu menandingi keikhlasan dan kesabarannya.

Seorang sahabat yang mana apabila menerima racun
Semanis-manis madu yang dibalasnya..

Seorang sahabat yang menumpahkan keikhlasan dalam persahabatan
Sehinggakan mereda api pertelingkahan
Kebaikan yang tidak minta dibalas..

Seorang sahabat yang menghargai dan menyayangi nilai sebuah persahabatan
kerana tuhan yang satu, Allah..

Seorang sahabat yang sentiasa menambah rasa cinta pada tuhanku, Allah
Tidak pernah lupa mengingatkan tentang tuhanku Allah
Kerana kita semua berhutang kepada Allah
berhutang kehidupan dan nikmat..

Seorang yang mana apabila aku keliru,
cahayakah yang menyuluhiku?
atau kegelapan yang menyelubungiku?

Buat pertama kalinya dalam hidup aku merasakan betapa payahnya dunia dakwah
kentalnya jiwa seorang pendakwah
pabila bercakap tentang kebenaran
ditentang dengan kebatilan yang membutakan
Kalau bukan kerana memikirkan tidak mahu mengeruhkan keadaan
Memang bertambahlah laser mulut

Oleh kerana aku ini insan lemah
aku tidak mampu menampung beban itu sendiri
Dialah seorang sahabat yang memberikan nasihat
sesejuk embun pagi
selembut pawana petang
yang mana butir bicaranya bukan diatas dasar menjaga hati sahabat
Tetapi berdasarkan kebenaran

Itulah dia yang selalu aku kagumi
Kerana kekuatan hatinya tidak mampu aku gapai dan capai

Disaat aku hampir tumbang,
Dia berkata,

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja menciptakan sesuatu yang sia2,
Bukan Allah tidak tahu betapa retaknya hatimu,
tapi, mungkin inilah yang dia tahu,
hati2 inilah yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab dengan-Nya..
La tahzan..

Dialah sahabat kurniaan Allah,
Yang mana kehadirannya dulu aku benci
tapi kini hadirnya dalamnya hidupku merupaka satu nikmat yang sangat aku syukuri,

JAGALAH PERSAHABATAN YANG MEMBAWA KE SYURGA

No comments: