Suami selalu cakap (lebih kurang begini bunyinya), " Buat apa susah-susah tanam sayur, kat kedai sayur bukan mahal pun".
Ya, sayur memang tak mahal. Tapi.......
I am doing it out of love and passion.
Suka tengok pokok yang kita tanam daripada mula bercambah, membesar dan membuahkan hasil. Ada suatu kepuasan disitu. Hehe.
Jadi apabila aku dan suami telah tinggal di rumah sendiri macam-macam plan aku rancang untuk create small space herbs garden. Maklumlah rumah bandar, mana ada tanah sangat nak tanam. Tanam dalam pasu je lah. Tapi buat masa ni aku semai benih-benih yang ada dalam beg hitam yang selalu orang buat tanam pokok. Atau nama popular polibeg.
Pokok Bayam (2 beg) dan pokok cili padi (1 beg) yang baru bercambah
Di sebelah kiri sekali, pokok cili padi. Yang ni aku main hentam tanam je. Ambil cili padi kat rumah mak yang jatuh atas tanah. Lepas tu simpan bagi kering beberapa hari, belah cili padi dan ambil biji cili dan aku terus tanam. Masa mula-mula tanam, memang hari-harilah dok tengok dah bercambah ke belum. Aku ingat dalam seminggu ke dua minggu jugaklah nak tumbuh tunas. Aku ingat tak jadi, sebab pokok bayam yang aku tanam guna biji benih yang beli kat kedai cepat je cambah.
At last, dah mula bercambah, akulah orang paling gembira kat rumah. Suami aku senyum-senyum je tengok aku. Haha. Padahal masa tu dia tengah marah. Gembira punya pasal tengok pokok dah bercambah terus lupa suami tengah marah. Sorry Abang!
Gambar 'close up' pokok bayam
Untuk pokok bayam yang aku tanam ni merupakan baka bayam hijau berdaun panjang dan tirus. Semua jenis pokok bayam merupakan jenis pokok yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae dan berasal usul dari Amerika. Bayam yang ditanam di Malaysia ni ada tiga jenis :
i- Bayam Hijau (Amaranthus spp);
ii-Bayam Merah (Amaranthus gangeticus); dan
iii-Bayam Tiga Warna (Amaranthus tricolor).
Kalau nak tahu, jenis pokok bayam yang pertama iaitu bayam hijau ada pecahan jenis-jenisnya lagi. Tapi aku pilih yang berdaun panjang dan tirus sebab nursery yang aku pergi tu hanya ada stok benih bayam jenis ini sahaja.
Gambar-gambar yang aku letak di sini merupakan gambar minggu lepas. Untuk minggu ini, pokok cili padi aku dah mula meninggi. Cuma yang menjadi kerisauanku adalah pokok bayamku. Kalau menurut pembacaan aku, pokok bayam tak ada masalah untuk membesar dengan cepat. Hari ini aku periksa pokok bayam, tumbesaran agak statik.
Sebenarnya aku sedang mempertimbangkan untuk cabut tunas-tunas yang lemah untuk beri ruang tunas yang lebih dominan membesar. Masalah aku ni pulak, sayang nak cabut sebab dah tumbuh. Tapi kalau tak besar-besar pokoknya, macam mana nak tuai?