Tuesday, August 9, 2011

KL : Kenangan Lalu

Sedar tak sedar, sebenarnya aku dah lama tak menulis. 5 minggu. Satu tempoh yang agak panjang. Lebih dari sebulan.

Emmm..kadang-kadang sebab masalah membebani pundak dan kepala kita rasa penat.

Tidakkah begitu?

Cuti yang terlebih ni banyak yang aku belajar. Tapi aku tidak mahu menceritakannya sekarang. Biar tunggu cuti habis dahulu.

............................

Beberapa minggu yang lepas, aku dan keluargaku pergi menziarahi rumah lama di Ampang. Suasana banyak beerubah. Sibuk. Kawasan tersebut bertambah membangun berbanding sewaktu aku kecil dahulu.

Setiap tempat yang kami lalu, pasti ada kenangannya.

Mama teringat sebuah kedai ayam yang menawarkan ayam segar dimana ayam yang dipilih pelanggan akan disembelih sekiranya diminta.

Arif pulak teringat kawan masa kecilnya dulu, kokoyi, (sebutan dalam bahasa pelat dia masa kecik).

Aku?

Teringat zaman persekolahan di SK Taman Muda. Setiap kali ke Ampang, kami pasti melaluinya.
Teringat jugak kat abang Cina sebelah rumah. Masa kecik-kecik kami adik-beradik suka borak dengan dia. Berbekalkan rak kasut, kami adik-beradik panjat kemudian berboraklah dengan abang tu. Abang tu masa aku kecil suka tarik tangan aku. Aku tak mengerti. Apapun Alhamdulillah Allah masih melindungiku dari mara bahaya sehingga sekarang. Tapi tak tahu lagi abang Cina tu ada lagi ke tak. Dah kahwin kot.
Masa kecil dulu, abah suka bawak kami adik beradik naik motor makan roti canai waktu hujung minggu. Seronok. tapi sekarang dah besar gedabak segan nak naik motor dengan abah. Lesen motor pun takde. Tu la dulu berlagak tak nak ambil lesen motor, sekarang dah kempunan teringin nak naik motor. Tapi aku tak naklah bawak. Kena tunggu Mr. Right datang meminang. Boleh bawa aku jalan-jalan. Tak dapat motor, naik kuda pun jadilah(emm ni dah macam zaman silam ni ish,ish,ish)

Abah pula cakap,
"Kawasan ni takkan membangun macam ni kalau tak ada orang cina.."

Aku
"erk?" betul juga kata-kata abah.

Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut, kunjungi MPH Bookstore dan beli buku CINA : Penakluk Bisnes Lautan Pasifik karangan Sterling Seagrave.

No comments: