Monday, September 29, 2014





I am having a bad day today.

Feeling hard with life right now.

I wanted to cry so much that my tears won't come out.

Good night.

Hopefully I can through this hardship.

Just don't let the evil manipulated my mind and conscience.

Saturday, September 27, 2014

'Membaca' 'batu asas' undang-undang kewangan





Buku ini, baru sebentar tadi aku habiskan bacaannya. Selalunya, genre pembacaanku lebih berkitar pada novel-novel thriller, pemikiran dan falsafah, pendidikan, sejarah dan budaya, serta beberapa buku agama yang dipilih.

Rasa kelakar dan pelik. Jarang sekali aku membaca buku tentang kewangan dengan penuh minat.

Semester akhir untuk ijazah undang-undang sivil memerlukan aku dan juga pelajar undang-undang yang lain mengambil subjek " Islamic Law of Banking and Takaful". Mulanya, bukan buku ini yang kucari tetapi buku lain. Buku "Islamic Banking and Practices : from the practitioners' perspectives", juga dari terbitan yang sama, telah habis stok. Apa nak buat, tiada rezeki. Walau bagaimanapun, aku perlu cari satu buku yang berkaitan, supaya ada rujukan untuk subjek tersebut.

Dan Allah telah temukan aku dan 'dia'. Menarik sekali. Tidak tebal dan mudah difahami. Sesuai untuk membina asas kefahaman dunia kewangan bagi bakal peguam. Haha. Selalunya, peguam memang kurang cerdik matematik.

Selain itu, ianya ilmu yang penting untuk masa hadapan. Apabila sudah menerima ijazah dan mula bekerja, aku bukan lagi seratus peratus tanggungan kedua orang tuaku. Aku perlu menguruskan hidupku sendiri. Merancang dengan hemat dan cermat (walaupun sebenarnya aku memang boros). Ya, aku perlu belajar dan kemudian mengajar.

Dan apabila aku berkahwin, aku bukan sekadar menjadi ibu dan isteri yang menguruskan rumah, tetapi perlu juga bijak, sebab aku bakal pendidik anak-anakku pada masa hadapan.

Apabila menjadi seorang peguam, jangan jadi peguam yang bodoh,
Apabila menjadi ibu, jangan jadi ibu yang kurang 'cerdik',
Meskipun nanti aku menjadi seorang penulis fiksyen, jangan jadi penulis picisan.

Pendek kata, jadilah manusia yang bijak, rendah hati, bersyukur dan bermanfaat untuk semua (terutama untuk melindungi orang-orang yang kita sayang). :)



Wednesday, September 24, 2014

Am I?




Answering quizzes are among my favourite pastime (especially during stress). I made this. But the question is, am I?

You're an

ambitious mother!

You may not be as extreme as a tiger mom, but you do have a couple of things in common. You know that life can be hard and that too much cuddling won't help to make it easier. You want your children to aspire great things as we only have one shot at life!

But, hopefully yes!! Ameen.

The link :
http://en.what-character-are-you.com/d/en/327/result/1763.html



Tuesday, September 23, 2014






And yet even stronger.


Have you ever encountered something, and you feel hurt inside?

And neither you nor your rational thinking faculty could understand the 'phenomena'.

It happened just that way. Feeling hurt and broken.

It cannot be shared and told because of its unexplainable feature.

And here I am, mending this heart by the way of writing. It's my healing secret.




Thursday, September 11, 2014






Mengapa mereka mencintai budaya bangsa kami?

sedang kami di Tanah Emas ini, kian meninggalkan pusaka nenek moyang kami......

Tuesday, September 9, 2014

Salah satu impianku



Insya-Allah,

Apabila aku mahir menunggang kuda dan mendapatkan sijil O level dalam bidang tersebut,

aku memasang impian untuk ke sini :





Monday, September 8, 2014





"Ingin ku katakan, namun pada siapa..."

Selain Tuhan yang memahami,

Siapa yang memahami?

Siapa yang memahami?

dan,

Siapa lagi yang memahami?


Ini lah aku yang kau lihat tidak berperasaan itu!








Saturday, September 6, 2014

Cita-cita yang tak formal





Mengurusi diri sendiri sememangnya sukar.

Mengurusi emosi, mengurusi kemarahan dan semua yang negatif.

Aku bukan orang yang pandai. Tetapi sekurang-kurangnya, aku punya kemahuan untuk belajar dan berubah.

Aku punya tabiat yang pelik. Masa sekolah dulu-dulu aku tak fokus dan suka main-main.

Sebabnya aku tak suka sistem peperiksaan.

Beberapa tahun selepas itu, aku mula mencari balik ilmu yang aku hilangkan kerana sistem peperiksaan.

Walaupun nampak macam bodoh, tapi aku puas. Sebab aku lebih faham apabila belajar semula dengan lebih mendalam.

Pernah suatu ketika, zaman sekolah menengah, aku protes dengan diri sendiri tak mahu baca Al-Quran.

Huu. Nampak macam derhaka kan?

Itu semua sebab aku merasakan tajwid aku macam 'sampah'. Tunggang langgang. Walaupun aku belajar tajwid beberapa tahun di sekolah rendah, namun entah kenapa tiada kesan. Tak cantik.

Selepas SPM, aku meminta ibuku carikan guru mengaji. Alhamdulillah, ustazah yang ajar aku itu, benar-benar arif dalam ilmu tajwid, walaupun beliau bukanlah guru yang ditauliahkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah rendah agama.

Kesyukuranku berganda apabila, aku di'exempt'kan dari mengambil subjek AlQuran apabila masuk ke UIA. Semuanya gara-gara tajwidku yang dibetulkan oleh ustazah. Alhamdulillah

Setiap kali aku berasa malas untuk membaca Al-Quran, aku akan mengingatkan diri sendiri betapa besarnya nikmat dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul. Jadi aku tak boleh mengabaikan Al-Quran.


Bila terbaca kisah-kisah orang yang homeschool, aku rasa seperti ingin kembali menjadi kanak-kanak yang melalui proses pembelajaran yang sedemikian. Haha.

Dalam minda dan jiwaku, selalu kutanamkan impian untuk menyekolahkan anak-anakku di rumah. Dengan tanganku sendiri. Maka, aku harus fokus dari sekarang membangunkan diri sendiri supaya aku dapat menjadi guru dan ibu terbaik buat anak-anakku.

Sekaligus, aku dapat menjadi penulis sepenuh masa di rumah. Impian 2 dalam satu.








Aku sayang PKPIM.

Sebab dalam PKPIM aku belajar banyak benda.

Walaupun ada beberapa perkara yang aku tidak boleh bersetuju dengannya.

Baru-baru ini, di dalam laman sosial Facebook, PKPIM membuat bantahan di Kementerian Dalam Negeri berkaitan bantahan terhadapa Akta Hasutan.

Apabila ditanya, samada ianya bantahan yang menyeluruh atau hanya pindaan terhadap beberapa seksyen tidak pula dijawab.

Aku mengharapkan soalan aku itu dijawab. Sebab aku tak suka apabila soalan aku tidak dijawab.

Maka aku mula bersangka buruk dengan PKPIM. Walaupun aku sayang dengan PKPIM.

Secara jujur, tanggapan pertama apabila terbaca status berkaitan, "Gila!".

Bagi aku Akta Hasutan sangat penting dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Memang ada beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan aplikasi akta tersebut, namun aku rasa ianya adalah isu kepimpinan, bukan kesalahan dalam akta tersebut.

Itu pandangan aku. Sejujurnya aku tidak bersetuju. Pelupusan akta tersebut hanya akan mendatangkan bahaya lebih besar.

Ianya soal isu keselamatan dalam negeri.


Tuesday, September 2, 2014




It is weird.

I will be a lawyer in no time.

Time passes so quickly.

But my real passion is writing.

I don't know.

But I do want to have my own business.

Because I don't want to be dependent of fixed monthly salary.




Well, this is so me.

Indeed, I am a 'weirdo'.