Wednesday, May 5, 2010

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas kegilaan melanda hidupku (oppss! kata2 ini dipinjam drpd my former dormmate). Entahlah.....

Habis sahaja peperiksaan terakhir, pada hari Isnin lalu, aku menjadi teramat malas.
Buku yang dipinjam daripada perpustakaan pun belum selesai dibaca lagi, tetapi aku dapat menghabiskan 5 filem dalam masa satu hari. Daripada petang sampai malam.

Macam-macam genre ada, seram, aksi, kisah cinta...huh..apa lagi?.
Satu rekod yang agak...bukanlah baik sebenarnya. Jangan contohi....
5 filem yang ditonton tersebut, bukannya ditonton di pawagam ye.....
Dalam dorm, bersama budak-budak dorm tercinta.

Satu daripada filem yang menarik perhatian ku sehingga teringin nak mengulasnya di medan blogging ni ialah "PISAU CUKUR".

Tanpa mempunyai keinginan yang kuat untuk mengulas panjang, aku mendapati ada dua pengajaran buat diriku menerusi filem ini.

1. Menjadi seorang 'pisau cukur' tidak akan sama sekali menjamin kebahagian total buat seseorang, kerana daripada banyak-banyak kebahagian itu hanya ada satu sahaja yang dapat dimiliki iaitu wang.

(Adakah anda setuju dgn pendapat saya, bahawa pada zaman ini wang merupakan salah satu sumber kebahagiaan, walaupun ianya ia tidak mendorong ke arah kebahagian total?)

2. Tidak semua yang menjadi 'pisau cukur' itu, secara semulajadi sukakan sesuatu berbentuk material, sebaliknya ada orang yang didorong oleh sejarah dan latar belakang keluarga sehingga menyebabkan dia jadi begitu. Kesimpulannya jangan mudah membuat tuduhan dan bersangka buruk.

Sampai disini sahajalah coretanku. Selamat malam.

No comments: