Friday, December 23, 2011

Not for fun!

Ketika berlangsungnya AIKOLFEST, beberapa minggu yang lalu, aku singgah di sebuah gerai buku. Kebetulan jumpa Zihan di gerai yang sama. Kami pun tengok-tengok buku yang ada dengan rianya. Lupa pada budget yang mengekang.

Persamaan kami?

Buku.

Sejarah.


Falsafah (Zihan lebih lagi). Hahah

Zihan cakap,

"Iqa, belilah buku ni." jarinya menunjuk kearah buku Ustaz Hasrizal 'Aku Terima Nikahnya'.

Aku pun dengan berlagaknya cakap,

"Ala....dah khatam dah tiga-tiga." jawabku sambil mengalihkan pandangan kearahnya.

"Dah tu, kenapa tak kahwin lagi?" gurau Zihan.







Aku terkedu.










...................................................................................................................................................................


Setiap orang punya kisah tersendiri.

Ada orang simpan dalam hati. Makan hati sorang-sorang.

Ada orang selesa berterus terang.

Aku?

Macam orang lain, aku juga punya kisah tersendiri.

Dan aku tak sangka perkara ini akan terjadi dalam hidupku. Walaupun sekejap cuma.

Macam mimpi.

Aku ni yang clumpsy, gelabah, gedik, semua yang entah apa-apa.

Tak pandai pun.

Sopan tak berapa nak santun.

Aku hanya mahu geleng kepala untuk diri sendiri.

Untuk pertama kali dalam hidupku, aku jadi lebih mengambil berat akan hal ini.

...................................................................................................................................................................

Pernikahan bukan perkara main-main.

Pernikahan bukan perancangan walimah sahaja.

Pernikahan juga bukan soal hak. Tapi peranan dan tanggungjawab.

Ianya akan berbeza. daripada satu keluarga berkembang menjadi dua. Kena jaga hati kedua belah pihak. Bukan satu sahaja.

Sebelum melangkah ke arah itu, aku dan mungkin sesiapa sahaja yang belum berkahwin perlu pilih betul-betul orang yang akan jadi pendamping kita. Kita akan bersama orang itu seumur hidup.

Bukan setahun dua.

Tapi selama-lamanya.

Forever until Jannah. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

sangat setuju....perkara yang memerlukan kekuatan jiwa dan ketabahan hati...sebab itu ia mencakupi dan melengkapkan sebahagian dari iman...